Doktor PLU: 4

18.3K 326 23
                                        

Doctor PLU: 4

POV Dr. Jimmy

Dalam beribu-ribu manusia, aku jugak yang dia langgar. Herm. Tapi wangi la budak tu. Bibir pun munggil dan pink. Mata besar dan bulu mata galak. Macam perempuan. Comel juga dia tu bila tengok lama-lama. Ehh! Apa aku fikir ni? Aku benci la kat Housemen. Lagi-lagi orang miskin macam dia. Benci la sial! Dr. Jimmy terhenti dari lamunan. Dia menyusun pakaian dan buku-buku yang baru dibeli ke dalam beg. Selesai packing Dr. Jimmy mengambil tuala dan menanggalkan pakaian di badannya. Di bilik mandi dia sempat memandang six packs dan dadanya yang kekar di cermin. "hermm dah macam naik sikit lemak ni... kena gigih main futsal dan swimming balik la lepas ni" gumam Dr. Jimmy di dalam hati. Dia memasuki ruang shower, menyangkut tuala di dinding serta menikmati jirusan air suam yang melegakan lenguh dan sakit badannya.

Rumah Ian

Pakaian dah, kasut dah, alat mandian dah, alat tulis dan cop dah, charger phone dah. Ok semua dah lengkap kot. Risau juga apa-apa tertinggal. Bukan dekat nak balik dari Bario tu. Program outreach kami ke Bario memakan masa selama 4 hari 3 malam sahaja dan turut disertai pakar perubatan, pegawai perubatan, sister, chief MA, MA, nurses dan PPK. Kebetulan aku cuti pada Sabtu dan Ahad so aku diajak untuk memenuhkan kuota. Aku tak kisah sangat, boleh melepaskan diri dari kesibukkan di hospital, menjejakkan kaki pertama kali ke Bario dan paling penting boleh bebas dari herdikkan syaitan handsome tu. Hahaha.

"Aizat? Kau jadi kan hantar aku pergi airport? Jangan lambat eh? Please....."

"Iyaaaa sis cantik scandal syaitan handsome.... Aku OTW dah ni... Relax sis... Aku mana pernah lambat kan?" seloroh Aizat.

Airport

"Weee dah sampai... Tq tuan puteri Aizat yang cantik... Dan sundal... Hahahah"

"My pleasure my dear!" balas Aizat sambil membuat aksi flip hair.

"Aizat kau nak ikut aku kat dalam tak? Nanti aku belanja Starbucks" umpanku sengaja memancing Aizat agar menemankan aku.

"Taknaklah aku sis! Seram aku nk jumpa big boss korang. Teringat zaman viva aku yang hancur. Hahaha?"

"Hermmm baiklah. Kau tunggu aku ambik beg kat belakang dulu eh" aku bergerak ke bonet belakang dan mengeluarkan traveler begku.

"Ian!!Oiii Ian!!! Sini jap" Aizat menjerit memanggilku dari ruang dalam kereta. Aku bergerak perlahan menghampirinya.

"Oiii Ian...kau tengok tu! Sapa tu? Kau tengok cepat" aku menoleh ke belakang. Kelibat lelaki yang disebut Aizat perlahan-lahan hilang disebalik pintu kemasukkan lobi airport yang kembali merapat.

"Ehhh? Tu Dr. Jimmy kan? Eh dia tak ikut kan? Tak kan? Eh aku taknak la kalau dia ada. Aku nak balik. Jom balik Aizat"

Aizat cepat-cepat mengunci pintu kenderaan. Dia tersenyum nakal dan kejam dari dalam kereta.

"You both are destined to be together sis. Just go with the flow. I will always have your back. From afar. Hahaha. Bye sis! Tak sabar tunggu berita baik dari you nanti" Aizat terus memandu kenderaan meninggalkan aku sendiri. Aku terpinga-pinga. Kenapa syaitan handsome tu ada kat airport? Harap-haraplah dia bukan ikut kami. Pleaselah! Maybe dia pergi melancong. Ye la dia kan kaya raya.

"Haaa sampai pn Ian... Itak jadi ikut tadi... Ok memandangkan semua dah ada kat sini aku nak bagi short briefing kejap... bla bla bla..." ungkap ketua jabatanku.

Aku menoleh kepada semua kakitangan yang turut menyertai program outreach tersebut. Si syaitan handsome tu tiada di depan, kiri mahupun kananku. Aku menoleh lagi ke belakang untuk kepastian 100%. Yup! Dia di belakangku! Oh God! Aku tak pernah berada begitu dekat dengan neraka seumur hidupku. Ya ampun! Dia kelihatan kusyuk mendengar penerangan dari ketua jabatan. Jaw line nya berada pada paras mataku. Tinggi juga syaitan handsome ni. Dalam 180cm kot. Hidungnya mancung terletak helok. Aku menelan liur. Ehh? Kenapa ni? Choi! Tiba-tiba Dr. Jimmy memandangku.

"Kau pehal?" ucapnya ringkas lalu mengalihkan pandangan kepada ketua jabatan semula. Aku bergerak perlahan-lahan menuju kak Shida yang berdiri tidak jauh dariku.

"Kak? Mana Dr. Ng? tak nampak pn?"

"Dr. Ng tak jadi ikut. Dia minta ganti dengan Dr. Jimmy. Ada kecemasan katanya" aku terlopong. Ya ampun, betul la dia ikut. Habis la aku. Habis!

Nota kaki: so guys! Acaner! Haaa... mcm berjodoh pula kan? So korang rasa apa yang akan terjadi di Bario? Jeng jeng jeng!

Doktor PLU (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang