— Maths —
"Baiklah, pelajar. Seperti yang awak sedia maklum, hari Khamis nanti akan diadakan Hari Graduasi. Pakaian semua mestilah mengikut syarat yang dah ditetapkan dalam borang maklumat yang cikgu edarkan hari tu. Saya harap semua dah bayar yuran graduasi la ya? Jubah nanti, pastikan pulangkan kepada guru kelas awak semula sebelum balik. Jangan awak pergi bawak balik pula. Benda tu pinjam je. Jangan nak buat harta sendiri." Kata cikgu penolong kanan panjang lebar.
"Pastikan tepati masa ya? Jangan orang dah habis makan, kita baru nak cari tempat duduk. Pukul 11 pagi make sure awak dah sampai dah di hotel tu. Kemudian pukul 2 petang, semua dah kena masuk dewan dan duduk di tempat masing-masing macam yang cikgu-cikgu awak dah susun minggu lepas. Tolong jaga disiplin awak dan jaga nama baik sekolah ya? Beri kerjasama kepada guru-guru." Sambung cikgu lagi.
Ain yang mendengar ucapan cikgu dah excited pasal Hari Graduasi yang akan diadakan pada hari esok. Baju yang akan dipakainya nanti sudah disediakan sebulan lepas. Tunggu nak sarung saja.
Tak sabar nak pakai baju tu nanti. Hoho.
Desis hati Ain sendiri.
"Okey, saya rasa itu jelah pesanan saya untuk awak. Jaga diri masa di sana nanti. Terima kasih."
Cikgu pun turun dari pentas lalu seorang pengawas yang bertugas sebagai pengerusi majlis mengambil alih untuk berucap.
"Murid-murid dibenarkan untuk masuk ke dalam kelas. Bermula dari kelas 5 Setia."
Pelajar-pelajar kelas 5 Setia mula berjalan meninggalkan tapak perhimpunan diikuti kelas tingkatan lima yang lain.
Masuk saja Ain ke dalam kelas, dia meletakkan begnya di atas kerusi lalu duduk.
"Kau dah ready baju kau, Ain?" Tanya Farah yang sedang meletakkan begnya di tempat duduk sebelah Ain. Lebih kepada tempat duduk asalnya.
"Dah. Aku excited sangat sampai bulan lepas dah ready dah baju aku." Jawab Ain tersenyum lebar.
"Seriuslah? Bapak semangat sia ahahaha. Aku baru jumpa baju yang sesuai minggu lepas. Entahlah, aku tak semangat sangat untuk Hari Graduasi ni. Takut dengan SPM lagi ni."
"Hahahah kau ni. Janganlah ingatkan pasal SPM. Aku baru nak rilek kejap, ish."
"Sorry sorry hahahah."
Rakan sekelas yang memandang Ain dan Farah berbual-bual, berasa lega melihat mereka sudah berbaik semula. Tak adalah suasana rasa tegang sangat dalam kelas tu. Airil yang perasan akan perkara itu turut berasa lega.
Eloklah diorang dah berbaik. Penat aku dengan drama diorang ni.
~~~~
Di rumah Airil...
"Parents kau ikut sekali ke masa Hari Graduasi nanti?" Soal Ain kepada Airil di sebelahnya yang sedang menonton TV.
YOU ARE READING
Maths
Teen Fiction『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 Budak poyo lagikan sombong kena ajar aku Matematik. Takut weh... "Everyone wants happiness without pain, But you can't have...