45 • The day I

4.8K 546 63
                                    

— Maths —





          Day 14

          Ain dan Airil mengulang kaji pelajaran bersama-sama di bilik belajar sebaik saja selesai menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah bersama ibu dan ayah Airil. Mereka sekarang sedang menghafal peribahasa Melayu untuk digunakan dalam ujian karangan SPM esok.

          "Okey, apa maksud biar putih tulang, jangan putih mata?" Tanya Ain sambil matanya memandang kamus peribahasa.

          "Um... lebih baik mati untuk jaga maruah diri daripada menyerah." Jawab Airil lancar.

          "Burung terbang dipipiskan lada?"

          "Bersedia merayakan sesuatu yang belum diperolehi."

          "Erm..." Ain mencari peribahasa seterusnya untuk disoal pada Airil. "Hah. Bagai bulan penuh purnama?" Tanya gadis itu sambil tersenyum penuh makna.

          "Perempuan cantik." Jawab Airil tanpa perlu berfikir.

          "Salah."

          "Habis tu?" Berkerut dahi Airil mendengar balasan Ain.

          "Jawapannya aku. Ehee.." senyuman lebar ditayangkan oleh Ain menampakkan lesung pipitnya sambil jari telunjuk dia dituding pada diri sendiri.

          "Aku takde masa nak main weh." Kata Airil serius.

          "Eheheh, okeylah. Aku punya turn pula. Kau dah banyak dah jawab tadi."

          Kamus peribahasa diberikan kepada Airil lalu lelaki itu pun menerimanya dan menyelak satu persatu muka surat bagi mencari peribahasa yang akan disoal pada Ain.

          "Air digenggam tiada tiris." Airil membaca peribahasa dari kamus itu lalu Ain pun berfikir.

          "Erm... hati-hati.. masa... belanja duit?" Jawab Ain ragu-ragu.

          "Kasi ayat cantik sikit. Takkan kau nak tulis jawapan macam tu?"

          "Err... berhati-hati semasa membelanjakan wang?"

          "Hm, dah dekat dah tu. Maksudnya, amat berhati-hati membelanjakan wang."

          "Hek eleh, sama jelah tu."

          "Dah, diam. Next, bagai dakwat dengan kertas."

          "Hah hah! Yang ni sama dengan bagai isi dengan kuku kan?"

          "Tak... bagai isi dengan kuku maksudnya, hubungan yang sangat rapat. Yang ini lain."

          "Eh, ye ke? Kalau macam tuuu... err.. hubungan yang tak dapat dipisahkan?"

          "Hm, betul."

          Mendengar respon Airil, Ain melepaskan nafas lega. Takut betul dia kalau peribahasa yang mudah pun dia tak dapat nak jawab.

          "Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam." Airil teruskan menyoal maksud peribahasa.

          "Allahu akbar. Panjangnyaaa... jap jap. Ulang balik."

          "Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam."

          "Um... tak tahulah. Panjang gila peribahasanya."

MathsWhere stories live. Discover now