Selepas sahaja konvokesyen, sebagai lepasan graduan pendidikan sudah tentu aku hanya perlu menunggu panggilan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Walaubagaimanapun, aku tidak terlalu berharap dengan panggilan temuduga itu. Aku tidak ingin menghabiskan masa hanya menganggur di rumah. Aku pun keluar daripada kampung halaman dan pergi mencari pekerjaan. Aku sedar, dengan ijazah yang aku miliki ini tidak layak untuk aku bekerja dalam sektor industri. Oleh itu, aku mencari peluang pekerjaan sebagai operator biasa sahaja. Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa aku berjaya mendapat pekerjaan sebagai operator di sebuah kilang.
Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja, aku melupakan seketika perasaanku terhadapnya. Aku memberikan perhatian kepada tugas yang diberikan oleh majikan. Aku cuma berharap setiap bulan aku boleh mendapatkan upah yang setimpal dengan usahaku agar nanti hasil gaji bulanan dapat aku berikan kepada orang tuaku. Setiap hari aku melakukan perkara yang sama. Pergi dan pulang kerja. Aku sedar betapa penatnya mencari rezeki. Aku bersyukur dengan apa yang telah aku miliki sebelum ini, sekiranya pada suatu hari nanti aku telah menjadi seorang guru, aku ingin murid-muridku sedar tentang pengorbanan ibu bapa yang bersusah payah mencari rezeki.
Pada suatu hari, aku mendapat panggilan temuduga SPP. Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja kilang. Aku tidak sempat untuk mengulang kaji isu-isu pendidikan sebagai persediaan temuduga. Sehari sebelum temuduga, aku gunakan sepenuh masa itu untuk belajar. Akhirnya, aku tidak dapat melakukannya dengan baik. Ada beberapa soalan yang tidak dapat aku jawab dengan sempurna. Aku agak risau tentang hasil keputusan temuduga ini nanti. Perkara yang lepas biarkanlah berlalu. Jika ada rezeki insyaAllah akan berjaya. Itulah kata-kata yang membuat diriku kembali optimis.
Selepas beberapa bulan, keputusan temuduga akhirnya keluar. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana berjaya. Aku lantas sujud syukur ketika itu. Aku ditempatkan bertugas di kolej vokasional. Pada hari aku perlu melapor diri, aku dan beberapa orang lagi diminta untuk menemui Timbalan Pengarah Kolej Vokasional. Selama seminggu kami dijelaskan tentang sistem kolej vokasional yang perlu kami fahami sebelum memulakan tugas.
Alhamdulillah, akhirnya kerjaya aku mula berubah. Semoga rakan-rakan yang lain juga dipermudahkan urusan penempatan.
YOU ARE READING
Pemuja Rahsia (TAMAT)
RomanceKisah seorang lelaki yang bertemu dengan seorang gadis berkaca mata yang telah menambat hatinya. Ciri-ciri gadis yang menjadi idamannya. Pertemuan mereka tidak disengajakan dan dia pun tanpa sedar telah membina sebuah perasaan yang sangat kuat dalam...