Bab 7: Bumi baru

27 1 0
                                    

          Untuk memenuhi keperluan berijazah, aku dan beberapa orang rakan baikku pergi ke Seberang Perai Selatan untuk menjalani praktikal selama 5 bulan. Selama berada di sana, aku telah menetap di Kampus Kejuruteraan USM. Alhamdulillah, urusan kami berempat dipermudahkan oleh Allah. Sampai di Desasiswa Utama, aku sangat terkejut dengan kemudahan yang ada. Rasanya seperti kami sedang duduk di sebuah hotel. Terlalu selesa untuk kami.
Pada hari pertama, kami perlu melapor diri di SMK Sungai Acheh, aku, Anwar dan Iman mencari-cari bilik Pengetua. Tiba-tiba seorang guru perempuan lebih kurang seusia kami menyapa kami bertiga dari belakang.

          "Awak bertigakah guru praktikal yang ditunggu-tunggu oleh pengetua hari ini?" dengan intonasi yang sopan dan lemah lembut.

          "Ya cikgu, kamilah orangnya." jawab Anwar ringkas sambil memukul bahu belakang aku.

          "Peluang awak ni" bisik Anwar dekat telinga aku.

          "Ishhh, apa pula aku." sedikit rasa geram pula lepas dengar bisikan Anwar tadi.

          "Gurau je lah" kata Anwar sambil ketawa.

          "Iman, awak sudah sedia? Jomlah, tuan pengetua sudah tunggu kita dekat pejabat."

          Kami bertigapun pergi ke pejabat berjumpa dengan pengetua. Kami diberikan sedikit taklimat tentang keadaan sekolah. Kami juga diperkenalkan dengan beberapa orang guru lain yang akan menjadi mentor kami sepanjang 5 bulan di sekolah itu.
          Sepanjang bertugas sebagai seorang guru praktikal, aku pun habiskan masa menyibukkan diri dengan aktiviti sekolah agar aku boleh lupakan sebentar tentang perasaan rinduku pada dia. Aku jadikan setiap hari-hari yang aku jalani di sekolah ini lebih bermakna. Murid-murid yang aku ajar juga sentiasa membuat hari-hariku ceria. Seolah-olah mereka tahu kalau hati cikgu mereka ini dalam kesepian.
          Pada suatu hari, tiba-tiba terdengar satu suara yang tidak asing kedengaran. Suara ini seperti pernah dengar sebelumnya.

          "Awak tak balik lagi cikgu?" tegurnya.

Saya pun lantas memalingkan wajah ke belakang.

          "Eh cikgu, belum lagi sebab saya ada kerja yang saya perlu siapkan sebelum balik."

          "Samalah, kitakan satu jawatankuasa" sambungnya semula.

          "Betul ke?" tanyaku kehairanan.

          "Ya, kita dua satu jawatankuasa. Janganlah panggil cikgu. Panggil nama je. Awak tak ingat nama saya ke? tanyanya semula.

Sepanjang bertugas saya tidak pernah cuba untuk menyapa guru-guru perempuan yang lain. Lebih-lebih lagi cikgu seorang ini sebab dia seusia dengan saya. Jadi, semua guru perempuan saya panggil cikgu je sebab tak tahu nama.

          "Ehhh, maaflah cikgu. Saya memang susah nak ingat nama." itu sahajalah alasan yang boleh aku lontarkan agar dia tidak berpresepsi buruk terhadap aku.

          "Itulah, kalau saya tak tegur awak dulu, mungkin awak tak bercakap dengan saya sekarang."

          "Maaflah cikgu, saya memang macam ini." saya tunduk malu apabila dia mula duduk di tepi saya.

          "By the way, nama saya Farhana. Boleh panggil saya Nana sahaja." dia perkenalkan dirinya sambil meneruskan kerjanya.

          Aku dan Nana sebenarnya diletakkan sebagai AJK Sijil sempena Majlis Apresiasi Pelajar. Ada banyak sijil yang perlu kami cop pada petang tu. Banyak juga Nana tanya tentang aku petang tu. Tapi aku hanya jawab sepatah dua kata sahaja. Selebihnya, aku lebih fokus untuk menghabiskan kerja mengecop ini segera.

Pemuja Rahsia (TAMAT)Where stories live. Discover now