— Maths —
"Hari ni kita nak belajar apa, cikgu?" Ain bertanya sambil tersenyum petak.
"Linear Equations. Masih dalam topik tingkatan tiga. Kerja rumah semalam dah siap?" Tanya Airil. Tidak lupa juga dengan riak wajah kosongnya itu.
"Oh, yang topik Solid Geometry tu kan? Dah dah. Cikgu nak tengok ke?"
"Boleh tak stop dengan panggilan 'cikgu' kau tu? Rimas aku." Marah Airil.
"Ala, biarlah. Dah memang kau personal teacher aku kan sekarang ni?"
"Ugh, pape jelah. Bak sini kerja kau."
Ain menghulurkan buku latihan Matematiknya kepada Airil. Buku tersebut disemak oleh lelaki itu bagi memastikan Ain telah menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
"Ni soalan ni tinggal untuk siapa?" Soal Airil apabila mendapati ada dua soalan yang ditinggalkan oleh gadis itu.
"Oh, ituuu... aku tak tahu macam mana nak buat. Hehe." Ain tersengih.
"Takpelah, nanti aku ajar. Sekarang kita belajar Linear Equations dulu."
"Baikkk."
Buku latihan tersebut disimpan lalu buku aktiviti Matematik diletak oleh Airil di atas meja. Dia menyelak helaian muka surat ke bahagian topik Linear Equations II.
Soalan 1
7x - 2y = 19
x + y = 13Calculate the value of x and y.
"Okey, soalan ni tak susah pun-"
"Hm, dah agak dah. Mesti punya kau akan cakap tak susahlah.. senanglah.. ya, aku tahuuu. Tak susah pun. Aku yang bodoh." Ujar Ain.
Airil hanya membalas dengan pandangan kosongnya.
"Yang kau nak emo ni apahal? Dah memang soalan ni senang pun. Takkan aku nak cakap sebaliknya pula?"
"Yelah awak. Cepatlah ajar. Tak sabar saya nak belajar." Ucap Ain dengan nada tiada perasaan namun senyuman nipis diukirkan.
"Tak sabar ya? Nanti aku bagi kau homework bertimbun-timbun. Kau sabar je k?" Balasan Airil membuatkan Ain tersenyum pendek. Menyesal pula berkata begitu.
"Anyway, mula-mula baca soalan. Dia suruh kira nilai x dan y. Ada soalan, dia suruh kira untuk x saja. Ada yang suruh kira untuk y saja. So pastikan baca soalan elok-elok." Jelas Airil lalu Ain pun mengangguk.
"Okey, cikgu."
"Mula-mula, kau kena hilangkan salah satu unknown, sama ada x atau y. So kita tengok antara dua equation ni, mana satu lagi sikit nilai dia? Yang atas ke yang bawah?"
"Erm... yang bawah."
"Yang bawah lagi kecil kan? So kita guna equation bawah ni untuk hilangkan salah satu unknown. Tapi sebelum tu, kita tengok equation atas dulu. Unknown yang mana lagi kecil nilai dia? x atau y?"
YOU ARE READING
Maths
Ficção Adolescente『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 Budak poyo lagikan sombong kena ajar aku Matematik. Takut weh... "Everyone wants happiness without pain, But you can't have...