— Maths —
Ain bermain bersama Wawa di atas tikar puzzle ABC di ruang tamu yang biasa diduduki Wawa semasa dia bermain mainan. Encik Suhaimi dan Airil sedang menonton TV di atas sofa manakala Puan Dina melihat Wawa seronok bermain dengan Ain.
Suasana sunyi rumah tersebut pecah dengan gurauan Ain beserta gelak tawa Wawa. Suka Puan Dina melihat anaknya gembira.
Airil yang mendengar tawa riang Wawa rasa terganggu untuk menonton TV. Dia pun bersuara pada Ain.
"Senyaplah weh... bising ah korang main." Katanya lalu Ain memandangnya tak puas hati.
Malu bila dimarahi depan ibu dan ayah lelaki itu.
Tiba-tiba, lengan kiri Airil dicubit oleh ibunya.
"Ah! Sakitlah ibuuu!" Laju tangan Airil menggosok-gosok lengannya yang dicubit. Berbisa weh cubitan ibu!
"Boleh tak cakap benda baik-baik aje? Asyik nak sakitkan hati orang je kau ni." Tegas Puan Dina menegur.
"Ish, diorang bisinglah ibu. Suruhlah diorang main kat atas." Balas Airil geram.
Ain dah tergelak melihat lelaki itu dimarahi ibunya.
"Gelak pulak kau eh?"
"Padan muka~" Ucap Ain dengan nada mengejek membuatkan Airil mengetap gigi menahan geram.
Eyyy, kau nasib baik ibu ada kat sebelah ni. Kalau tak, dah lama aku baling kusyen ni kat muka kau.
Mereka kembali membuat aktiviti masing-masing. Mata Airil menatap skrin TV manakala Ain bermain dengan Wawa lagi.
Puan Dina yang memandang gadis itu dengan anaknya terfikirkan sesuatu.
"Ain, kalau aunty suruh Ain panggil aunty 'ibu' boleh tak?"
Soalan Puan Dina membuatkan Ain tercengang kejap. Airil spontan memandang ibunya. Dingin saja wajahnya namun dalam hatinya berasa meluat bila Ain dilayan begitu baik sekali.
Ain memandang Airil sekilas sebelum memandang Puan Dina semula.
"Um... kenapa eh?" Tanya Ain kekok.
"Saja. Sebab aunty teringin nak ada anak perempuan yang-"
"Haih ibu..? Dah ada Wawa pun tak cukup lagi ke?? Wawa tu apa? Lelaki eh?" Potong Airil.
"Ish, kau ni. Dengarlah dulu ibu cakap ni."
"Tah dia.. main potong je." Sokong Ain.
"Aunty suka Ain. Sopan orangnya, selalu tolong buat kerja, cantik pula tu. Ni kalau buat menantu pun elok ni. Ye tak Airil?"
Airil dah memandang ke arah lain, malas nak melayan gurauan ibunya.
Tak habis-habis puji Ain melambung. Lepas tu, tetiba masukkan sekali hal kahwin.
YOU ARE READING
Maths
Teen Fiction『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 Budak poyo lagikan sombong kena ajar aku Matematik. Takut weh... "Everyone wants happiness without pain, But you can't have...