Attention: Okay episode kali ni banyak menggunakan istilah perubatan. Abaikan if korang tak faham. Yang penting penyampaian plot cerita ni korang paham. Hehehe. Author dah terlampau manjakan korang ni sampai 2 episodes seminggu. Hehehe.
Jimmy: I miss you.
Jimmy: I love you. Please reply ASAP
Jimmy: I really miss you.
Jimmy: you are killing me. Please reply.
Jimmy: can we meet? Kejap pun jadi. Please?
Jimmy: morning sayang. Jangan lupa makan. I miss you.
Jimmy: nites sayang. I love you. And only you.
Whatsapps dari Jimmy bertalu-talu. Hari demi hari. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Ian tidak pernah membalas whatsapps mahupun panggilan telefon dari Jimmy. Setiap kali berselisih dengan Jimmy di hospital Ian akan mengelak. Begitu juga kalau Jimmy datang ke rumah sewanya. Petang itu Ian agak bersemangat bekerja kerana merupakan minggu terakhir Ian di Jabatan Kecemasan. Which means tempoh Housemanship Ian kini kian sampai ke penghujung.
Pesakit agak luar biasa ramai pada petang tersebut. Ian kelihatan sedang sibuk menguruskan seorang pakcik yang terlibat kemalangan motosikal. Selesai mengambil butiran dan sejarah pesakit, Ian menelefon operator hospital untuk menyambung panggilan kepada doktor atas panggilan Jabatan Orthopedik. Setelah beberapa ketika, panggilan disambung dan Ian memulakan proses merujuk kes.
Ian: Hello, Dr. Ian dari Jabatan kecemasan. Boleh tau dengan sapa saya bercakap?
Jimmy: Ian? Ian is that you?
Hati Ian berdetak kencang mendengar suara yang begitu dirinduinya. Dia cuba sedaya upaya mengawal suaranya.
Ian: Hello Dr. Jimmy saya ada 1 kes nak refer...
Jimmy: Ian I miss you so much. I miss your voice. I miss everything about you.
Ian: ... there is a 60 years old Iban male, alleged MVA (Car vs motorbike) while heading home at 3pm today. Patient was a pillon rider, helmet buckled, was hit by car from left side.
Jimmy: I love you.
Ian: ... Patient fell on right side with outstretched hand, sustained immediate pain over right wrist.
Jimmy: I miss you...
Ian: ... No LOC, no nausea or vomiting, no SOB, no ENT bleeding, no open wound, no head injury, no other injurises. No past medical history, no medications, no past surgical history. Patient is non smoker and social alcoholic.
Jimmy: Can we meet? Dinner? Please?
Ian: ... patient alert, conscious. BP 125/82, P 90BPM, T 37.2°C, SPO2 99% RA. CVS DRNM, Lungs clear, abdomen soft, non tender. Swelling and tenderness over lest wrist. Power 4/5. ROM of wrist joint limited due to pain. ROM of fingers full. Sensation of radial, median and ulnar nerve intact. Distal pulse palpable. Xrays shows fracture of distal end of left radius. Impression closed fracture of distal end of left radius.
Jimmy: Ok. Jap I pergi jumpa sayang. I mean tengok patient.
Panggilan dimatikan. Muka dan telinga Ian merah sejurus mendengar kata-kata Jimmy. Jantungnya kini berdetak kencang.
Jimmy segera meletakkan gagang telefon dan meloncat menuju ke cermin. Necktie dikemaskan. Rambut yang agak kusut diatur. Jimmy mengambil perfume di dalam beg galasnya lalu menyemburkan beberapa kali ke arah baju. Jimmy kemudian berlari menuju ke Jabatan kecemasan. Sesampai di Jabatan Kecemasan, pesakit agak ramai dan hampir kesemua katil di jabatan kecemasan penuh. Jimmy menuju ke kaunter jururawat bertugas.
YOU ARE READING
Doktor PLU (COMPLETED)
Romance" Kalau dah miskin, jangan menyusahkn orang boleh tak? Bodoh!!!" tempelak Dr. Jimmy. Hati Dr. Ian berdetak kencang. Mukanya merah menahan amarah. Jika bukan dia fikirkan status sebagai Housemen sudah lama muka Dr. Jimmy yang berlagak itu merasa buku...