Aku perasan seperti ada yang tidak kena dengan Anwar. Semasa di bilik, dia asyik bercerita pasal Nana. Mustahil Anwar jatuh cinta pada Nana kerana Anwar sudah mempunyai hati yang perlu dijaganya. Anwar dan Iman selalu cuba kenakan aku dan Nana sejak kebelakangan ini.
Suatu hari, aku menerima bungkusan yang diletakkan atas meja aku. Aku pun melihat isi bungkusan itu."Anwar, siapa yang letak nasi ayam atas meja ni?"
"Tak tahu pula, bukan awak yang beli ke pagi tadi?" seperti cuba menyembunyikan sesuatu.
"Mana ada, saya baru habis kelas. Lagipun, menu hari ini bukan nasi ayam kat kantin."
"Tengoklah nota yang dia letak atas meja awak tu."
Rupanya-rupanya, nasi ayam ini daripada Farhana. Dia masak istimewa untuk aku katanya. Itulah yang tertulis dalam nota yang dia tinggalkan.
"Untunglah, ada orang bagi nasi ayam spesial pula untuk dia." kata Anwar sepertinya cemburu.
"Jomlah kita makan sama-sama" ajakku kepada Anwar.
"Tak naklah, itukan istimewa untuk awak. Awak makanlah." balas Anwar sambil gelak kat aku.
"Alhamdulillah, ada rezeki makan nasi ayam hari ini"
Setelah habis waktu rehat, aku pun meninggalkan nota ucapan terima kasih di atas meja Nana.
Beberapa hari kemudian, sedang aku membelek-belek diari aku tentang dia. Aku menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali."Assalamualaikum, saya ini Farhana. Terima kasih sudah makan masakan saya hari tu. Saya dengar awak suka nasi ayam sebab tu saya cuba masakkan untuk awak. Ini pertama kali saya buat nasi ayam, kalau tidak sedap saya minta maaf."
"Waalaikumsalam, alhamdulillah. Terima kasih Nana atas makanannya. Sedap awak masak walaupun ini kali pertama, tapi awak dah buat yang terbaik. Untung bakal suami Nana nanti" balasku memuji masakannya.
Entah bagaimana permulaan perbualan kami yang hanya bercakap soal tentang nasi ayam tiba-tiba menjadi sesi curhat atau luahan perasaan. Dia memulakan dengan meluahkan perasaan kecewa dan sedih tentang segelintir sikap lelaki yang suka cuba untuk memikat hatinya tetapi tidak menunjukkan kesungguhan. Aku dengar satu-satu kata yang dikatakan dan aku cuma dapat memberikan kata-kata agar dia lebih fokus kepada perkara yang ingin dia capai sebelum menerima orang lain dalam hidupnya. Tiba-tiba aku teringat akan Qaleysa yang berada di Jerman.
Aku cuba untuk memperbaiki persepsi Nana terhadap lelaki. Aku memberitahu Nana supaya berprasangka baik. Kemungkinan lelaki yang Nana maksudkan tadi tidak tahu cara meluahkan perasaanya kepada Nana. Kemungkinan juga lelaki ini takut jika dirinya ditolak. Nana hanya mampu diam dan terus mendengar kata-kata yang aku sampaikan kepada dia.
Pada malam itu juga, Nana memberitahu ciri-ciri lelaki idamannya. Ciri-ciri yang dikatakan itu seperti aku tetapi aku buat tidak tahu akan perkara ini. Aku hanya dapat memberitahu kepada dia betapa bertuahnya lelaki ini jika Nana sebagai pasangan hidupnya.
Pada keesokan harinya, aku menerima sepucuk surat yang diselitkan dalam buku yang tersusun rapi di atas meja. Kandungan surat ini benar-benar membuat aku terkejut. Tidak sangka Nana memberitahu isi hatinya kepada aku. Dia mengatakan bahawa dia telah jatuh hati pada pertemuan pertama. Aku tidak sangka dia berani meluahkan isi hatinya terlebih dahulu.
Setelah sampai di bilik, aku menceritakan perkara ini kepada Anwar dan Iman."Macam mana ya nak tolak seseorang tetapi pada masa yang sama dia tidak terluka?" aku membuka perbualan dengan satu persoalan kepada dua rakan baikku ini.
"Kenapa tanya macam tu?" tanya Iman kepadaku.
"Tak lah, bukan apa. Saya hari ini terima surat cinta lah geng"
Anwar dan Iman ketawa sekuat hati mereka seolah-olah rancangan mereka berjaya.
"Mesti daripada cikgu Nana" Anwar terus gelak tak henti-henti.
"Aduhai, tolonglah. Mana tahu kamu ada idea." tambahku agar mereka berhenti gelak.
"Awak terimalah dia dalam hidup awak, lagipun saya lihat Nana ni cukup comel orangnya. Sampai bila awak nak menyimpan perasan cinta kepada Qaleysa tetapi tidak pernah berbalas." tambah Anwar.
"Tidak semudah itu saya boleh terima dia. Lagipun, sudah cukup bagi saya mencintai dia walaupun dia tidak tahu." kata-kataku membuat Anwar dan Iman terdiam seketika.
"Awak, apa salahnya awak terima Nana. Beri dia peluang dalam hidup awak." Iman mula memberi cadangannya.
"Kenapa kamu seperti suka je aku dengan dia?"
Tidak apalah, nanti aku akan mengatakan kepada Nana perkara sebenar. Lebih baik aku mengatakan sekarang daripada Nana tahu kenyataan bahawa aku menunggu seseorang. Mesti lebih sakit perasaannya.
Pada hari Majlis Apresiasi Pelajar, aku melihat dia begitu ceria berbanding hari-hari sebelumnya. Aku ingin mengatakannya tetapi mungkin masa tidak sesuai. Aku memilih untuk mendiam dan menjarakkan diri daripada Nana.
YOU ARE READING
Pemuja Rahsia (TAMAT)
RomanceKisah seorang lelaki yang bertemu dengan seorang gadis berkaca mata yang telah menambat hatinya. Ciri-ciri gadis yang menjadi idamannya. Pertemuan mereka tidak disengajakan dan dia pun tanpa sedar telah membina sebuah perasaan yang sangat kuat dalam...