Bab 14: Kesedihan

17 1 0
                                    

          Aku sebenarnya sedar bahawa aku hanyalah seorang kawan di matanya. Tidak akan lebih daripada itu. Pada suatu hari, aku telah memutuskan untuk memberitahu dia perkara sebenar tentang perasaan aku selama ini.

         "Assalamualaikum awak, maaf mengganggu awak. Awak ada masa untuk saya? Tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

          Mesej yang aku hantar tidak berbalas. Mungkin dia sibuk hari ini. Aku meneruskan kerja-kerjaku seperti biasa pada hari itu. Setelah waktu malam tiba. Dia membalas mesej pagi tadi.

         "Waalaikumsalam, maaf baru dapat balas mesej awak. Saya agak sibuk hari ini. Tidak sempat saya nak balas mesej awak. Sekarang saya tengah rehat. Awak ada nak bincangkan sesuatu dengan saya ke? tanyanya semula.

          "Ahaa, saya ada nak cakap sesuatu malam ini."

          "Macam serius je tu, awak." balasnya ringkas.

         "Awak, saya ingin katakan sesuatu kepada awak tentang hati dan perasaan saya selama ini. Mungkin awak tak sedar. Mungkin awak tak pernah anggap perkara ini hadir antara saya dan awak. Saya nak luahkan perkara ini masa kita jumpa hari itu tapi keadaan tak mengizinkan saya berbuat demikian." Aku berniat untuk mengatakan semuanya malam ini.

          "Apa yang awak nak luahkan sebenarnya?" tanyanya semula.

          "Sebenarnya, saya ingin memilih awak sebagai teman hidup saya. Adakah awak sudi terima saya dalam hidup awak? Saya faham mungkin awak terkejut. Saya tak akan paksa awak. Awak berhak nak atau tak seseorang yang cuba hadir dalam hidup awak." jelasku panjang lebar.

          "Awak, saya terus terang kepada awak ye. Saya anggap awak hanya sebagai kawan saya. Saya gembira ada kawan seperti awak. Saya sedar selama ini awak menyimpan perasaan terhadap saya. Saya minta maaf. Awak tahukan, saya tidak bersedia lagi untuk menerima seseorang dalam hidup saya. Saya pernah cerita dengan awak."

          "Saya sedar awak. Maafkan saya kerana bercakap tentang perkara ini malam ini. Lepas saya mendengar jawapan awak barulah saya berasa lega." Sambil memaparkan emoji senyum walhal kenyataannya aku tidak sedar telah mengalirkan air mata.

          Sejak aku mengetahui perkara sebenar bahawa Qaleysa hanya menganggap diriku selama ini hanya sebagai seorang kawan. Aku cuba untuk tersenyum di hadapannya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Aku cuba menjadi seorang kawan yang terbaik untuk dia. Adakala aku akan menghubunginya untuk mengetahui khabarnya sekarang.

          Tidak mengapalah wahai hati. Melihat dia tersenyum seperti biasa  sudah cukup untuk mengubat luka di hati. Tutur bicaranya yang lembut dalam mesej-mesej yang dia hantar memberikan kekuatan untukku.

---Cinta itu betul-betul buta---

Pemuja Rahsia (TAMAT)Where stories live. Discover now