Bab 12: Mesej yang sudah lama dinantikan

20 1 1
                                    

          Meskipun aku sudah bertugas menjadi seorang guru, pelbagai cabaran yang perlu aku tempuhi. Banyak perkara yang aku belajar daripada guru-guru senior. Kesibukan yang aku alami memaksa aku berfikir tentang seorang peneman disisi. Jadi, akupun mengenang kembali kisah-kisah yang aku tulis dalam diariku. Aku berharap suatu hari nanti, aku akan berjumpa dengannya lagi. Aku memasang tekad, sekiranya aku berjumpa dengannya lagi, aku ingin berterus terang dihadapannya.
          Sekiranya ada masa lapang, aku akan mengambil peluang membuka mesej di akaun facebook. Aku terperanjat apabila melihat satu daripada mesej itu adalah daripada Qalesya. Jantung aku terus berdegup kencang. Tidak dapat digambarkan perasaan aku ketika itu. Aku terus membalas mesejnya. Sejak hari itu, aku sentiasa menunggu mesejnya.
          Sehingga ke hari ini, aku masih sentiasa menunggu mesej daripadanya. Setiap kali aku menerima mesej daripadanya. Aku gembira. Jika sehari tiada mesej daripadanya aku rasa sangat sunyi. Setiap kali melihat whatsapp. Aku membuka perbualan kita. Setia menunggu mesej daripadanya.
          Aku juga mendapat tahu baru-baru ini bahawa dia telah berjaya mendapat panggilan temuduga SPP. Yalah, Qaleysa juga sebenarnya graduan Sarjana Muda Pendidikan. Aku menceritakan pengalaman aku dahulu kepadanya dengan harapan boleh memberikan sedikit motivasi dan keyakinan kepadanya. Entah kenapa? Pada suatu malam perbualan kami lebih mencari tahu tentang diri masing-masing.

          "Awak, nanti kalau kenduri awak jangan lupa jemput saya kat sini ye"

          "Eh, lama lagi awak. Calon pun tak ada lagi.  Bagi saya, perkara ini nanti baru fikir. Banyak lagi yang kita boleh capai dulu."

          "Qaleysa, awak tak ada niat ke nak jalan-jalan ke Sabah"

          "One day, InsyaAllah kalau sudah jadi guru nanti seperti awak"

          "Wah, nanti kalau datang jangan lupa beritahu saya ya. Saya akan bawa awak ke tempat-tempat menarik di sini" aku cuba mempelawa diri.

          "Betul ke? Tak ada orang marah marah kah nanti?" balasnya semula.

          "Marah? Siapa yang nak marah pula?" tanyaku semula.

         "Yalah, kitakan sudah lama tak berhubung. Mana tahu awak sudah ada seseorang?" tanyanya seperti ingin mendapatkan kepastian.

          "Eh, siapa? Tiada siapa yang nak marah saya. Kalau awak datang sini nanti banyak tempat saya nak bawa awak. Kita bebas nak jalan pergi tempat yang awak nak pergi"

          "Betulkah ni?" tanyanya ringkas.

          "Betullah awak"

          Aku berharap suatu hari nanti perkara ini akan menjadi kenyataan dan aku akan menjadi pemandu pelancong untuknya.

           "Kalau saya nak pilih pasangan pun saya tak akan cari orang Sabah" sambungku semula membuka topik perbualan seterusnya. Sebenarnya, aku juga ingin memberikan petunjuk bahawa dialah orangnya.

          "Pelik, bukan orang Sabah akan pilih orang Sabah juga kah? Jadi, awak nak orang mana?" tanyanya semula.

          "Orang Pulau Pinang" jawabku ringkas.

          "Eh, jauhnya awak. Kalau orang Pulau Pinang, maknanya awak kena datang sini jumpa dia"

         "Ya, betul. Saya memang rancang ingin datang Pulau Pinang nanti"

         "Wahh, nanti kenalkanlah dia dengan saya tau"

          Kalaulah Qaleysa tahu, orang yang saya maksudkan tadi adalah dia sendiri. Aku rasa aku tidak dapat lagi mesej seperti ini kerana selama ini dia menganggapku hanya sekadar kawan.
           Aku tidak ingin detik-detik ini hilang. Aku ingin setiap detik yang aku lalui sekarang ini berkekalan dan terus mencipta kenangan bersamanya. Tidak mengapalah jika aku hanya sebagai seorang kawan.

Pemuja Rahsia (TAMAT)Where stories live. Discover now