Doktor PLU: 29

9.8K 221 68
                                    

Attention: ini adalah episode akhir cerita Doktor PLU. Huhuhu sedihnya.

Malam itu Jimmy dan Aizat bermalam di rumah Ian. Ibu Ian memasak juadah-juadah tradisional iban seperti umbut, daun miding dan ulat sagu untuk sahabat anaknya itu. Gelagat Aizat yang hampir muntah hijau ketika memakan ulat sagu sangat mencuit hati. Ibu Ian menyatakan bahawa Ian pernah bercerita pasal Jimmy beberapa kali sebelum ini. Senyuman terukir di bibir Jimmy. Bahagia rasanya apabila ibu mertua mengetahui tentangnya. Ehh?

"Abang Jimmy." Sapa adik Ian.

"Iya?" Jawab Jimmy memandang wajahnya.

"Mit nak tanya boleh?" Adik Ian membahasakan dirinya sebagai Mit.

"Boleh... Tanya la..." Jimmy memberi isyarat agar Mit duduk di tepinya. Mit berlari anak lalu duduk di tepi Jimmy.

"Abang Jimmy kawan abang Ian?" Mit menongkatkan sikunya di peha Jimmy.

"Iya... Kawan... kenapa Mit?" Jimmy mengusap rambut Mit.

"Ohh... Patutlah... Abang Ian selalu tengok gambar abang Jimmy... Lepas tu nangis. Abang Jimmy gaduh dengan abang Ian?" Soalan Mit menyebabkan Jimmy sedikir tersentak. Kanak-kanak zaman sekarang memang berfikiran kritis dan observant.

"Errmm tak la Mit... Kami tak gaduh... Mungkin sebab abang Ian rindu abang Jimmy sebab tu dia nangis. Abang Jimmy pun rindu Ian sebab tu abang datang kampung Mit." Jimmy menerangkan kepada Mit. Bukan sepenuhnya jujur tapi Jimmy sememangnya merindui Ian. Aizat keluar dari dapur setelah membantu ibu Ian mencuci pinggan mangkuk.

Malam itu Jimmy memikirkan kata-kata Mit sebentar tadi. Kedua tangannya mengalas kepalanya sambil berbaring menatap siling rumah. 'Ian masih ingat aku?' detik hati Jimmy. Jimmy cuba mendail handphone Ian tapi tak lepas. Ian masih menyekat contact Jimmy. Jimmy, Aizat dan Mit tidur bersama di ruang tamu disebabkan bilik tidur yang bersaiz agak kecil dan agak panas jika bersesak. Dengkuran Aizat memenuhi segenap ruang ruang tamu tidak berapa lama setelah membaringkan diri. Jimmy masih jenuh melihat siling rumah sambil berbantalkan kedua-dua lengannya. Fikirannya melayang memikirkan Ian.

Kuala Lumpur

Mata Ian menatap skrin telefon pintarnya. Mesej yang baru diterima dari ibunya sebentar tadi ditatap lama. Ray yang sedar akan perubahan riak wajah Ian mula bertanya.

"Kenapa Ian? ada apa-apa masalah?" Ray merenung wajah Ian.

Ian hanya berdiam diri. Matanya masih metap gambar Jimmy dan Aizat yang sedang menikmati makan malam di rumahnya. Jadi inilah 'tetamu misteri' yang dikatakan ibunya semasa dia menelefon petang tadi.

Titt titt. Sebuah pesanan whatsapp sampai.

Mit: Abang. Abang Jimmy enggau abang Aizat datai ba rumah kitai. Abang Jimmy madah ya lelengau kea bang. Pulai jampat auk.

*Mit: Abang. Abang Jimmy dengan Abang Aizat datang ke rumah kita. Abang Jimmy cakap dia rindu abang. Balik cepat ok. (Terjemahan)

Air mata Ian kini keluar membasahi pipi. Tangisannya mula ketara. Ray merangkul bahu Ian cuba menenangkannya. Setelah beberapa ketika Ian mula bertenang. Ray mengusap air matanya dengan telapak tangan.

"It's ok Ian. It's ok to cry. "Ray merenung tepat ke mata Ian. Hatinya pilu melihat insan penting dalam hidupnya kini kesedihan.

"Thanks Ray. Hiks..." tangisan Ian kini makin mereda. Ian memandang Ray di depannya. Pandangan Ray penuh persoalan dan inginkan penjelasan dari Ian.

"Actually... I had a boyfriend before I came here. Dia sangat macam you Ray. Handsome. Kaya. Sweet. Ramai peminat... I putus dengan dia sebab... sebab... Hiks... Hiks..." Tangisan Ian kini menjadi lagi.

Doktor PLU (COMPLETED)Where stories live. Discover now