Pagi itu Ian bangun seawal jam 7am. Dia mencetak beberapa salinan resume untuk mencari pekerjaan hari ini. Penjuangan harus diteruskan. Gambate Ian! Setelah selesai besarapan Ian menuju ke Mall kira-kira jam 9.30am. pagar shutter butik terbuka separuh. Ian menunduk untuk masuk ke dalam. Beberapa pekerja yang perasan akan kehadiran Ian menyapanya. Terdapat sinar simpati terpancar di mata mereka. Ian hanya mampu memberikan senyuman ringkas. Awkward.
"Ian! Panjang umur kau! Akak baru je nak call" Kak maya memanggil Ian menuju ke pejabatnya.
"Ian... Ni gaji awak sepanjang bekerja sebulan di sini. Thank you di atas sumbangan jasa selama ni." Kak maya menghulurkan sekeping sampul putih kepada Ian.
"Thank you kak. Saya pun minta maaf kalau ada buat silap selama ni. Akak jaga diri baik-baik. Bye kak." Ian mengambil sampul dan keluar dari pejabat. Sebelum meninggalkan butik, Ian sempat bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa pekerja yang rapat dengannya.
Tengah hari itu Ian berehat makan di sebuah gerai tepi perumahannya. Tulangnya lenguh kerana penat berjalan. Cuaca yang panas menyebabkan kulitnya terasa dibakar dan tekaknya haus. Hari ini dia telah berjaya menghantar resume ke 3 kedai 7eleven, 2 kedai 99speedmart, 3 McDonald dan 2 KFC. Petang nanti Ian bercadang menghantar resume ke pusat padang golf di belakang perumahannya.
Setelah selesai menghantar resume dan mengirim wang ke kampung, Ian memutuskan untuk pulang ke rumah. Sesampainya di rumah jam menunjukkan jam 4pm. Ian mandi dan terus berbaring. Dia mengeluarkan telefon dan menelefon ibunya di kampung.
"Selamat petang ibu, ibu sihat? Adik sihat?" Ian memulakan bicara.
"Selamat petang. Abang sihat kat KL? Dah makan? Jangan leka sangat kerja sampai tak makan ya nak"
"Iya ibu, abang sihat sini, tengah rehat kerja ni ibu... Oh ya tadi abang dah kirim duit untuk ibu dan adik. Hari ni abang dapat gaji ibu" Suara Ian terketar-ketar. Dia tidak sampai hati memberitahu ibunya dia sudah berhenti kerja.
"Ehhh abang ni susah-susah. Ibu dan adik kat kampung ni sentiasa cukup makan nak. Lain kali tak payah kirim duit ya nak. Simpan duit bagus-bagus ya nak. Ibu doakan abang sihat-sihat dan gembira selalu ya nak"
"I...Iya ibu...ok la abang nak sambung kerja balik ya ibu." Ian mematikan panggilan. Air matanya mengalir tanpa mampu dibendung. Ian memejamkan matanya dan berusaha untuk tidur. Bzzz Bzzz! Telefonya bordering. Terdapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
"Hello? Ian bercakap"
"Hello encik Ian. Saya Fikri supervisor 7E. Encik ke yang menghantar resume pagi tadi?" Mata Ian terbeliak dan segar bugar.
"Iya encik saya ada menghantar resume pagi tadi. Kenapa encik? Saya dapat kerja kah?" ketidaksabaran Ian kini tidak dapat dibendung. Jantungnya berdetak kencang.
"Ya tahniah encik Ian. Boleh saya tahu bila encik Ian boleh mula bekerja?"
"Betul encik? Thank you! Thank you so much! Errr. Besok pun saya boleh mula bekerja encik. Thank you" Ian meloncat keriangan.
"Ok sama-sama encik Ian. Besok datang sebelum pukul 8am ya. Sila berpakaian kemas." Panggilan dimatikan.
Ian seolah-olah tidak percaya. Dia meloncat ke almari dan mengeluarkan baju kameja dan seluar hitam lalu menseterika. Amboi semangat Ian. Telinga Ian kini terngiang-ngiang kata-kata doa ibunya.
7eleven
Seawal jam 7am Ian sudah sampai di 7E. Ian masuk dan bertanyakan supervisor bernama Fitri. Noreen, pekerja yang bertugas menyatakan en. Fitri masih belum sampai. Ian memperkenalkan diri selaku pekerja baru melapor diri dan menghulurkan bantuan menyusun kotak-kotak stok yang baru sampai. Tidak berapa lama en. Fitri sampai ke 7E.
"Noreen stok baru semua dah kira... ada masalah dengan stok tak? Ehh? Ian ke?" Fitri kaget melihat Ian yang agak berpeluh mengangkat kotak.
"Ya bos stok baru dah sampai semua. Tally. Takda kurang atau terlebih. Nasib ada Ian sampai awal. Semua dah siap disusun." Noreen menjelaskan kepada Fitri.
"Ohh bagus... Bagus... Selamat datang dan selamat menyertai team kami Ian. Kat sini shif 12 jam. Kerja full shif 3 hari dan hari keempat halfday. 3 hari day off dalam seminggu. Tapi masa day off tu boleh ambil overtime. Buat masa seminggu ni Ian kerja office hour dan tagging dengan member sekerja yang lain ok" penjelasan ringkas daripada Fitri. Ian mengangguk paham. Hari itu tugasnya tagging bersama Noreen yang bertugas dari jam 8am-8pm. Kebiasaannya 1 shif akan ada 2 orang bertugas bersama dan akan bertambah kepada 3 orang pada hujung minggu. Bergantung kepada staf yang ingin overtime. Tapi shif malam biasanya hanya 2 orang bertugas. Terdapat 6 orang berkerja di 7E tersebut termasuk Fitri. Setiap minggu seorang staf akan bergilir-gilir untuk standby sekiranya ada staf yang tidak dapat datang atas sebab-sebab kecemasan. Basically, kalau rajin buat overtime makin besar la income bulanan. Janji tahan fizikal dan mental.
Malam itu Ian merasa letih dan memutuskan untuk tidur awal. Malam ini tidurnya pasti nyenyak. Dia tidak lagi bingung memikirkan cara untuk menyara hidup. Impiannya masih boleh digapai. Syukur.
Nota kaki: Okay guys. Makin slow pula throwback ni. Sabar ek sabar. Ok episode kali ni agak pendek. Tapi next episode akan lebih panjang dan menarik. I think so. Hahaha.
YOU ARE READING
Doktor PLU (COMPLETED)
Romansa" Kalau dah miskin, jangan menyusahkn orang boleh tak? Bodoh!!!" tempelak Dr. Jimmy. Hati Dr. Ian berdetak kencang. Mukanya merah menahan amarah. Jika bukan dia fikirkan status sebagai Housemen sudah lama muka Dr. Jimmy yang berlagak itu merasa buku...