Doktor PLU: 24

9.6K 240 97
                                    

Jam menunjukkan pukul 12.30pm. Ian dan dua rakan Houseman yang bakal menamatkan posting di Jabatan Kecemasan berpakat mengadakan jamuan farewell bersama kakitangan jabatan tersebut. Ian, Fakhrul dan Camelia masing-masing memberikan ucapan farewell. Sejujurnya Ian merasa sedih kerana postingnya di Jabatan kecemasan kian sampai ke penghujung dan melambangkan zaman Housemannya telah sampai ke garisan penamat. Selesai sesi berucap majlis jamuan perpisahan pun dimulakan.

Ian mengambil kesempatan bertemu dengan setiap kakitangan yang hadir untuk mengucapkan terima kasih dan meminta maaf atas segala salah dan silap. Ramai kakitangan terutamanya jururawat dan doctor senior mengatakan bahawa mereka akan terasa ketiadaan Ian atas sikap rajin dan critical thinking Ian. Ala-ala beauty with brain macam tu. Ehh?

"Ehhh? Tu Jimmy kan? Ehh Jimmy ade kes ke?" Suara Camelia kedengaran bingit dan gedik.

Urghh! Camelia with her sluttiness! 'Dia panggil sapa Jimmy? Dr. Jimmy ke? Like seriously? Jimmy? JIMMY? Urgh! I'm not jealous! At all!' detik hati Ian. Dia menoleh ke belakang. Camelia kelihatan menarik lengan Jimmy untuk menyertai mereka menyertai jamuan perpisahan. 'What?! Pegang-pegang?! Jantan tu pun biarkan je? Cehhh! Bagus kalau handsome! Semua jantan sama je!' Hati Ian kian panas. Jimmy melangkah menuju ke jamuan dan berbual-bual dengan Ketua Jabatan Kecemasan sebelum mengucapkan tahniah kepada Houseman yang berjaya menamatkan penempatan di Jabatan Kecemasan dengan jayanya. Kecuali Ian. Ian berdiri agak jauh dari keberadaan Jimmy. Tangannya memegang secawan air sirap sambil dihirup perlahan-lahan. Ala-ala wine. Tiber!

Camelia membawa pinggan penuh aneka makanan dan segelas air sirap kepada Jimmy. Senyuman menggoda terukir di bibir. Lirikkan matanya menikmati setiap inci badan Jimmy yang mengenakan blazer gray dan round neck t-shirt warna hitam. 'Dah la tinggi, putih, hidung mancung. Tak handsome langsung!' Detik hati Ian. Papercup di tangannya remuk sedikit.

Jimmy mengambil makanan yang dihulurkan Camelia. Dia kelihatan membisikkan sesuatu kepada Camelia. Riak wajah Camelia berubah. Pipi dan telinganya kemerahan. Urgh! Malu kena puji la tu! Well, Ian bukannya memerhatikan Jimmy ok! Ian just TERPANDANG dan TERJELING tanpa sengaja. Bukannya merenung Jimmy lama-lama sambil melihat segala gerak-gerinya melayan Camelia. No! tidak sama sekali! Huh!

Jimmy kelihatan berjalan menghampiri Ian. Oh shit! No no no no. papercup di tangan Ian digenggam erat. Belum sempat Ian lari dari Jimmy langkahnya terhenti apabila sosok badan Jimmy menghalang laluannya.

"Excuse me doktor. Tumpang lalu. Saya nak ambik air." Ian tidak melihat ke arah Jimmy. Suaranya ketara kedengaran annoyed. Jealous much?

"Here. Take mine." Jimmy, menghulurkan papercupnya. Ian memandang papercup di tangan Jimmy. Pandangannya beralih ke wajah Jimmy. Senyuman manis terukir menampakkan taring kecilnya. Handsome! Damn! Sedar Ian sedar!

"Nevermind." Ian cuba menyelinap melepasi halangan badan Jimmy. Jimmy sengaja menggerakkan badannya serentak dengan pergerakan Ian. Mereka seperti menari-nari sambil disaksikan Camelia yang menjeling tajam. Telinganya merah berasap menahan marah. Shoo shoo b**ch!

"What are you doing doctor? Kalau nak dancing pergi la ajak Camelia." Nama Camelia sengaja ditekankan. Ian menjeling tajam muka Jimmy. Jimmy hanya tersenyum bagai kerang busuk. 'Damn taring yang tak comel or handsome langsung! Ceh!' Ian sempat 'memaki' di dalam hati.

"Sooo... Hari ni last you posting?" Tanya Jimmy sambil merenung tajam wajah Ian.

"Ya" Sahut Ian ringkas.

"Jom date besok. Kebetulan I offday. Esok I ambik ok?" Jimmy belum berani mengungkapkan perkataan sayang setelah tsunami melanda hubungan mereka.

Doktor PLU (COMPLETED)Where stories live. Discover now