Pada suatu hari, aku mula terfikir setiap perkara yang berlaku antara aku dan dia ingin aku tulis dalam sebuah buku agar suatu hari nanti aku tidak akan lupa peristiwa-peristiwa aku sebagai pemuja rahsia dirinya.
Akupun pergi ke koperasi USM dan membeli sebuah buku kecil untuk aku tulis kisah antara aku dan dia. Aku tak ingin kehilangan kenangan-kenangan ini. Aku ingin agar aku tetap ingat dirinya, walaupun suatu hari nanti aku sedar, mungkin aku tidak akan pernah berjumpa dengannya lagi. Maka buku yang aku tulis inilah yang akan menjadi saksi bahawa aku pernah berjumpa dengan seorang gadis bernama Qaleysa. Gadis yang telah membuat hariku tak keruan, jantungku berdegup kencang setiap kali melihatnya, hilangnya daripada pandangan mata membuatku tercari-cari, tiada khabarnya membuatku ternanti-nanti, tiada senyumnya membuat duniaku tidak berwarna.
Bermula saat ini, aku pun menulis semua tentang dia. Semua aku luahkan dalam bentuk tulisan kerana hatiku tidak dapat menahan kuatnya harapan ini sendirian tanpa diluahkan. Mampukah seorang insan seperti aku menyimpan semua rasa ini seorang diri? Aku tidak mengharapkan balasan kerana aku sedar bahawa dirinya terlalu sempurna untuk aku memiliki. Jika aku luahkan dalam buku ini, aku akan rasa tenang seketika melepas rasa rindu yang terpendam jauh dalam hatiku."Jikalaulah aku boleh mengatakannya terus kepada dia tentang perasaan ini" aku bercakap sendirian di hadapan cermin bilik Desasiswa Restu dengan nada sedih.
Hari terus berlalu, kehidupan aku di USM berjalan seperti biasa. Layaknya seorang mahasiswa. Setiap kali aku melangkah keluar untuk pergi ke kuliah, aku berharap aku berpeluang dapat melihat dirinya walaupun sebentar di dalam bas ataupun di mana-mana sahaja kerana sehari tak melihat dia, aku akan terus tercari-cari.
Hari demi hari aku pun terus menulis tentang dirinya dalam buku ini. Semua berkaitan dengan dirinya walaupun sesaat sahaja aku melihatnya, aku catat dalam buku ini kerana bagi aku semua itu terlalu berharga bagiku."Awak tulis apa tu?" dengan nada lembut kawan aku seorang ini tiba-tiba tepat berada di belakang aku.
Anwar, itulah namanya. Sahabat baik aku sepanjang di USM. Dialah tempat kadang-kadang aku meluahkan rasa tekanan dengan kerja-kerja esaimen.
"Eh, terkejut aku tahu" balasku sambil ketawa kecil.
"Khusyuknya awak menulis sampai-sampai aku ada dekat belakang awak pun awak tak sedar" balasnya lagi.
Aku pun menjelaskan keadaan sebenarnya kepada dia. Hanya dia seorang sahaja yang mengetahui tentang gadis yang telah aku temui ini.
"Qaleysa? Aku pernah lihat sebelum ni?" tambahnya dengan rasa ingin tahu tentang gadis yang aku maksudkan tadi.
"Hmm, rasanya tak pernah lagi" balasku.
"Nanti tunjukkanlah dia yang mana satu orangnya" balasnya dengan memaparkan rasa ingin tahu.
Akupun terus menutup buku itu daripada terus menulis. Perasaan malu mula timbul apabila dia sudah tahu tentang buku ini. Tapi aku percaya dia sebagai sahabat aku. Dia tidak akan ceritakan hal ini kepada orang lain.
YOU ARE READING
Pemuja Rahsia (TAMAT)
RomanceKisah seorang lelaki yang bertemu dengan seorang gadis berkaca mata yang telah menambat hatinya. Ciri-ciri gadis yang menjadi idamannya. Pertemuan mereka tidak disengajakan dan dia pun tanpa sedar telah membina sebuah perasaan yang sangat kuat dalam...