— Maths —
Ain pulang ke rumah pada pukul 4 petang. Hari ni dia tak belajar dengan Airil pun. Sibuk bantu Puan Dina bercucuk tanam dan menghiasi taman belakang rumah Airil.
Dia membersihkan badannya sebaik saja pulang ke rumah kerana bau peluh yang tidak menyenangkan. Selesai itu, dia menyarungkan baju bersih dan mengeringkan rambutnya menggunakan hairdryer lalu melompat ke atas katil. Niatnya yang hendak mencapai telefon terbatal bila mengingatkan bahawa telefonnya tertinggal di atas meja makan di tingkat bawah. Keluhan berat dilepaskan.
Nak kena turun bawah pulak. Malasnyaaaa...
Akibat terlalu malas, Ain hanya kekal dalam posisi meniarap di atas katilnya.
"Nak buat apa nihhh? Bosannyaaaa." Keluhnya sendiri.
Ain melihat pergelangan tangannya yang dibalut lalu mengusapnya perlahan. Teringat pada gelang yang dicabut olehnya tadi.
Gelang tu...
Hadiah pemberian Izz semasa hari lahirnya tahun lepas. Hatinya berasa sebak lalu air mata menitis sekali lagi. Entah kali ke-berapa sudah dia menangis hanya kerana lelaki yang disayanginya.
Ya Allah, kenapa aku dengan dia mesti berpisah? Aku sayangkan dia...
Tangisan Ain semakin teresak-esak.
Itulah orang kata... orang yang ceria ni biasanya menyimpan dan memendam masalah kepada diri sendiri. Mereka tak mahu menceritakan masalah kepada orang lain melainkan kepada yang paling dipercayai saja. Mereka tak mahu menunjukkan sisi sedih mereka.
Ain cuba untuk menenangkan diri sendiri. Penat sungguh dia. Menangis kerana bekas teman lelakinya.
Lelaki yang selalu menemaninya saat suka dan duka. Yang sentiasa menceriakan hidupnya saat dia sedih. Yang selalu membantu saat dia berada dalam kesusahan. Namun kini, semuanya berubah. Lelaki itu tidak lagi bersamanya. Lelaki itu sudah hilang kepercayaan terhadapnya. Begitu juga Ain. Dia sudah tidak mempercayai Izz lagi. Tapi siapa tahu sama ada perasaan sayang antara mereka masih berbekas atau tidak.
Lama-lama Ain mula bertenang. Pipinya yang basah dengan air mata dilap dengan hujung lengan bajunya. Hingus disedut.
"Sudahlah, Ain. Tak perlulah kau bazir air mata sebab dia. He doesn't even care about you." Tutur Ain sendiri. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembuskan perlahan bagi menenangkan hati.
Sekali lagi, balutan di pergelangan tangannya ditatap. Teringat akan Airil pula yang membalut lukanya itu. Terukir senyuman nipis di bibir Ain tanpa sedar.
Sombong-sombong dia tu.. ada juga baiknya kan?
~~~~
Dua hari berlalu, Ain ke sekolah seperti hari-hari sebelum ini. Cuma yang peliknya... Airil tidak hadirkan diri ke sekolah hari ini. Jarang sekali dia tidak hadir ke sekolah. Kalau ada pun, atas sebab masalah tertentu saja.
YOU ARE READING
Maths
Teen Fiction『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 Budak poyo lagikan sombong kena ajar aku Matematik. Takut weh... "Everyone wants happiness without pain, But you can't have...