— Maths —
"Baiklah pelajar. Saya akan edarkan balik kertas Matematik kamu sekarang. Sila duduk di tempat masing-masing."
Puan Roshayati mula menyebut nama-nama pelajar untuk menerima kertas peperiksaan pertengahan tahun mereka semula.
Haduh, aku tak sukalah cikgu ni. Dia sebut nama kitorang, mesti akan bagitahu markah sekali. Ish!
Bisik hati Ain Qaisara.
"Leong Xin Yi. 79%"
"Siti Nur Ruwaida. 65%"
"Muhammad Khairul. 81%"
"Ain Qaisara. 36%"
Hahahaha. Siapalah yang paling rendah tu kan?
Ain bangun dari tempat duduk lalu mengambil kertas peperiksaannya.
"Markah awak rendah sangat ni, Ain. Awak tak ulang kaji ke? Berapa kali dah saya pesan? Kalau ada apa-apa tak faham, jumpa saya. Tapi tak pernah pun awak muncul kat bilik guru." Ujar Puan Rosha.
Ain cuma tersengih dan kembali ke tempat duduknya.
Setelah semua pelajar mendapat kertas peperiksaan masing-masing, cikgu pun bersuara.
"Keputusan awak semua dah memuaskan. Cuma perlu tingkatkan lagi usaha. Setakat ini, yang mendapat markah tertinggi, Airil Najmi lah, 97%. Tahniah, Airil." Ucap cikgu lalu satu kelas memberi tepukan kepadanya.
Airil Najmi.
Merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan aktif dalam sukan namun sombong orangnya. Hahaha, sayang betul. Kalau dia tak sombong, mesti dah jadi pakej lelaki idaman setiap wanita.
"Tapi saya kecewa dengan beberapa pelajar yang gagal mendapatkan gred memuaskan. Terutamanya awak, Ain. Saya nak awak tingkatkan lagi usaha. Mulai hari ini, saya nak Airil tolong ajarkan awak mana-mana topik yang awak tak faham memandangkan dia dapat yang paling tinggi. Boleh kan, Airil?"
Mata Ain membuntang luas mendengar arahan yang diberikan oleh cikgu.
Belajar dengan budak sombong tu? Hell no! Muka dia dahlah dingin gila. Gerun aku tengok dia.
Desis hati Ain.
Sama juga dengan Airil. Terkejut dia bila cikgu memerintahnya untuk mengajar Ain. Tetapi dia menyorokkan reaksi terkejutnya dengan mengangguk saja.
"Baiklah, kalau macam tu saya nak tengok result awak meningkat masa Ujian Percubaan SPM nanti. Faham, Ain? Mungkin dengan saya, awak malu bertanya. Jadi saya bagi awak peluang untuk belajar dengan rakan sekelas awak." Kata cikgu lagi.
"Okay semua, keluarkan buku aktiviti. Kita sambung kat mana kita berhenti semalam."
Sesi belajar pun bermula.
"Farah, macam mana nihhh? Aku tak naklah belajar dengan diaaa." Rungut Ain pada rakan baiknya, Farah Dahlia.
Farah hanya ketawa.
"Siapa suruh gagal lagi?"
"Alaaa... kau ni tak membantulah. Tolonglah sikit kawan kau ni. Erm... kalau aku belajar dengan kau je, boleh tak?"
"Eh? Result aku pun cukup-cukup makan je. Kau nak belajar dengan aku? Kalau aku pandai, dah lama dah aku ajar kau, biar kita berjaya sama-sama k." Balas Farah panjang.
Ain mengeluh.
Macam mana aku nak bincang dengan dia pasal ni?
❤️❤️❤️
Mm-hm.. ma first story hahaha mohon sapot sepenuhnya setulus hati yang ikhlas ye huhu masheh 😌💝 vote and comment yer~
YOU ARE READING
Maths
Teen Fiction『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 Budak poyo lagikan sombong kena ajar aku Matematik. Takut weh... "Everyone wants happiness without pain, But you can't have...