Wad
Jam menunjukkan pukul 2am. Perut Ian terasa berkeroncong minta diisi. Ian memberitahu rakan Jururawat incharge yang turut bekerja satu shif malam tu yang dia pergi mengalas perut sekejap di pantry. Selesai memanaskan makanan di microwave Ian menutup mata sambil membaca doa makannya. Telinganya tiba-tiba mendengar sayup-sayup kedengaran pintu pantry dikuakkan. Jantungnya berdebar. Fikirannya melayang memikirkan cerita-cerita seram yang berlaku di hospital. Doanya kian pantas dan berterabur. Dia cuba membuka matanya perlahan, ehhh!!! Dr. Jimmy? Bukan tadi dia keluar makan dengan Dr. Darwish dari jabatan kecemasan tu ke? Ian sedaya upaya mengaburi kecuakkan di wajahnya.
"Hai Dr. Jimmy. Dah makan?" seriously Ian? Dalam banyak-banyak soalan tu juga yang kau mau tanya?
"Dah... baru balik makan... bawak bekal apa tu? Macam wangi je? Masak sendiri ka?" pertanyaan bertubi-tubi diajukan kepada Ian. Namun yang lebih menggusarkan adalah pandangan mata Dr. Jimmy yang tajam merenung anak mata Ian sekaligus memanah hatinya. Ehh? Senyuman kecil terukir di bibir Dr. Jimmy. Ian lemah. Hahaha.
"Masak bekal bihun ja... Masak sendiri... Nak??? Jap saya ambikkan pinggan" Ian bingkas bangun dari kerusi dan ingin mencapai pinggan. Tujuan utamanya adalah untuk melarikan pandangan dan mengaburi kecuakkan yang kian terpampang dek tingkahlakunya. Tanpa diduga, Dr. Jimmy mengambil bekal Ian lalu menyuapkan bihun goreng ke mulut. Ian kaget. Bermaksud? Mereka berkongsi sudu? Indirect kiss? Ehh? Mata Dr. Jimmy melirik ke arah plastil bekal Ian. Dia "terperasankan" sehelai kertas kecil di dalam plastic tersebut.
"Ehh kertas apa ni?" tangan Dr. Jimmy pantas mengambil kertas tersebut. Ian kebingungan sambil melihat Dr. Jimmy membacakan isi surat tersebut.
"Kerja bagus-bagus sayang... jangan nakal-nakal... xoxo" baca Dr. Jimmy ringkas. "Wow!!! Ada peminat..... Aiee!!" Dr. Jimmy ketawa terbahak-bahak. Muka Ian merah padam menahan malu.
"Ehh? Surat apa tu?" Ian mengambil surat dari tangan Dr. Jimmy. Dahinya berkerut membaca isi ringkas surat tersebut.
"Eee sapa kekasih awak tu? Cerita laaaaa" Dr. Jimmy mengenyitkan matanya sebelah sambil tersenyum nakal. Ian semakin salah tingkah melihat Dr. Jimmy mengenyitkan matanya. Dadanya kian berdebar.
"Ehh? Saya ma... mana ada ke... kekasih... takda.... Sumpah!" Ian mengangkat tangan kanannya seperti melafazkan sumpah. Dr. Jimmy ketawa terbahak-bahak seperti hilang kawalan. Air matanya keluar kerana merasakan tingkah Ian yang sangat lucu.
"Yeke takda kekasih? Awak kan handsome... comel lagi tu..." Dr. Jimmy kian mengusik.
"Betul... Sumpah takda... sepa yang nak kat saya ni? Lagipun saya nak focus cari rezeki ja sekarang ni... demi mak... demi adik kat kampung" Ian menjelaskan kepada Dr. Jimmy yang kelihatan mula serius mendengar jawapan Ian.
"Ooo... jadi single la ni kan? Ooookkkkkkk..." Dr. Jimmy kian merapat ke muka Ian. Jarak antara mereka kini hanya sejengkal.
"Awak... nanti jumaat awak day off kan? Awak buat apa?" Dr. Jimmy seperti berbisik di telinga Ian. Nafas Dr. Jimmy terasa mengusap lembut pipi Ian.
"Err... Takda buat apa-apa kot" Ian menjawab tanpa melihat ke arah Dr. Jimmy.
"Ok! Kalau macam tu... jam 2pm jumaat ni saya ambik awak kat rumah... nanti bagi alamat eh? Hehehe" Dr. Jimmy sempat mengusap-usap rambut Ian sebelum meninggalkan Ian seorang diri di pantry?
Bilik boss
Yes! Akhirnya rancangan berjaya. Hahaha. Single rupanya budak tu. Rupanya tujuan surat tu ditulis oeh Dr. Jimmy adalah untuk melihat reaksi dan jawapan dari Ian. Perasaan Dr. Jimmy tersemat kebahagiaan yang lama telah terkubur di sanubarinya. Setelah peristiwa putus tunang beberapa tahun lalu, hatinya seolah-olah membatu dan ditutup untuk entiti yang bernama cinta. Sehinggalah kemunculan Ian. Siapa sangka insan yang dibencinya dulu kini berjaya mencuri isi hatinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Doktor PLU (COMPLETED)
Romance" Kalau dah miskin, jangan menyusahkn orang boleh tak? Bodoh!!!" tempelak Dr. Jimmy. Hati Dr. Ian berdetak kencang. Mukanya merah menahan amarah. Jika bukan dia fikirkan status sebagai Housemen sudah lama muka Dr. Jimmy yang berlagak itu merasa buku...
