"Saya nak minta maaf, saya harus balik sekarang sebelum pintu pagar Sungai Dua tutup" sapanya kepada YDP SJAMUSM.
"Eh, dia tidak tinggal desasiswa kah? Kenapa dia nak keluar meeting sebelum pintu pagar Sungai Dua tutup?" hatiku teringin nak tahu.
Ketika itu, aku ingin mesyuarat timbal balik itu habis segera. Aku ingin sangat nak ikut ke mana pergi dirinya selepas itu. Aku hanya boleh terfikir kalau dia tidak dapat desasiswa dan sekarang mungkin menyewa dekat kawasan sekitar Sungai Dua. Aku ingin tahu tempat dia tinggal saat ini.
Pada malam itu, aku gagal mengekori dirinya daripada belakang kerana mesyuarat tamat lebih lewat dari dugaanku.
Keesokan harinya, aku selalu pergi ke Sungai Dua, Masjid USM dan duduk di pondok masjid yang terletak tidak jauh dari pondok pengawal keselamatan di situ. Sekiranya ada masa luang, aku akan jalan-jalan sekitar tempat itu dan berharap aku boleh melihat dia lalu di sekitar sini. Aku teruskan rutin ini sehinggalah aku mendapat jawapannya.
Aku melihat beberapa kali dia berjalan di kawasan sekitar Sungai Dua, mungkin dia ingin membeli makanan agaknya. Aku pun terus memerhatikan dirinya. Aku melihat dia memasuki kawasan tempat tinggal yang tidak jauh daripada pintu masuk Sungai Dua USM. U Height ini memang ramai pelajar akan menyewa di sini. Jadi, memang betullah Qalesya semester ini menyewa dekat luar.
Pada malam hari Kokurikulum, aku pergi untuk melihat persembahan yang dipertandingkan. Tak sangka pula, pelajar-pelajar USM sangat berbakat dalam banyak hal. Tetapi, perhatian aku sebenarnya tidak tertumpu pada persembahan di atas pentas. Sebaris di depan tempat duduk aku, Qaleysa duduk dengan kawan-kawannya. Mata aku sebenarnya lebih banyak melihat dia ketika itu. Pada malam itu, Qaleysa begitu cantik dan mempersona sekali."Eh, awak tengok siapa tu?" tiba-tiba Anwar menyapa menghilangkan segala keindahan khayalku ketika itu.
"Sebenarnya itulah gadis yang aku pernah ceritakan dekat awak, namanya Qaleysa"
"Oh, itukah, gadis yang bertudung hijau? tanya Anwar meminta kepastian.
"Ya, itulah orangnya, comelkan" sambil aku tersenyum tanpa aku sedari.
"Patutlah awak termenung sahaja dari tadi, rupanya awak sedang tengok dia"
"Sebenarnya, malam ini dia terlihat sangat comel dengan gaya tudung seperti itu, bila lagi saya boleh lihat dia macam ini tanpa dia sedar saya ada di belakangnya"
Selepas selesai sahaja program pada malam itu, saya dan kawan baik saya Anwar pun pergi ke Sungai Dua sebentar membeli sedikit makanan untuk di bawa balik.
"Sudah-sudahlah tu terkenang-kenangkan dia?" sambil menepuk belakang aku menghilangkan seketika bayangannya.
"Awak nak beli apa, Anwar?"
"Kita beli roti je lah"
"Roti pun okay juga"
Sebaik sahaja sampai di bilik masing-masing, aku lantas mengambil diari yang terletak di laci meja belajar. Aku pun memulakan penulisan dengan kata-kata pujangga yang boleh aku gambarkan dengan konteks tadi.
YOU ARE READING
Pemuja Rahsia (TAMAT)
RomanceKisah seorang lelaki yang bertemu dengan seorang gadis berkaca mata yang telah menambat hatinya. Ciri-ciri gadis yang menjadi idamannya. Pertemuan mereka tidak disengajakan dan dia pun tanpa sedar telah membina sebuah perasaan yang sangat kuat dalam...