— Maths —
Puan Liza menapak masuk ke dalam rumah dengan riak wajah kosong. Ain yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu sambil menonton TV, terus menoleh memandang mamanya bila dia terdengar bunyi pintu utama dibuka.
"Balik dah, ma? Sembang apa lama benor kat sana?" Tanya Ain sambil mata menilik jam dinding.
Pukul 2:49 petang.
Matanya beralih pada mamanya semula. Puan Liza tidak menjawab pertanyaan anak daranya, sebaliknya membalas dengan pandangan dingin. Pelik Ain dibuatnya bila beliau memandang dia begitu.
"Mama nak Ain jawab dengan jujur." Puan Liza menghenyak punggung berhadapan dengan sofa yang diduduki oleh anaknya.
Ain menelan liur. Macam serius sangat bunyinya.
"Betul ke Ain bagi ayam masak merah mama pada Airil hari tu? Atau Ain bagi pada orang lain?"
Wajah Puan Liza tegang saat ini. Tiada sebaris senyuman langsung di wajahnya.
Ain terdiam.
Haish, ingat lagi mama pasal ayam masak merah dia tu. Apa dia pergi sana nak sembang pasal ayam masak merah dia je ke apa?
Ain cuma menunduk.
"Mama tanya ni jawablah." Nada suara Puan Liza mengeras.
Ain ingin mengeluarkan suaranya tapi tergagap.
"Err... tak- Ain.. Ain tak bagi-"
"Kenapa tak bagi?! Mama suruh bagi kat Airil kan? Ain bagi kat siapa? Cakap!"
Tersentak Ain bila mamanya tiba-tiba meninggikan suara. Rilek mama...
"Fa-Faizz." Perlahan saja balasan Ain tapi dapat didengari oleh mama dia.
Jari-jemarinya mula menggaru-garu tangannya yang tidak gatal sehingga merah kulitnya. Itulah tabiatnya bila dimarahi. Jari memang nak cakar-cakar diri sendiri saja.
"Buat apa bagi pada dia? Ha?? Dia tolong ajar apa kat Ain? Ada dia bagi Ain pandai macam Airil buat? Sekurang-kurangnya Airil bantu kau untuk jadi lebih bijak tau. Budak Faizz tu?? Tolong apa?"
"Mama. Mama tak payah nak bezakan Izz dengan Airil la. Diorang lain! Ya, memang Airil budak pandai pun! Tapi tengoklah juga diorang kelas aliran mana. Tak sama ma, Sains tulen dengan Sastera!" Ain semakin berang dengan mamanya sampai tanpa sengaja meninggikan suara.
"Ha, tengoklah. Dah pandai nak backup boyfriend dia. Sampai tinggikan suara pada mama sendiri eh? Belajar dari siapa agaknya kan??"
"Mama tak payah nak main tuduhlah. Untuk pengetahuan mama, hari yang mama suruh Ain bagi ayam masak merah kat Airil tu, Ain memang minta cancel kelas dengan Airil sebab nak keluar dengan Izz. And dia iyakan saja. Mama je yang suka potong cakap Ain. Ain baru nak cakap Ain nak keluar dengan Izz tapi mama langgar cakap Ain."
Puan Liza diam sebentar, cuba mencerna kata-kata gadis di hadapannya ini.
"Habis masa balik rumah hari tu, kenapa tak bagitahu benda betul masa mama tanya apa pendapat Airil? Perlu ke tipu mama?" Soal Puan Liza, tak mahu mengalah.
"Ain tak naklah kecilkan hati mama, cakap Ain bagi pada Izz padahal mama expect Ain bagi pada Airil."
"Bagitahu jelah benda betul! Ain tipu, nanti mama dapat tahu juga jawapannya! Sekarang Ain fikir tak perasaan mama lepas dapat tahu anak dia menipu? Hah?? Ohhh... patutlah hari tu penat semacam kan lepas balik? Rupanya pergi keluar dengan boyfriend! Eh, mulai hari ni... mama tak benarkan kau keluar dengan siapa-siapa!"
Dahi Ain berkerut spontan mendengar kata-kata Puan Liza.
"Mama ni kan. Ada saja nak cari pasal dengan Ain!" Ain pantas bangun dan berlari ke biliknya di tingkat atas.
Pintu bilik dikunci lalu tubuhnya dihempas di atas katil. Dia menekup wajahnya dengan bantal dan air mata mula bergenang di tubir mata.
Tak suka betul dia bila berlawan dengan mamanya. Ada saja nak cari salah orang.
~~~~
Malam menjelma, Ain masih tidak keluar dari biliknya. Encik Naem dan Arif yang berada di meja makan bersama Puan Liza pun pelik kenapa Ain tak turut serta untuk makan malam bersama.
"Haii..? Mana Si Ain ni? Tak keluar-keluar pun dari biliknya." Soal Encik Naem.
"Merajuklah tu. Mesti ada benda yang jadi tadi kan?" Teka Arif sambil memandang ke arah mama dia.
Puan Liza menghirup sedikit air untuk membasahkan tekak sebelum bersuara.
"Si Ain tulah... mama suruh bagi ayam masak merah dekat Airil, budak yang mengajar dia tu. Dia pergi bagi dekat boyfriend dia. Lepas tu, tipu mama pula cakap Airil sukakan ayam masak merah tu. Itu yang saya larang dia keluar dengan siapa-siapa lepas ni. Makin menjadi-jadi perangainya."
Sesuap nasi disuap ke dalam mulutnya setelah selesai menjelaskan. Encik Naem dan Arif tercengang mendengar penjelasan Puan Liza.
"So dia tengah merajuklah ni? Sebab awak marah pasal ayam masak merah?" Tanya Encik Naem, meminta kepastian.
"Iyelah."
Mendengar jawapan Puan Liza, Arif mengangguk faham.
"Hak alah... sebab ayam masak merah je ke? Ingatkan masalah besar tadi." Kata Arif lalu mula menjamu selera.
"Itulah kan. Yang awak nak pergi marah dia sebab ayam ni dah kenapa, yang?" Soal Encik Naem kepada isterinya.
"Benda sekarang ni, saya bukan marah dia sebab ayam, bang. Saya marah sebab dia tipu saya. Sampai hati dia tipu mama sendiri? Mak mana tak geram?"
"Halah, biasalah tu. Anak muda. Lama-lama nanti dia fahamlah situasi awak. Dah, sekarang ni awak maafkan jelah dia. Jangan sampai tak benarkan dia keluar. Kesianlah dia."
"Tengoklah tu. Manjakan anak sangat. Sebab tulah dia makin berani sekarang."
"Tak- mana ada saya manjakannn... saya cuma-" Encik Naem sambung menjelaskan apa yang dimaksudkannya.
Arif sekarang ni cuma jadi tukang mendengar saja.
Macam ni ke bila dah kahwin nanti? Bergaduh dengan isteri. Bergaduh dengan anak. Haih, susah hidup.
❤️❤️❤️
Chapter 11 sampai 16 adalah chapter pasal Airil mengajar Ain. Jadi mungkin kurang fahamlah kalau nak explain dalam perkataan macam ni. Dia kena explain face-to-face baru boleh faham tapi takpelah. Kita nak tahu je macam mana perangai Ain masa Airil ajar dia hahaha ok tu je bai.
YOU ARE READING
Maths
Novela Juvenil『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 Budak poyo lagikan sombong kena ajar aku Matematik. Takut weh... "Everyone wants happiness without pain, But you can't have...