Doktor PLU:17

10.9K 240 76
                                    

Ray terbangun dari tidur. Dia terasa ada benda menindih lengannya. Seorang perempuan kelihatan sedang nyanyak tidur. Ray tersedar dia kini tidur tanpa seurat benang. Dia tidak ingat apa yang berlaku. Benda terakhir yang dia ingat adalah semasa mereka clubbing semalam. Ray bangun berlahan-lahan lalu mengutip pakaiannya yang merata-rata. Setelah mengambil dompet dan telefon Ray menempah Grab untuk balik ke rumah.

Selesai mandi dan membersihkan diri, Ray berbaring di katil empuk rumahnya. Kepalanya masih sakit kesan dari alcohol semalam. Mata dipejamkan. Fikirannya melayang mengenangkan kejadian seminggu lalu. Tuan Ray? Kaya? Huhh! Kata-kata Ray terngiang-ngiang di telinganya. Tiba-tiba perutnya berkeroncong. Lapar. Ray bangun dan mencapai kunci motosikal. Lima minit kemudian enjin motorsikal dihidupkan dan Ray beredar meninggalkan rumah.

Ian POV

Tinggal sejam lagi sampai masa rehat Ian. Dia masih sibuk menyusun barang-barang di atas rak. Pelanggan mula ramai pada waktu tengah hari. Selesai menyusun barang Ian menuju ke kedai mamak berdekatan 7E untuk lunch. Hari ni dia tidak membawa bekal kerana lambat bangun. Huhuhu. Semasa balik dari lunch Ian perasa ada sebuah motosikal parkir betul-betul di depan 7E. Matanya memerhati motosikal tersebut yang kelihatan baru dan mewah. Ian cuma mampu menelan liur melihat. Pintu 7E dikuakkan. Kaki Ian terhenti sejurus melangkah memasuki 7E. Ray? Matanya menatap tajam Ray yang sedang berbual-bual manja dengan Noreen.

"Yayyy Ian dah balik. Aku pergi rehat dulu eh babe? Bye Ray... Jumpa lagi lain kali... Hehehe." Ian hanya memandang kehairanan ke arah Noreen yang tersenyum kambing. Ian berjalan perlahan menuju ke kaunter bayaran tanpa melihat ke arah Ray. Masuk waktu petang pelanggan mulai berkurang.

Ray datang menghampiri kaunter bayaran dan meletakkan sebotol air minuman. Dia melihat muka Ian. Mata, hidung, mulut. Damn! Stop it Ray! Detiknya di dalam hati.

"Semuanya rm1.00 sahaja" Ucap Ian ringkas. Dia masih tidak melihat ke arah Ray.

Ray menghulurkan wang kertas rm5. "I'm sorry." Suara Ray sayup-sayup kedengaran.

"Baki rm4... Terima kasih encik." Ian memulangkan baki. Tangan mereka bersentuhan semasa memulangkan baki wang. Ian cepat-cepat mengalihkan tangannya. Matanya masih tidak memandang Ray.

Lembutnya tangan budak ni? Ray masih merasakan sensasi kulit tangan Ian yang bersentuhan dengannya tadi. Dia kembali duduk di kerusi yang disediakan di sudut kedai. Ray sengaja memilih kerusi yang menghadap kaunter bayaran. Supaya lebih senang melihat Ian? I don't know why. You tell me. Hehehe. Ray memerhati gerak geri Ian. Hatinya tiba-tiba berdebar. Dia mula salah tingkah. Jari jemarinya ligat menari mengetuk meja. Kakinya dihentak laju-laju di bawah meja. Matanya curi-curi melirik ke arah Ian. Ray membuka penutup botol dan meminum air sehingga habis. Nervous? Maybe.

Ian yang sedang mengira pembelian seorang customer perasan yang Ray sudah tiada di mejanya. Hatinya lega kerana dia tidak perlu kekok diperhatikan semasa bekerja. Tiba-tiba, sosok Ray kelihatan sedang berbaris di belakang customer di depan Ian. Setelah customer tersebut beredar, Ray menghampiri Ian. Ray meletakkan sepapan Panadol di kaunter.

"Semua rm3.50 sahaja" Ian masih tidak mahu melihat Ray.

Ray menghulurkan rm5. "I'm really sorry." Suaranya kini seperti memujuk. Ian yang mendengar suara Ray yang mendayu terasa berdebar. Mukanya kini sedikit merah. Dia cepat-cepat memulangkan baki duit kepada Ray. Sekali lagi tangan mereka bersentuhan. Tangan Ray yang kasar dan jantan seperti memberi kejutan elektrik kepada Ian. Ian cepat-cepat menarik tangannya. Ray melihat muka Ian tatkala tangan mereka bersentuhan. Muka Ian merah bak delima. Ray tersenyum melihat reaksi Ian dan kembali semula ke tempat duduknya.

Doktor PLU (COMPLETED)Where stories live. Discover now