Bab 10: Konvokesyen

22 1 0
                                    

          Aku mendengar khabar bahawa dia telah pun selamat pulang ke rumah baru-baru ini. Aku ingin mengucapkan tahniah tetapi aku segan. Aku ingin sangat dia bercerita tentang pengalamannya belajar di sana. Aku juga nak tahu khabarnya saat ini. Dia sedang buat apa? Aku terlalu takut untuk memulakan perbualan. Akhirnya, aku memilih untuk menyimpan semua persoalan itu dalam catatan diari. Adakalanya, aku mengambil peluang untuk membaca semula semua catatan diariku agar perasaan rindu yang lama kupendam ini terlunaskan dengan mengingat kembali semua kenangan-kenangan itu. 

         Kini, hari yang dinanti-nantikan iaitu hari konvokesyen telah pun tiba. Duit simpanan aku selama ini aku gunakan sepenuhnya supaya aku dapat membawa keluarga aku datang ke USM. Pengorbanan ini masih kecil jika nak dibandingkan dengan pengorbanan orang tua aku selama ini. Malam pertama mereka di Pulau Pinang, aku terus membawa mereka melihat ekspo. Mak dan nenek pergi melihat barang yang mereka ingin beli, aku pula menemani adik keliling ekspo. Tidak sangka pada malam itu juga, aku terserempak dengan dia. Kita berselisih seolah-olah kita tidak kenal. Jantung aku ketika melihat dia dari jauh terus berdegup kencang. Hati aku terus memberontak ingin aku menyapanya tetapi aku terlalu malu. 

          Selepas tamat konvokesyen, aku mencari-cari sosok tubuh dirinya. Kali ini aku bertekad ingin berjumpa dengan dia dan mengucapkan tahniah secara terus dihadapannya. Tetapi, malangnya aku gagal menemui dia. Dia mungkin tengah bersama keluarganya meraihkan kejayaannya.

          "Tidak mengapalah" bisik hati kecilku kesedihan lantas pergi dari dewan ke tempat orang tuaku menunggu. 

          Setelah beberapa hari kemudian, aku melihat gambar-gambar konvokesyennya di facebook. Dia terlihat sangat comel ketika itu. Kalaulah boleh bergambar bersamanya juga. Aku akan jaga gambar itu dengan sebaik-baiknya agar tidak rosak. Aku ketawa sendiri kerana tidak mungkin perkara itu terjadi. 

          Awak, saya minta maaf sangat-sangat. Awak izinkanlah saya untuk menyimpan perasaan ini sampai bila-bila ye. 

Pemuja Rahsia (TAMAT)Where stories live. Discover now