Bab 13: Ingin menemuinya

18 1 3
                                    

"Awak, bulan 10 nanti saya akan datang ke Pulau Pinang, awak ada waktu lapang tak 21 Julai nanti?" tanyaku tiba-tiba.

"Jadual kerja bulan Julai tak dapat lagi, nanti saya beritahu kat awak ye"

Aku sebenarnya ingin mencipta satu kenangan paling indah dalam sejarah hidupku menjelang hari jadi aku nanti. 22 Julai merupakan hari ulang tahun aku yang ke 25 tahun. Oleh itu, aku harap 21 Julai nanti aku dapat menemuinya. Pada hari yang sama juga, aku nekad memberitahu perasaan aku terhadap dia.

Lagi 2 hari sebelum aku pergi ke Pulau Pinang, aku menghantar sebuah mesej untuk mendapatkan kepastian sekiranya dia dapat menemuiku nanti.

"Assalamualaikum awak, awak dah dapat jadual kerja bulan ini? tanyaku membuka perbualan antara aku dengan dia.

Tidak lama kemudian, dia membalas mesej yang telah aku kirim tadi.

"Ya, sudah dapat. 21 Julai nanti hari off day". Balasnya ringkas.

"Iya ke, jadi dapatlah kita jumpa nanti 21 Julai ni."

"Buat masa ini saya free je, insyaAllah boleh. Kita nak jumpa kat mana?" tanyanya semula.

"Nanti saya beritahu awak ye kat mana kita boleh jumpa"

Aku semakin tidak sabar ingin menemuinya. Dalam masa yang sama juga, jantungku terus berdegup kencang. Aku mula membayangkan saat aku menemuinya nanti. Adakah aku dapat menahan perasaanku ketika itu. Maklumlah, aku sebenarnya tidak pernah bercerita mahupun berhadapan secara langsung dengan dia.

"Siapa tu?"

Aku mendapat sebuah pesanan ringkas di whatsapp daripada dia. Dia membalas status whatsapp yang mengatakan aku tidak sabar menemui seseorang.

"Tiada apa-apa" sambil memaparkan emoji senyum.

"Qaleysa nak tahu ke siapa yang saya maksudkan itu?" tanyaku semula.

"ahaa, nak! siapa tu?"

"Kalau saya beritahu dia, awak kena janji tidak memberitahu orang lain ya. Hanya kita berdua sahaja. Dia yang awak nak tahu tu sebenarnya awaklah orangnya"

Dia tiba-tiba senyap dan tiada balasan. Mungkin kerana pada waktu itu dia juga sedang sibuk dengan tugas lain.

Aku pula berasa serbah salah, mungkinkah dia tidak suka? Mungkinkah lepas aku berkata begini dia akan mula menjarakkan diri? Rasa sedih tiba-tiba menjenguk kalbu yang sepi. Aku terus menantikan mesej daripadanya.

Keesokan harinya, setelah menyelesaikan segala urusan yang patut. Aku pun pergi ke satu tempat tidak jauh dari timpat tinggalnya iaitu Mutiara Mall untuk menemuinya. Sepanjang perjalanan dari USM ke Mutiara Mall itu perasaanku sangat berdebar-debar. Setelah sampai di destinasi. Aku terus menunggunya sambil cuba menenangkan diri. Jadi, sementara menunggunya tiba, aku pun membeli sedikit makanan.

Setelah lama aku duduk menunggunya. Aku tiba-tiba mendapat sebuah pesanan.

"Awak, saya minta maaf. Mungkin kita tidak dapat jumpa petang ini."

"Ye ke, kenapa awak? Ada urusan ke?" tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

"Ahaa, kalau pagi tadi saya tiada halangan. Petang ini saya ada hal." jawabnya.

"Awak marah saya?" sambungnya semula.

"Eh, tak adalah awak. Awak janganlah risau ye. Kalau ada hal tak mengapalah. Mungkin kita tiada jodoh nak jumpa lama-lama hari ini. Tapi, saya ada nak bagi kat awak, macam mana saya nak bagi kat awak ye? Kalau saya hantar terus ke rumah awak, awak okay tak?"

"Tidak lama lagi saya nak keluar, awak datang sini boleh? Saya hantar lokasi saya kat awak ye"

"Boleh-boleh, saya datang ke tempat awak sekarang" aku pun lantas menghidupkan kenderaan dan terus memandu keluar daripada Mutiata Mall.

Jantungku semakin berdebar-debar. Aku tidak sabar nak jumpa dia tapi aku juga malu sangat untuk berhadapannya. Aku melihat sosok tubuh yang tidak asing keluar daripada kawasan tempat dia tinggal. Aku sangat tahu bahawa sosok tubuh itu ialah dia. Wanita yang aku selalu lihat di sisi lain tanpa dia sedari semasa di universiti.

Aku mengambil barang yang aku nak berikan dan melangkah berani menemuinya. Pada hari itu, merupakan hari pertama aku berani berhadapan dengannya secara langsung. Aku menatap wajahnya yang comel. Wajah yang sangat aku rindui selama ini. Semakin kuat rasa debaran tu. Tingkah lakuku jadi tak keruan tetapi pada masa yang sama aku sangat gembira dapat jumpa dia. Suasana hujan renyai-renyai waktu itu menambahkan suasana romantis saat pertemuan kami. Aku ingin mengungkapkan sesuatu tetapi saat itu waktu tidak sesuai. Jadi, aku putuskan untuk tidak mengatakannya.

Sepanjang memandu balik ke USM, aku terbayang-bayangkan wajahnya. Aku turut menyalahkan diri.

"Aduhhh, kenapa saya tidak bergambar tadi. Bolehlah saya simpan gambar tu dalam diari nanti"

_Kalaulah masa kita berjumpa lebih lama._

Pemuja Rahsia (TAMAT)Where stories live. Discover now