Bermulanya semester baharu ketika itu, pada setiap pada hari Isnin, sudah menjadi rutin setiap pelajar USM akan mendaftar subjek bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di Pusat Pengajian Literasi dan Terjemahan sebagai kod U iaitu syarat untuk bergraduasi kelak.
Aku pun dalam keadaan sesak beratur menunggu giliran dengan sabar untuk mendaftar subjek bahasa Inggeris. Hampir dua jam juga barulah aku dapat hantar borang pendaftaran itu dengan selamat. Setelah itu, pegawai yang bertugas itupun memaklumkan bahawa hari Khamis nanti boleh lihat tempat kelas bahasa Inggeris akan dijalankan.
Pada hari pertama kelas LMT100, aku terdiam seketika apabila melihat sosok tubuh yang sepertinya tidak asing bagiku tengah berjalan dihadapanku. Aku mula tertanya-tanya dan tiba-tiba aku teringat akan dirinya. Akupun mula mengukir senyuman di wajahku. Gembira tak terkata seperti aku ingin teriak sekuat hati dapat satu kelas dengan dia."Dapatlah aku lihat dia sepanjang satu semester kali ini" bisik dalam hatiku.
Setiap kali kelas bahasa Inggeris, aku sentiasa memerhatikan dirinya daripada belakang. Ketika dalam kelas, aku selalu duduk bahagian belakang dan dia pula selalunya duduk bahagian tengah.
Setiap minggu, kelas yang sentiasa aku nanti-nantikan ialah kelas LMT100 kerana dalam kelas ini aku boleh melihatnya dengan lama."Hehe, comelnya dia saat dia tekun belajar" bisik hati lelakiku.
Begitulah rutinku setiap kali kelas LMT100.
Sehinggalah pada suatu hari, kami diberikan tugasan individu oral test. Pensyarah akan menilai kebolehan setiap pelajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris."Arghhh, habislah aku, aku dahlah tak pandai sangat berbahasa Inggeris ni" bisik hatiku dengan penuh kerisauan sambil menunggu giliranku untuk diuji.
Tetapi sebelum hari itu, aku mendapat mesej daripada dia. Kata-kata yang diucapkan membangkitkan semangat dan keyakinan aku untuk hari ini. Ketika tiba giliran aku untuk bercakap, aku pun membentangkan sebuah tajuk tentang diri aku sendiri. Sambil membentang, aku masih sempat lagi melihat dia.
Dalam hatiku berkata, "comelnya dia".
Walaupun aku tidak fasih bercakap dalam bahasa Inggeris tapi aku berhasil melepasi ujian ini.
Aku sentiasa menantikan mesej daripada dia. Setiap masa aku akan melihat telefon kalau dia ada menghantar mesej. Setiap kata-kata dalam mesejnya, membuat hatiku cair. Itulah yang aku mula rasakan. Rasa selalu ingin berhubung dengan dia.
Semakin lama semakin kuat perasaan ini dipendam.
YOU ARE READING
Pemuja Rahsia (TAMAT)
RomanceKisah seorang lelaki yang bertemu dengan seorang gadis berkaca mata yang telah menambat hatinya. Ciri-ciri gadis yang menjadi idamannya. Pertemuan mereka tidak disengajakan dan dia pun tanpa sedar telah membina sebuah perasaan yang sangat kuat dalam...