Doktor PLU: 7

17K 315 16
                                    

Masa di Bario terasa begitu pantas berlalu. Kini kami kembali semula menghadapi kesibukan bandaraya Miri yang kian hari kian pesat. Bayu lembut dan kedinginan perkampungan tanah tinggi Bario pasti akan kurindui. Senyuman Dr. Jimmy juga akan... ehh??? Tiber! Lamunanku terhenti. Umpama layang-layang tersentak tali. Berpaut di bumi yang nyata. Sejak dari peristiwa di Bario, aku bertekad untuk tidak menaruh harapan dan perasaan kepada si syaitan handsome itu. Tidak sama sekali.

Me : Morning Misha, boleh you tolong screenshot jadual bertugas kita minggu ni? Hehehe thank you.

Misha : Ok. Jap eh.

Misha membalas pendek whatsappku. Seketika kemudian dia menghantar gambar jadual bertugas Jabatan Orthopedic. Mataku galak melihat jadual yang telah dikeluarkan. Selasa day off, Rabu malam, Khamis malam, Jumaat day off, Sabtu pagi, Ahad pagi. Ok. Tak teruk sangat. Lagipun aku memang dah minta agar Selasa tu day off untuk menghilangkan penat lelah usai pulang dari Bario. So, petang besok boleh la ajak Aizat lepak. Hehehe. Jadual doktor orthopedic kini diperhatikan. Penting untuk tau sapa yang bakal bekerja satu shif ye tuan-tuan dan puan-puan. Supaya boleh bersedia fizikal dan mental menghadapi yang mana singa yang mana kucing. Hahaha.

Rabu dan Khamis Dr. Jimmy oncall? Bermaksud semua kes yang perlu dirujuk akan dibincangkan dengan Dr. Jimmy. Bibirku terukir senyuman. Benakku terbayang senyuman manis Dr. Jimmy dan peristiwa dia mencubit pipiku. Ehh? Sedar Ian sedar! Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan handsome tu.

Mall

"Sis!!!" teriak Aizat dari kejauhan. Aku yang berada selang lima atau enam kedai dari tempat Aizat menjerit panik seraya menekup mukaku. Haruskah berteriak wahai Aizat oiii? Kenapa tak umumkan kat radio jer? Huhuhu.

"Iskkk ko ni diamlah! Dah la lambat!" aku mengomel. Aizat kalau tak lambat memang tak sah.

"Ala sorry la sis. Kau tau la I gojes. Memang kena bersiap lama... So macam mana korang?" tanpa basa basi Aizat memulakan interogasi. Aku hanya menjeling Aizat lalu mempercepat langkah menuju food court.

"Oiii cerita la sundal..." Aizat cuak mengejarku dari belakang.

Usai memesan makanan, aku memulakan bicara menceritakan perjalanan dan pengisian program outreach di Bario.

"Oiii betina. Kau ingat aku minat sangat pasal program korang tu? Aku nak dengar cerita pasal kau dengan Dr. Jimmy la! So? You mengandung tak?" Seloroh Aizat. Aku mula tersenyum. Ala-ala dilamun cinta. Ehh?

"Kau tau Aizat... aku tak tau la sumpahan ka apa... aku dengan syaitan handsome tu sebilik di Bario..."

"What!!! OMG OMG OMG mak is penasaran! Terus apa jadi sis?" Aizat mengoncang tanganku.

"Well... pernah satu malam tu... Actually malam pertama kami menginap di Bario... aku terpeluk Dr. Jimmy masa tidur... kau tau la aku kan sejenis makhluk yang aktif masa tidur... dan... aku... tersentuh batang dia... I meant kaki aku tersentuh benda tu..." kini pipiku merah menahan malu tatkala senyuman sundal terukir di bibir.

Aizat terlopong! "Serius wehh? OMG sweetnya uols! Amacam? Besar tak terung dia? You ada try ehem-ehem terung dia tak?"

"Isk kau ni! Kesitu pulak! Mana aku berani gila. Pagi tu ada lagi surprise sis... Dr. Jimmy macam bagus melayan aku... senyum-senyum, bagi makanan,siap cubit pipi lagi... and sepajang program tu memang nampak dia try nak berbaik dengan aku... aku jer mcm awkward... so aku jauhkan diri la... yela takut tu trick dia jer... hermmm... tapi betul la sis... Dr. Jimmy tu handsome giler"

"What sis? You jauhkan diri? Amboi-amboi! Kau sapa? Miss universe? Jual mahal bagai... sis mana tau yang dia ada trick? What if dia betul-betul ikhlas nak berubah, nak memulihkan keadaan dengan you... you tinggal 2 bulan je lagi kat Jabatan Orthopedic kan? Jangan sampai you melepas gigit jari...kalau you taknak, bagi kat I je la Dr. Jimmy tu"

Aku hanya mencebik mimik muka ke Aizat. Aku berfikir sejenak mencerna kata-kata Aizat. Betul juga. Last-last nanti aku yang akan melepas gigit jari. Aktiviti petang itu diteruskan dengan menonton wayang London has fallen dan berkaraoke. Hatiku berdebar-debar menantikan pertembungan waktu bertugas aku dan Dr. Jimmy pada hari Rabu dan Khamis nanti.

Rabu

Pagi Rabu aku bangun awal. Semangat nak turun kerja lain sikit hari ni. Hahaha. Aku memilih baju berona turquoise dan seluar slack warna hitam. Sebelum bertolak ke tempat kerja aku sempat menyediakan bekal bihun goreng kegemaranku. Kalau shif malam aku memang jenis malas nak makan kat luar. Aku lebih prefer bawa bekal dan makan kat pantry. Jam 6pm aku sudah sampai di wad, aku kena sampai awal sebab banyak kes yang nak dihanding over oleh rakan Housemen yang lain. Semasa keluar dari bilik loker, aku terserempak dengan Dr. Jimmy di pintu masuk. Hatiku berdebar-debar. Langkahku cuak dan salah tingkah.

"se...selamat pe..petang Dr. Jimmy..." ucapku gagap lalu melangkah laju meninggalkan Dr. Jimmy sendirian di bilik loker.

POV Dr. Jimmy

Ehh? Ian ke tu tadi? Kenapa dengan budak tu macam nervouse je? Mengelak aku ke apa? Dr. Jimmy melangkah ke dalam bilik loker dan menyimpang barang keperluannya. Wanginya bilik ni? Ni mesti bau Ian. Dia melihat beg bekal makanan Ian lalu menyelitkan sekeping kertas. Senyuman nakal terukir di bibirnya. "kau tunggu...aku kenakan kau puas-puas malam ni".

Nota kaki: so guys? acaner? Buntu sikit beberapa hari ni nak upload entry baru. Idea banyak, tapi masa takda. Huhuhu. Harap korang enjoy baca episode kali ni. Stay tune to the next updates.

Doktor PLU (COMPLETED)Where stories live. Discover now