Aku merupakan penuntut salah satu universiti terbaik dalam negara iaitu Universiti Sains Malaysia yang terletak di Pulau Pinang. Aku terpaksa merantau dari Sabah ke negeri orang untuk menimba ilmu dunia pendidikan agar suatu hari nanti aku dapat mendidik anak-anak bangsa dengan baik. Sehinggalah pada suatu hari, aku mula mengenal erti jatuh cinta di bumi Pulau Pinang.
Kisah di antara aku dan dia yang bermula ketika aku dan dia secara tidak sengaja berada dalam satu kumpulan dalam projek khidmat komuniti St. John Ambulance, Universiti Sains Malaysia (USM). Ketika aku ditugaskan untuk mengedarkan makanan, saat itulah aku melihat dirinya. Aku seperti dibuai ombak dengan iringan angin yang bertiup lembut menusuk ke dalam hati. Berbunga-bunga hari aku ketika itu. Aku cuba menyapa dirinya.."Awak nak satu biskut ni?" kata aku dengan nada tak keruan dihadapannya.
"Tak pelah awak, saya masih kenyang" balas awak dengan penuh lemah lembut.
Setelah itu, aku pun pergi menyelesaikan tugas yang diberikan. Pada hari itu, aku masih tidak tahu nama sebenarnya. Aku hanya tahu namanya dengan melihat tanda nama yang dipakainya. Qaleysa itulah namanya.
Sebaik sahaja pulang ke USM, aku cuba mencari akaun facebook miliknya. Akupun tanpa berharap tulis Qaleysa pada ruangan carian facebook. Tak sangka aku berhasil menemui akaun facebook miliknya pada hari itu. Aku cuba hantar permintaan rakan kepadanya. Dalam beberapa hari kemudian, diapun mengesahkan permintaan rakan daripada aku.
Tiba-tiba telefon aku berbunyi menunjukkan ada pemberitahuan mesej baharu masuk. Aku pun lantas melihat mesej tersebut. Aku betul-betul terperanjat ketika itu kerana mesej yang baharu sahaja aku terima itu sebenarnya daripada Qaleysa."Yes, dia mesej aku" aku berkata dengan nada penuh kegembiraan.
"Terima kasih add saya"
Itulah mesej pertama yang aku terima daripada dia.
Bermula hari itu, kisah antara aku dan dia pun tercatat dalam kisah hidupku. Akulah sebagai pemuja rahsia dirinya tanpa dia ketahui. Ibarat berlari dalam pekatnya kegelapan. Begitulah aku menganggap diriku.
YOU ARE READING
Pemuja Rahsia (TAMAT)
RomanceKisah seorang lelaki yang bertemu dengan seorang gadis berkaca mata yang telah menambat hatinya. Ciri-ciri gadis yang menjadi idamannya. Pertemuan mereka tidak disengajakan dan dia pun tanpa sedar telah membina sebuah perasaan yang sangat kuat dalam...