Bab 15: Aku Memutuskan Untuk Pergi

35 1 2
                                    

          Setelah beberapa tahun berlalu. Aku membaca semula kandungan diari yang selama ini aku tulis. Semua perkara sedih dan gembira aku catat di situ. Aku juga mengenang semula semua kenangan yang pernah aku cipta. Semua itu kenangan terindah antara aku dengannya. Kisah yang tertulis sebagai sejarah perasaan seorang pemuja rahsia terhadap seorang gadis berkaca mata. Aku membalut diari ini dengan kemas.
           Sebenarnya, baru-baru ini aku telah mendapat khabar bahawa dia sebenarnya telah menerima seseorang dalam hidupnya. Tidak lama lagi mereka akan berkhawin. Aku tumpang rasa gembira dengan khabar ini. Insya-Allah aku pasti akan datang ke majlisnya nanti. Aku cukup yakin segala keputusan yang dia ambil adalah yang terbaik.

            "Tahniah!" sambil bersalaman dengan suaminya.

            "Ini hadiah yang saya bawa khas untuk awak berdua. Saya beli dekat Sabah. Terima kasih jemput saya datang ke majlis." Aku hanya mampu tersenyum.

           "Terima kasih awak, awak sanggup datang meskipun jauh."

            "Saya kan pernah janji. Saya pasti akan datang. Meskipun terdengar seperti mustahil tapi hari ini saya ada. Semoga awak berdua kekal bahagia sehingga ke syurga. Boleh kita bergambar bertiga?"

           Hari ini mungkin hari terakhir aku melihat senyumannya. Hari ini juga aku melihat wajah kebahagiaan terukir di wajahnya. Dia terlihat sangat cantik malam ini. Meskipun bukan diriku yang dipilih. Aku bahagia kerana diberi peluang untuk mengenali dia. Aku bahagia kerana aku berpeluang untuk mencintai dia.


Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukannya.
Aku akhirnya memutuskan untuk pergi daripada hidupnya.
Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanya bersama insan yang dikasihi.

         Aku pergi ke pantai menenangkan hati yang kesedihan sambil bercakap seorang diri.

Awak nak tahu tak, sehingga ke hari ini. Aku tidak boleh memadamkan perasaan ini. Sejujurnya, aku ingin mengatakan bahawa aku mencintaimu. Wahai angin tolonglah bawa ucapanku ini bersama-sama perasaanku. 😭


_TAMAT_


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pemuja Rahsia (TAMAT)Where stories live. Discover now