Doktor PLU: 15

11K 241 33
                                    

Dua bulan Ian bekerja di 7E dia kini sudah boleh membiasakan diri dengan system bekerja shif. Bagi Ian bekerja di 7E ni agak menyeronokkan walaupun pelangan tidak putus-putus 24 jam. Masa pun terasa cepat berlalu kerana kesibukkan menjaga kedai serta melayan kedatangan pelanggan yang agak ramai. Selain rakan kerja yang sporting, Ian juga bersyukur kerana Fitri seorang supervisor yang bertimbang rasa dan professional. Selain agak handsome. Yes. Antara factor penting untuk meningkatkan motivasi pekerja. Ahaks.

Hari ini Ian bertugas shif malam. Malam ini dia keseorangan kerana Farid cuti kecemasan isterinya bersalin dan rakan sekerja lain tidak dapat menganti tugas Farid. Tapi bagi Ian shif malam pada hari khamis kurang sibuk jika dibandingkan shif malam pada hari jumaat atau hujung minggu. Jika pelanggan tiada di kedai, Ian akan ke stor untuk mengeluarkan stok yang perlu ditambah. Selain itu duit di register machine yang berlebihan juga akan disimpan di peti besi untuk mengelakkan kes yang tidak diingini berlaku. Bunyi loceng pintu berbunyi menandakan ada pelanggan masuk ke kedai. Ian keluar dari stor dan menuju ke kaunter bayaran.

"Awak?" Ian kaget dengan suara pelangan tersebut. Seperti pernah didengar. Dia melirikkan mata. Ray? Urgh! Of all the people.

"Selamat datang ke 7E encik. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?" Ian mengukir senyuman yang paling hipokrit di dunia.

"Herm." Herm? Apa maksud herm? Sembelit? Yes? No? Ian mengambil barang yang dibeli Roy dan menscan barang tersebut.

"Kondom ni berharga RM8.90 encik. Nak bayar cash atau pakai kad?" Senyuman sinis Ian kini makin lebar.

"Tak perlu la sebut barang yang customer beli! Sial!" Ray melemparkan rm10 ke kaunter dan beredar dari kedai. Ian mengambil duit tersebut dan cepat-cepat berlari ke luar kedai untuk memulangkan baki. Di luar kelihatan seorang wanita yang sangat seksi dan cantik menunggu di tepi motosikal Ray. Nasib baik bukan si gadis gedik 2. Detik hati Ian. So lets call her si gadis gedik 3.

"Encik, baki duit encik." Kata Ian kepada Roy. Ray hanya menjeling tajam dan memakai helmetnya.

"Jom sayang. Dah tak sabar ni." Ray kini menunggang motosikalnya. Si gadis gedik 3 terpinga-pinga tapi menuruti kata-kata Ray.

"Enjoy yourself tonight sir." Kata Ian sambil melambai ke arah motor Ray yang sudah jauh meninggalkannya. Senyuman kepuasan terukir di bibirnya. Dasar player fuckboy!

Malam itu Ian begitu bersemangat bertugas. Matanya kembali segar walaupun jam sudah menunjukkan jam 3am. Lima jam lagi Ian akan balik. Katil dan tilam di rumahnya terasa memanggil dan mengodanya untuk pulang.

Jam 8.30am Ian memulakan perjalanan balik ke rumah. Dia sempat membeli roti canai kegemaran di kedai mamak berdekatan 7E tersebut. Jalan raya menuju ke kawasan parumahan Ian kurang sibuk kerana pelajar sekolah dan pekerja sudah menuju ke destinasi masing-masing. Selesai membeli sarapan Ian meneruskan perjalanan pulang. Semasa menyeberangi jejantas Ian melihat ke arah lebuh raya yang mula lenggang tapi masih dilalui kenderaan yang tidak putus-putus. Mata Ian melirik ke arah sebuah motosikal hitam yang kelihatan semakin menghampiri tepi jalan tanpa ada tanda mengurangkan kelajuan. Tiba-tiba motor tersebut terbabas ke bahu jalan. Mata Ian terbeliak. Nalurinya sebagai perawat kini memuncak. Tanpa disedari kakinya belari memecut ke arah mangsa tidak jauh dari jejantas.

"Encik.. Encik ok? Dapat dengar tak encik?" Ian bertanya kepada mangsa. Cermin helmet diangkat. Ray? Seriously? Ray masih memejamkan mata. Kepalanya pening. Kini orang ramai mula mengerumuni mereka.

"Encik ok? Ada sakit di mana-mana?" Ian bertanya lagi. Ray kini membuka matanya untuk melihat empunya suara. Matanya terbeliak melihat Ian.

