BAB 6: Sedih

23 2 0
                                    

          Sedihnya apabila aku mendapat khabar bahawa dia akan mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Jerman tidak lama lagi. Aku tak tahu berapa lama dia akan berada di sana. Aku bangga tetapi pada masa yang sama, aku turut rasa sedih. Sedih kerana aku tak akan dapat memerhatikan dia seperti hari-hari sebelum ini. Sehari aku tidak lihat dirinya, sunyi sepi terus menjenguk hati yang ingin disentuh olehnya. Bagaimana kalau dia berada di Jerman 1 tahun? Apalah yang bakal berlaku pada hati yang sentiasa merinduinya nanti?
          Tidak lama lagi, dia akan pergi ke Jerman. Aku tidak pernah mengucapkan sebarang kata-kata kepadanya. Mungkin sebab aku tidak sanggup menerima kenyataan kalau dia akan pergi jauh ke tempat orang  menimba ilmu pengetahuan. Semua ini demi masa depan yang akan diraihnya. Aku sebenarnya ingin sangat berjumpa dengannya sebelum dia bertolak ke sana tetapi aku ini hadir dalam hidupnya mungkin sebagai bayangan. Tidak mungkin aku boleh berjumpa empat mata dengannya. Setidaknya, aku ingin sekali memberitahu dirinya supaya jaga diri dan jaga hati ketika berada di sana kerana ada seseorang di sini yang akan sentiasa menanti kepulanganmu.

          "Faizal, saya dengar Qaleysa akan pergi ke Jerman tidak lama lagi, betulkah?" aku membuka perbualan dengan soalan kepada salah satu rakan baikku yang sekelas dengannya.

          Kawan aku seorang ini tidak tahu kisah antara aku dan dia kecuali Anwar. Aku membuka soalan seolah-olah aku tidak tahu kerana aku ingin Faizal menceritakan tentang Qaleysa tanpa dia mengesyaki sesuatu antara aku dan dia.

          "Ya, betullah tu. Dari mana awak tahu khabar ini?" tanyanya kebingungan.

          "Hehe, sebenarnya aku dengar-dengar cerita je daripada orang lain. Awakkan sekelas dengannya sebab itu saya tanya awak"

          "Eh, awak ada apa-apakah dengan dia" usikannya pun bermula.

          "Ke situ pula awak ya." sambil ketawa kecil.

          "Faizal, awak rasa berapa lama dia akan berada di Jerman?" tanyaku lagi untuk mendapatkan kepastian.

          "Saya kurang pasti pula pasal tu tapi khabarnya mereka akan berada di Jerman selama setahun"

          "Oh, ya kah" sedih tapi aku cuba menerima kenyataan itu.

          Walaupun aku tidak akan melihat dia selama setahun di bumi USM, aku akan setia menanti kepulangannya. Kalaulah dia tahu tentang kehadiranku, ingin sekali aku menghantarnya di Lapangan Terbang sambil melambai tangan ke arahnya. Mungkin di saat itu, air mata lelaki ini akan menitis menyentuh bumi Penang tanpa dipinta. 
          Hari-hariku terus berubah setelah kepergiannya. Aku tidak lagi seceria dan bersemangat seperti dulu lagi. Yang aku mampu hanya mengirimkan doa kepada-Nya mohon supaya dia berada dalam lindungan, dijauhkan daripada sebarang perkara buruk yang tidak diingini. Sentiasa dikurniakan kesihatan sepanjang menuntut ilmu di sana.
          Aku terus menerus melihat facebook miliknya kalau-kalau dia ada muat naik aktiviti hariannya di sana tetapi malangnya tiada. Mungkin dia terlalu sibuk di sana sehingga tidak sempat untuk perkara lain. Rasa sedih dan rindu hadir kembali.
          Aku mengisi kesepian yang aku rasa dengan membaca semula diari yang telah aku tulis. Dalam diari ini juga sebenarnya ada sekeping gambar yang aku lekatkan pada muka surat pertama. Melihat gambar ini dapatlah sedikit melepaskan rasa rindu kepada dirinya di sana.

Pemuja Rahsia (TAMAT)Where stories live. Discover now