38 • Cat lover

4.7K 556 108
                                    

— Maths —





Day 4

Ain duduk di atas sofa berhadapan dengan TV dan mencapai controller PS4. Dia memilih game racing CTR lalu memandang Airil yang sedang duduk di atas sofa satu lagi.

"Airil, jom main." Ajak Ain.

"Kau ni asyik ajak aku main je. Belajarlah."

"Ala, asyik apanya? Baru sekali."

"Sekali kebenda? Semalam dah dekat empat kali kau ajak aku main. Tak pernah pun kau ajak belajar."

"Ish, penatlah belajar. Aku nak rehat kejap je."

"Itulah alasannya. Penat.. penat.."

"Dahlah, diam. Kalau kau tak nak main, biar aku main seorang."

Ain mula bermain seorang diri tanpa menghiraukan Airil yang sedang menjelingnya.


Kalau setakat datang nak main game, baik duduk rumah sendiri. Kata ada PS4 sendiri kat rumah.





~~~~





Makan malam bersama...

Ain selesai makan dahulu lalu bangun dan ke dapur untuk mencuci pinggannya. Sedang dia basuh, Airil tiba-tiba masuk ke dalam dapur juga. Nampaknya lelaki itu telah siap makan juga.

Selamba badak dia meletak pinggannya ke dalam singki.

"Basuh." Arahnya lalu menolak Ain ke tepi untuk membasuh tangan.

"Eh dia niii. Dah kenapa kau?" Kening Ain dengan spontan bertaut.

"Kau dah tumpang rumah aku, jangan nak malas sangat."

Sabun cuci tangan dipam oleh Airil lalu dia mencuci tangan lagi. Ain berganjak ke tepi sikit memberi ruang kepada pemuda itu menggunakan singki.

"Rumah kau? Ni rumah parents kau k?"

"Rumah parents aku pun rumah akulah."

"Ish, pape jelah. Cepatlah sikit!"

Ain menunggu Airil selesai mencuci tangan dengan riak wajah menyampah. Setelah Airil siap membasuh tangan, dia merenjiskan tangannya yang basah itu ke muka Ain dan berlalu pergi.

"Airiiilll, janganlahhh!"

Terus Ain mengelap wajahnya dengan lengan bajunya. Nak lap pakai tangan, tak boleh. Kotor sebab basuh pinggan.

Airil keluar dari dapur lalu berjalan menuju ke tangga untuk ke biliknya. Ibu dan ayahnya dengar saja apa yang bising di dapur itu.

"Kenapa kacau Ain tu, Airil?" Soal Puan Dina.

"Dia kacau Airil dulu." Lalu kelibat Airil pun hilang di sebalik dinding rumah tangganya setelah lelaki itu naik ke tingkat atas.

Ain yang mendengar di dapur pun ternganga mulutnya.




Aku kacau dia? What?! Seriously? Ehhh, budak ni memang nak kena!




Selesai mencuci pinggan Airil, Ain mengeringkan tangan lalu keluar dari dapur dan naik ke tingkat atas menuju ke bilik Airil. Pintu bilik diketuk-ketuk olehnya.

MathsWhere stories live. Discover now