Mall
"Hello Aizat? Kau kat mana ni? Kau jadi ke tak shopping barang ni?" jam di tangan menunjukkan pukul 3pm. Aizat masih belum sampai seperti yang dijanjikan pertemuan jam 2pm.
"Hehehehe sorry bah Ian. Aku terlambat bangun tadi. Nak bsiap lagi. Almaklum la perawan. Hahahaha. Kau tunggu kejap eh....dalam jam 4pm aku sampai" panggilan telefon dimatikan.
Eh eh budak ni. Sabar je lah. Nasib baik kawan baik aku. Aku dan Aizat mula kenal dari zaman medical student lagi. Sampailah habis belajar, dapat penempatan Housemen pun sama hospital. Cuma kami berlainan department. Aizat ni berpewatakan daring sikit. Berani bereksperimentasi dengan fesyen yang "menyerlah" serta outspoken.
Sementara menunggu Aizat sampai, aku membuat keputusan untuk membeli boba tea yang trending seantero Malaysia. Agak ramai juga pengunjung di mall pada petang Jumaat ni. Ada yang berkeluarga, ada yang bercouple, ada yang bersama kawan-kawan dan ada yang masam. Aku la yang masam tu. Masam menunggu kawan yang tak kunjung tiba. Or masam disebabkan single mingle xda yang nak. Huhuhuhu.
Tiba-tiba bahuku terlanggar seseorang. Buku-buku yang dibeli insan malang tersebut terjatuh di lantai. Aku pantas mengutip buku-buku tersebut sambil diperhati oleh si pemilik buku.
"Saya minta maaf sangat-sangat.... Sorrrr...ryyyy? Dr. Jimmy?" mataku terbeliak. Of all the people, Dr. Jimmy juga yang aku langgar. Dr. Jimmy hanya berdiam. Dia memandang aku atas ke bawah.
"Saya minta maaf Dr. Jimmy... saya betul-betul tak sengaja" tolonglah jangan teriak kat aku. Kat mall kot ni. Ramai orang. Aku menadah buku-buku yang baru dikutip dan memejamkan mata. Tolong jangan teriak. Pleaselah. Huhuhu.
Buku ditanganku diambil dan Dr. Jimmy terus berlalu pergi. Jalan macam tu je? Cehhhhh! Ingat aku takut sangat kat kau? Sinilah kalau berani! Gumamku dalam hati. Hatiku masih berdebar-debar. Hahahaha. Tau takut. Mataku sempat melirik pandangan belakang Dr. Jimmy yang semakin menghilang ditelan kesesakan manusia. Baju jersi Liverpool, seluar jeans pendek dan berselipar. Simple. Tapi handsome pula! Betullah kata-kata kak Shida. Huhuhu. Lengan yang berurat agak terserlah ditambah lagi dengan warna kulitnya yang sedikit cerah. Badan pun very the slim athletic. Betisnya pn sangat kekar dan berbulu agak lebat serta gaya berjalan yang sangat macho. Memang taste sesangat. Hermmm tapi sayang, gila. Ehhh? Apasal aku ni. Taknak lah dengan syaitan tu!
"haaaa!!! Kau mengelamun apa tu???" Sergah Aizat di belakangku. Dia mengenakan baju kameja lengan pendek rona pink dan seluar jeans Levi's serta berkasut putih. Aizat ni memang pandai bergaya. Dan sundal. Hahahaha.
"Isk ko ni... terkejut aku. Eh aku ada gossip kat kau! Terhangat di pasaran!" mata Aizat terbeliak. Kami berdua ni memang pantang kalua bab-bab bergosip. Hahaha.
"Wehh ceritalah! Cepat! Cepat!" Aizat mencubit tanganku.
"Ouchhhh! Sakitlah sundal! Kita pg food court dulu boleh tak? Aku dah kebulur ni... tunggu kau lama sangat bermakeup! Aku belanja sebab ko sudi temankan aku"
"Kau belanja??? Yayyyy! Thank you sis... You are the best! Patut la you makin cantik!" Aizat seraya memelukku. Aku segera melepaskan pelukkannya. Pengunjung mall yang berdekatan kami memandang kaget. Aku dan Aizat ketawa lalu melangkah pantas memasuki ruang food court.
"Aizat cuba kau teka, sapa yang aku jumpa tadi sebelum kau datang?" aku memulakan bicara sejurus pesanann makanan kami sampai.
"Sapa? Laki kau si Jimmy tu?" Aizat menyuap makanan dengan penuh lahap. Dia ni baru makan setelah 5 tahun pausa ka apa?
"ehhh macam mana kau tau? Kau terserempak dengan dia juga ke?" nah!makin hangat la gosip kami ni kalau Aizat pun nampak dia.
Aizat sedikit tersedak. Aku cepat-cepat menghulur minuman kepadanya. "Makan tu senonoh la sikittt!"
"wehhh betul kau jumpa si syaitan handsome tu?!! Aku main teka je oiiii!" Aizat menyoal dengan nada suara yang bingit. Pegunjung di meja sebelah kami melirikkan pandangan.
"Oiiii diam la sundalll... bukan setakat terjumpa, aku siap terlanggar bahu dia tu. Habis bertaburan buku-buku yang dia beli. Nasib dia tak teriak. Huhuhu" aku merendahkan nada suara persis berbisik kepada Aizat.
"Wow! Korang memang berjodoh la sis. Dah la dia caring kat kau di wad. Kat mall pun sempat dating. Langgar bahu gtew. So sweet! So acaner dia hari ni sis? Handsome tak?" muka Aizat terukir senyuman nakal mengejek.
"Sweet kepala otak kau! Iskkk mengarut je lah kau ni... tapikan sis. Dia macam makin handsome la. Tapi sayang, gila. Kan sis?"
"Iya gila. Gilakan kau! Hahaha!" ketawa Aizat mengisi ruang food court. Ya ampun malunya.
"Iskkk kau ni diam lah! Jom la shopping. Banyak lagi barang nak beli ni" kami bingkas bangun. Esok hari aku bakal menyertai program outreach jabatan orthopedic ke Bario. Jadi plan nak beli traveler bag dan jaket wind breaker. Aku ikut program tu pun sebab si syaitan handsome tu tak ikut. Hahaha! Padan muka.
Nota kaki: So guys? Acaner? Korang rasa mcm mana rupa watak-watak dalam cerita ni? Well, rupa paras tu subjective. So terpulang kepada uols untuk berimaginasi dan bereksperimentasi. Hahaha! See you guys in next episode.
ANDA SEDANG MEMBACA
Doktor PLU (COMPLETED)
Romance" Kalau dah miskin, jangan menyusahkn orang boleh tak? Bodoh!!!" tempelak Dr. Jimmy. Hati Dr. Ian berdetak kencang. Mukanya merah menahan amarah. Jika bukan dia fikirkan status sebagai Housemen sudah lama muka Dr. Jimmy yang berlagak itu merasa buku...
