BAB 4: Bekerja dalam satu unit beruniform

39 3 0
                                    

Aku sebenarnya terpaksa masuk unit beruniform St. John Ambulance USM kerana jiwa aku lebih kepada unit beruniform seperti Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS). Tapi, di unit beruniform inilah aku bertemu dengan dia. Aku sepatutnya bersyukur dan percaya ini merupakan aturan Ilahi yang mungkin ada maknanya. Begitulah yang aku percaya.
          Setiap kali di penghujung sidang, setiap unit beruniform akan membuat hebahan tentang pengambilan majlis tertinggi dan pembantu jurulatih yang baharu untuk sidang akan datang.
Aku pun mengambil telefon yang tengah aku cas selepas seharian digunakan, lantas aku pun membuka mesengger. Aku  mengumpul keberanian dan mula menaip sebuah mesej kepada dia.

          "Assalamualaikum awak, apa khabar? Awak pergi tak nanti temuduga St. John?" kebetulan ketika itu aku melihat dia tengah online di facebook.

          "Waalaikumsalam, iya awak Insyaallah saya akan pergi" balasnya.

Aku terus membuka topik agar aku boleh berhubung dengannya.

          "Awak nak jadi sebagai exco ke nanti?" tanyaku rasa ingin tahu.

          "Tak lah awak, exco kerjanya sibuk. Mungkin sebagai pembantu jurulatih sahaja" jawabnya ringkas dan padat.

          "Good luck awak, awak pasti boleh dapat tugas itu" balasku.

          "Terima kasih awak, sentiasa sokong saya. Awak pula tak pergi ke?" tanyanya semula kepada aku.

          "Insyaallah, saya pun akan pergi" jawabku ringkas.

          "Kita buat sama-sama yang terbaik, okay?" balasnya berserta emoji.

          "Ya, harap kita dapat sama-sama bertugas dalam satu beruniform nanti" balasku dengan emoji senyum. Tanda aku sangat gembira dapat tahu tentang khabar ini daripada dia.

          Setelah itu, aku dan dia sama-sama dapat jawatan yang kami mohon dalam uniform St. John Ambulance. Aku sebagai exco manakala dia pula sebagai pembantu jurulatih.
          Sebelum bermula sidang baharu 2015/2016. Sebagai exco dan pembantu jurulatih, kami akan terlibat dengan bengkel kepimpinan yang dianjurkan oleh St. John Ambulance USM. Pada waktu itu, aku melihatnya bersama rakan-rakannya sedang berborak kosong. Aku hanya mampu melihat dirinya di sudut lain tanpa dia ketahui. Aku begitu gembira dapat bekerja dalam satu pasukan. Sepanjang aku menjadi exco, aku tidak pernah menyapanya secara langsung. Aku hanya boleh melihat di sisi lain dan tersenyum saat berselisih dengan dirinya.
          Seperti biasa, baju yang digunanya berwarna hitam kerana hitam ialah warna kesukaanya. Aku sering mencuri-curi masa untuk melihatnya sepanjang bengkel itu berlangsung. Setiap tingkah laku dirinya aku perhatikan sepenuh perhatian.
          Setiap kali perjumpaan St. John, dialah juga orang yang aku cari-cari. Aku sentiasa berfikir, bilalah aku boleh berbual dengannya secara langsung. Aku ingin seperti kawan-kawannya yang lain, yang boleh berborak dengan dia dan bersenda gurau. Jujur aku ingin seperti itu tetapi setiap kali aku melihatnya, jantung aku terus berdegup dengan kencangnya. Nafasku semakin laju seperti sedang berlari. Itulah hakikatnya setiap kali aku melihatnya ataupun cuba untuk menyapa hi dengannya.

Pemuja Rahsia (TAMAT)Where stories live. Discover now