Doktor PLU: 27

9.9K 231 86
                                    

Kuala Lumpur

Flight Ian ke KL mengambil masa lebih kurang dua jam. Perjalanan lancar dan cuaca cerah pada pagi hari. Pesawat agak penuh mungkin disebabkan hujung minggu dan permulaan musim cuti sekolah. Duduk di sebelah Ian merupakan pasangan suami isteri dan seorang bayi kecil sekitar umur 2 tahun. Ian tersenyum sendiri melihat gelagat bayi tersebut yang aktif dan melucukan. Fikiran Ian terkenangkan baby Rayyian yang mungkin sebaya dengan bayi tersebut.

Sesampai di lapangan terbang Ian menaiki teksi menuju destinasi seterusnya. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dijangka mengambil masa lebih kurang sejam. Ian memejamkan matanya dek kerana rasa megantuk setelah bertolak awal pada pagi tadi. Pemandu teksi seorang pemuda berusia sekitar 30 tahun agak pendiam dan focus kepada pemanduan. Mereka hanya berbica sesekali bertanyakan soal negeri masing-masing. Ian menyandarkan kepalanya di headrest. Kelopak matanya kian berat dan akhirnya terlelap.

***

Ian melihat ke arah pangsapuri yang pernah didiaminya dua tahun lalu. Masih berdiri utuh. Cat pada dinding bangunan sedikit lusuh tapi strukturnya masih kelihatan teguh. Kakinya melangkah perlahan menaiki tangga ke unit rumahnya dahulu. Jantung Ian berdetak kencang seiring dengan tiap anak tangga yang dilangkah. Ian berhenti di luar pintu. Terdapat beberapa selipar dan kasut orang dewasa dan sepasang kasut baby. Setelah menarik nafas panjang, Ian mengetuk pintu rumah. Tiada jawapan dari dalam. Ian sekali lagi mengetuk pintu. Kali ini ada respon dari dalam. Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri pintu. Daun pintu dikuakkan. Mata Ian tertacap pada jejaka di hadapannya. Kemudian matanya melirik ke arah baby yang dirangkul Ray.

Mulut Ray terlopong. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Matanya kini bergenang. Mata Ian juga terasa menakung air yang bila-bila masa mengalir. Pandangan Ray masih tertacap pada sekilas wajah yang begitu dirinduinya selama dua tahun ini. Ian? Ray terasa mimpi di siang hari. Baby Rayyian melihat wajah Ian. Kepalanya kini bersandar pada dada bidang Ray. Mulut baby Rayyian jenuh menghisap ibu jarinya.

"Hai Rayyian. Hai baby handsome. Meh kat uncle. Alololo comel diaaa." Suara Ian sedikit terketar-ketat namun cuba dikawal. Senyuman terukir di bibir Ray. Ian menghulurkan tangannya ingin merangkul baby Rayyian. Ian memandang Ray meminta kebenaran. Ray masih tidak berkata-kata sebaliknya menghulurkan baby Rayyian kepada Ian. Sejurus setelah Ian memeluk anak Ray, baby Rayyian tertawa riang dan aktif. Ray berdiri menjauh dari pintu, sebagai isyarat mempersila Ian masuk ke dalam rumah. Mulutnya masih terkunci rapat. Kaki Ian secara spontan melangkah perlahan memasuki rumah yang pernah menyimpan 1001 suka duka suatu ketika dahulu.

"Alololo suka tak uncle datang? Ala comel baby sayangggg.... Dah makan sayang? Mamam?" Baby Rayyian tertawa riang mendengar suara Ian yang sengaja dibuat ceria keanak-anakkan. Ray masih terpaku melihat Ian. Dadanya berombak. Kakinya melangkah perlahan menghampiri Ian dari belakang.

Ian mengangkat baby Rayyian separas mukanya lalu mencium pipi baby comel tersebut. Baby Rayyian mengekek kesukaan diperlakukan sedemikian. Tiba-tiba Ian merasakan dada kekar Ray berlaga dengan belakangnya. Tatkala Ian ingin menolehkan kepalanya, sepasang lengan melingkari bahu sekaligus memeluknya dan baby Rayyian.

"I miss... you so... much... Where have you been? Hiks... hiks..." Tangisan Ray kini semakin menjadi-jadi. Ian hanya membiarkan Ray memeluknya. Baby Rayyian kelihatan bingung mendengar esak tangis ayahnya. Ian sekali sekala mencium pipi gebu baby Rayyian.

***

Selesai mandi dan berpakaian Ian berdiri di depan cermin di bilik tidur. Tatkala mengeringkan rambut Ray masuk ke dalam bilik lalu perlahan-lahan menuju ke katil berdekatan dengan Ian. Ray melabuhkan punggungnya di katil. Ian berdiam diri sambil hujung matanya melirik ke arah Ray. Tangannya sibuk memegang pengering rambut.

Doktor PLU (COMPLETED)Where stories live. Discover now