Doktor PLU: 12

13.5K 238 8
                                    

Attention: Okay sorry for the late update. Actually aku tengah berusaha untuk menghabiskan slot throwback Ray ni. Mula-mula planned for 3 episodes je. Then melarat pergi 4, 5 and so on. Tiber. BTW thanks for the 1923 reads guys! xoxo!

2 tahun lalu

Hooray! Akhirnya tamat pengajian sarjana muda perubatan selama 5 tahun. Hati Ian gembira bukan kepalang. Dia terus menelefon ibunya menyatakan berita baik dan buruk. Berita baik dia berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang. Berita buruk. Ian tidak terus pulang ke Sarawak sebaliknya membuat keputusan mencari rezeki di Kuala Lumpur sehingga sesi konvokasi berlansung 6 bulan dari sekarang. "Iya nak...Ibu paham...Pandai-pandai jaga diri nak...Cari rezeki yang halal ya nak...Jangan risau ibu dan adik sihat-sihat di kampung". Ian terasa air matanya kini bertakung. Hatinya sebak merindui keluarga dan kampung halaman. Tapi demi rezeki, demi impian membawa ibu dan adiknya menghadiri konvokasi. Ian mesti berkorban.

Mall

Sesampainya di butik pakaian terkenal tersebut, Ian bersiap-siap menuju ke stesen yang telah dijudualkan. Hari ini agak sibuk. Pelanggan datang bertubi-tubi. Tangan Ian lenguh melipat pakaian yang berselerak. Alah bisa tegal biasa. Tahankan hati detik Ian. Tanpa disedari, jam menunjukkan pukul 9.30pm. Ian bersiap-siap mengira stok pakaian dan menambah mana-mana stok yang berkurangan. Tidak berapa lama pekerja-pekerja butik kedengaran riuh memerhati pelanggan yang baru mesuk ke butik. Ian tidak mengendahkan keadaan sekeliling kerana dia ingin cepat-cepat pulang.

"Sayang.... I nak shopping kat sini bolehhhh? Please..." Kedengaran suara gedik dari sepasang pelanggan tidak jauh dari tempat Ian. Perempuan berskirt pendek dan baju singlet. Manakala teman lelaki/suami(?) kelihatan simple mengenakan flannel dan jeans.

"Boleh sayang... Untuk you semua boleh" lelaki tersebut sempat mencium pipi wanita tersebut sambil meramas punggungnya. Ian berusaha menahan muntah. Wanita gedik itu ketawa manja sambil berlari mencari baju yang diingini. Kini tinggal Ian berduaan dengan lelaki si hidung belang.

"Oiii... Oiii" lelaki tersebut memanggil Ian. Ian berpura-pura tidak mendengar sambil meneruskan kerja menyusun pakaian.

"Oiiii... Pekak? Pekak ke?" lelaki tersebut menghampiri Ian. Melihat sikap Ian acuh tak acuh dia tiba-tiba merenggut kasar lengan Ian.

"Oiii kau tak dengar ke pura-pura tak dengar? Pekak" nada suara lelaki tersebut kini semakin tinggi. Batas kesabaran Ian kini senipis kulit bawang. Tangannya terketar-ketar menahan amarah. Sabar Ian sabar.

"Ehh? Encik panggil saya? Maaf nama saya bukan oiii... Nama saya Ian. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Senyuman sinis terukir di bibir Ian. Matanya kini bertentangan dengan mata lelaki tersebut. Riak wajah sombong lelaki tersebut kini bertukar garang. Lelaki tersebut menghampiri Ian perlahan-lahan. Ian masih mengukir senyuman sinis di bibir. Namun hatinya tidak dinafikan kian berdetak kencang. Pakaian yang sudah disusun rapi tiba-tiba berterbangan ke lantai. Ian kini betul-betul marah dengan sikap kurang ajar dan kebudakkan pelanggan tersebut. Lantaklah dengan slogan customer is always right. Sepatah dua kata harus ditujukan kepada pelanggan yang kurang ajar macam tu.

"Tuan Ray... Maaf tak jemput tuan Ray tadi sibuk sikit... Tuan Ray datang dengan siapa? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Belum sempat Ian memberikan 'pengajaran' kepada lelaki tersebut, pengurus butik menghampiri dan menyambut pelanggan kurang ajar. Tuan Ray?

"Datang dengan kawan... Korang kat butik ni memang lembab semua eh? Aku datang pun selamba buat tak layan kan?" mata Ray melirik ke arah Ian. Ian kini mengalihkan pandangannya ke arah lain. Pura-pura tidak menyedari kewujudan Ray di tepinya.

"Maaf tuan Ray... Tu semua silap kami... Kami janji akan buat lebih baik lepas ni... Maaf tuan Ray... Maaf" Pengurus butik melirik ke arah Ian seolah-olah memberikan isyarat agar Ian memohon maaf. Namun belum sempat Ian memohon maaf, Ray berlalu pergi. Marajuk? Childish!

Ray tidak mengendahkan muka pengurus butik sebaliknya beralih ke arah teman wanitanya. Setelah membayar harga pakaian mereke berlalu keluar kedai. Ian kini sibuk menyusun semula pakaian yang telah dihamburkan. Pengurus butik masih berdiri di tepi Ian. Bila-bila masa sesi penyiasatan dan cuci telinga akan berlaku.

"Ian? Kenapa pakaian berhambur ni?" soalan mendatang bak peluru yang tidak mampu ditepis.

"Sorry. Lelaki tu tadi tiba-tiba datang dan menghamburkan pakaian ni. Saya pun tak tau kenapa"

"Lelaki? Ian kau tau tak tu sapa? Tu adalah tuan Ray. Anak pemilik mall ni. Anak Tan Sri Vincent Sinclair" mata pengurus butik kini merenung tajam ke arah Ian.

"Ohh? Iya? Sorry saya tak tau. Saya janji akan layan dia bagus-bagus lain kali" Ian kini menundukkan kepalanya. Air mata kini kian bertakung. Dia paling sensitive bila dimarah atas sesuatu bukan kesalahannya.

"Ian. Akak bukan nak marah. Tapi Ian kena ingat. Kita ni kerja makan gaji. Kita ni ibarat pipit jika dibandingkan dengan mereka tu. Paham tak?" suara pengurus butik kini semakin perlahan tapi masih tersemat ketegasan yang ketara.

"Iya kak. Saya minta maaf" Ian kini semakin sugul.

"Dah dah. Kalau dah siap kemas pergi la balik. Rehat cukup-cukup. Lupakan perkara negative eh. Bye Ian" Ian hanya menundukkan kepalanya. Dia melangkah perlahan pulang menuju rumahnya. Malam itu terasa sungguh meletihkan. Sesampai di rumah Ian terus menuju ke katil dan tertidur. Tanpa mandi. Ewwww.

Nota kaki: Sorry sangat-sangat guys. Sekarang busy sangat. Tak sempat nak update secara konsisten. Lagipun sekarang kan dah masuk watak baru Ray. So agak bingung macam mana nak kembangkan watak Ray ni. Sorry juga episode kali ni pendek je. Huhuhu.

Doktor PLU (COMPLETED)Where stories live. Discover now