"Kau nampak aku ok ke?" Ray menjawab sinis.

Ehh? Dah cedera pun masih ego lagi mamat ni? Sabar Ian sabar. Dia tengah sakit. Orang sakit kadang-kadang memang baran. Ian mengeluarkan telefonnya dan menelefon hospital.

"Hello? Saya Ian. Saya ingin melaporkan ada kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar km18 berhampiran jejantas flat perumahan Setia Kasih. Mangsa seorang lelaki menunggang motor dan self accident. Tiada kecederaan yang ketara, mangsa masih sedarkan diri tapi... Agak marah-marah. Mohon bantuan ambulans ya encik." Ian sempat menyindir Ray. Senyuman kini terukir di bibirnya. Hatinya lega kerana tiada kecederaan serius menimpa Ray. Masih boleh marah kira ok la tu kan?

"Ok encik berita diterima. Bantuan ambulans akan sampai tidak lama lagi. Diharap agar encik dapat menemankan mangsa dan elakkan mangsa daripada bergerak-gerak." Panggilan telefon dimatikan.

"Ok semua diharap bersabar. Ambulans sedang dalam perjalanan ke sini. Diharap agar semua berdiri agak jauh dari mangsa bagi memudahkan mangsa bernafas." Ian mula menenangkan orang ramai di sekeliling tempat kejadian. Orang ramai mula bersurai dan tinggal Ian dan Ray menunggu ambulans.

"Oiiii... Aku nak kencing." Ray mula resah.

"No. Tak boleh gerak." Ian menahan helmet dan bahu Ray agar tidak bergerak-gerak kerana dikhuatiri terdapat kecederaan tulang belakang akibat kemalangan sebentar tadi.

"Oiii... Aku nak kencing laaaaaaa!" Ray mula panas.

"No. By the way nama aku Ian. I. A. N. Ian"

"Siallllllllll" Ray mula berteriak. Dia terasa seperti seorang budak yang tidak berdaya.

"No."

Ray berputus asa. Dia hanya berdiam diri. Dia melihat ke atas. Muka Ian kini 3 inci di depannya. Ian melihat ke arah lebuh raya melihat jika ambulans telah sampai. Hati Roy berdebar-debar. Damn. I'm not gay! Muka Ian yang mulus, bibir munggil pink dan hidung comel menyebabkan Roy menelan liur. Fuckboy guys. Time kemalangan pun sempat berahi bagai. Tiba-tiba Ray menggaru kangkangnya. Ian yang terperasan akan hal tersebut mula kaget.

"Kau dah kenapa tergaru-garu?"Ian mengerutkan dahi.

"Dah gatal garu lah. Takkan suka-suka garu." Ray menjawab acuh tak acuh.

"Jangan banyak bergerak boleh tak?! Kita tak tau awak tu ada kecederaan tulang belakang ke apa" Ian duduk dan menepuk bahu Ray.

"Oiii sakit laa! Dah tu kalau tak boleh gerak macam mana nak garu. Kau nak garu? Haa garu la! Garu!" tangan Ray lincah menunjukkan ke arah kemaluannya.

"Ehh fuckboy! Lain kali kalau dan sedap tu rajin-rajin la mandi. Ni dah la malas, bertukar-tukar scandal lagi. Entah-entah yang gatal tu penyakit kemaluan. Eeee. Geli la. Ewww. Ok aku nak balik. Bye"

"No! Jangan. Stay" Ray berteriak ke arah Ian.

"Tak nak! Bye!" Ian mula berjalan perlahan pura-pura meninggalkan Ray.

"Noooo. Stay. Pl...ea..se.." bunyi please kedengaran sayup-sayup keluar dari mulut Ray.

"Apa? Saya tak dengar." Ian kini semakin seronok mengusik Ray. Kejam tapi seronok.

"STAY PLEASEEEEE!" Ray berteriak. Ian tidak dapat menahan diri dan ketawa terbahak-bahak. Dia kembali duduk menemani Ray.

"Haaa pandai juga cakap please. Kan bagus macam tu." Ian senyum dan melirik ke arah Ray. Muka Ray kini merah padam menahan malu.

Tidak berapa lama kemudian ambulans pun sampai. Ray diangkat masuk ke dalam ambulans dan dibawa ke hospital. Ian kembali menyambung perjalannya kembali ke rumah.

Nota kaki: OMG. I is makin suka watak Ray. Macam mana ni guys? huhuhu. Jimmy or Ray?

Doktor PLU (COMPLETED)Where stories live. Discover now