29 • Forgive me

6.2K 617 229
                                    

— Maths —





Sudah hampir sebulan Izz bersama Farah. Tiga minggu selepas putus hubungan dengan Ain, entah apa yang menjentik hati lelaki itu. Dia seperti baru sedar akan kesilapan yang dilakukannya. Otaknya hanya memikirkan satu saja.

Ain.

Ya, dia sedar bahawa dia sudah membuat kesilapan besar dalam hidupnya. Melepaskan kekasihnya. Yang dulunya teman rapat yang sentiasa bersamanya saat susah dan senang. Sentiasa menemaninya tatkala dia keseorangan.

Sekarang sudah tiada.




What were you thinking, Faizz? Kenapa kau perlu curang dengan dia??

Hati Izz geram dengan tindakannya sendiri.

Sebab tu orang kata, fikir dulu sebelum bertindak. Jangan ikut perasaan saja. Nanti menyesal, dah tiada guna. Jangan buat suatu keputusan sewaktu berasa sedih atau marah. Sebab bila emosi tak stabil, kita tak dapat nak berfikir secara rasional.

Izz sekarang berada di dalam biliknya, memikirkan kesalahan yang dilakukannya. Dia rasa sangat bersalah melihat Ain menangis bila dapati dia curang terhadap gadis itu tapi pada yang sama, dia marah bila Ain memerlinya. Menggelarnya keanak-anakan. Jadi Izz teruskan untuk bersama Farah, masih berasa geram terhadap bekas teman wanitanya pada hari itu.



Kau kena minta maaf pada dia, Izz. Turunkan ego kau.

Desis hati lelaki itu.





~~~~





Esoknya di sekolah, Izz dan Farah rehat bersama-sama seperti biasa di kantin.

"Eh, tak makan ke Izz?" Tanya Farah bila melihat Izz tidak membeli apa-apa.

Izz hanya menggeleng sebagai respon. Farah yang memandang pun dah mula bimbang.

"Kenapa ni? Ada masalah ceritalah. I cuba tolong apa yang boleh." Kata Farah lembut.

Izz membisu sebentar.

"Takdelah. I tetiba terfikir. You sebenarnya ada perasaan dekat I ke? Or you cuma couple dengan I untuk suka-suka?" Pertanyaan Izz membuatkan Farah terpempan.

"I tahu ini macam soalan mengejut untuk you. Tapi I perlukan penjelasan daripada you. I pun ada benda nak terus terang kat you sebenarnya." Sambung Izz lagi.

Farah mengangguk faham. Dia menarik nafas dan menghembusnya sebelum bersuara.

"Okay, first of all... I nak minta maaf dulu. I tahu, sebabkan I, you dengan Ain berpisah. I sebenarnya... nak balas dendam pada Ain. I'm so sorry. I geram bila tengok dia layan you sweet-sweet depan I macam I ni takde perasaan pula. I pun boleh rasa jealous and lonely juga. So I... I nak bagi dia jealous juga. Actually I takde pun perasaan dekat you. Well, I admit it yang you handsome but sumpah I takde perasaan kat you. I bersama you sebab nak bagi dia rasa apa yang I rasa je. I'm very sorry, Izz..." jelas Farah panjang lebar.

Otak Izz cuba mencerna sepenuhnya kata-kata gadis di depannya ini. Perasaannya bercampur-baur saat ini. Kecil hati ada, lega pun ada.

"It's alright. Bukan salah you pun. Sebab I sendiri yang tinggalkan Ain. So salah I sendiri. I sepatutnya fikir akibatnya dulu sebelum buat sesuatu. Haih..." Izz melepaskan keluhan berat. Menyesal sungguh akan tindakan bodohnya.

MathsWhere stories live. Discover now