Doktor PLU: 5

19.1K 326 39
                                        

Bario

Setibanya di Bario kami disambut oleh kakitangan Klinik Kesihatan Bario yang bakal menjadi lokasi utama program outreach kami. Penerangan ringkas mengenai sejarah Bario disampaikan oleh Pegawai Perubatan Menguasa KK Bario. Seterusnya kami dipandukan ke rumah panjang suku kaum Kelabit yang menjadi homestay kami selama 4 hari tiga malam ini. Aku berasa teruja kerana pertama kali menjejakkan kaki ke rumah panjang suku kaum Kelabit, walaupun aku sendiri berasal dan dibesarkan di rumah panjang suku kaum Iban.

"Okay kali ni kita akan ditempatkan di 6 buah rumah penduduk kampung, jadi setiap keluarga akan menempatkan 2 staff kita.... Senarai nama mengikut pasangan masing-masing ada dengan sister Aminah" penerangan ringkas diberikan oleh Ketua Jabatan kami. Errr berpasangan? Kenapa bukan beramai-ramai? Tapi berpasangan 1 bilik pun best juga, ada privasi.


No. bilik


Nama penginap


1


Mr. Alex & Mr. Santesh


2


Dr. Nurul & Dr. Fatin


3


Sr. Aminah & SN Shida


4


Chief Bong & MA Frankie


5


MA Hamdani & En. Sufi


6


Dr. Jimmy & Dr. Ian



Mataku terlopong melihat senarai bilik dan penginap. That's it. I'm dead. Why him? Why!? Huhuhu. Kami kemudiannya melangkah menuju ke bilik masing-masing. Aku mencari bilik 6. Kelibat Dr. Jimmy tidak kelihatan. Mesti dia dah jalan dulu kot. Setibanya di depan bilik 6 kakiku berhenti melangkah. Rasa macam tak sihat pula, perut rasa kecut semacam. Huhuhu. Sorang makcik di dalam rumah bernombor 6 menyapa ramah dan menunjukkan bilik yang bakal dihuni.

"Terima kasih makcik... lelaki yang sorang lagi di bilik yang mana 1 makcik" mataku melihat ke arah 3 bilik yang berada di depanku.

"Oh yang paling hujung berdekatan dapur tu bilik makcik dan suami, bilik tengah ni bilik anak makcik, tapi dia belajar di semenanjung sekarang dan bilik ni yang berdekatan ruang tamu bilik kamu 2 nak" penerangan yang diberikan makcik membuatkan aku hampir terkencing. Aku mengucapkan terima kasih kepada makcik dan melangkah perlahan ke dalam bilik tersebut.

"Hai Dr. Jimmy... nampaknya kita sebilik..." Dr. Jimmy hanya berdiam diri sambil sibuk mengeluarkan barang-barang dari begnya. Aku meletakkan traveler beg di sudut dinding. Dr. Jimmy meletakkan tualanya di bahagian luar katil, bermaksud tempat tidurku adalah berhampiran dinding. Yes! Aku ni dah la sangat active bergerak masa tidur. Fuhhh nasib baik.

Selesai mengemas kami dibawa ke satu lokasi air terjun untuk beriadah. Aku kegirangan melihat aliran air terjun yang jernih dan menyegarkan. Aku tanpa melengahkan masa terus melompat ke dalam sungai. Ketika leka mandi, aku terlihat Dr. Jimmy tengah kusyuk berbual dengan Chief. Sekali-sekala kedengaran ketawa mereka. Aku buat acuh tak acuh. Tiba-tiba Dr. Jimmy membuka bajunya dan bergerak menghampiri sungai. OMG body Dr. Jimmy. Putih pink, six packs, chest yang mantap dan biceps yang padu. Urat jangan cakap! Terdapat bulu-bulu halus di bawah pusat. OMG. I tak tahan. Hahaha.

Selesai bermandi manda kami kembali semula ke homestay. Malam tu program dimulakan dengan aktiviti BBQ bersama penduduk kampung yang peramah dan baik hati. Dinding di bahagian ruai rumah panjang tersebut dipenuhi dengan gambar-gambar muda-mudi yang graduate dari university dalam dan luar negara. Aku kagum dengan semangat penduduk kampung di sini yang mementingkan pelajaran walaupun tinggal jauh di pedalaman. Acara seterusnya diisi dengan segmen ceramah dan saringan kesihatan kepada penduduk kampung sebelum kami bersurai ke bilik masing-masing pada pukul 10pm. Aku membantu mengemas barang-barang sebelum pulang ke bilik.

Homestay

Dr. Jimmy kelihatan sedang berbaring sambil matanya dilindungi buku yang sedang dibaca. Well, atleast kami tak perlu bertentangan mata kan? Pandangan ku teralih ke susuk tubuh Dr. Jimmy yang tidak mengenakan baju. Terdapat benjolan yang agak ketara pada seluarnya. Ya ampun! Hatiku berdegup kencang. Disebalik kesundalan yang sedang melanda diri, aku buntu macam mana untuk pergi ke bahagian sebelah katil sebab posisi katil queen size ni yang betul-betul dari hujung dinding ke dinding. Jadi aku perlu melangkah badan Dr.Jimmy? Dah puas hidup?

"takpa la Dr. Jimmy...saya tidur di lantai je la...hehehe" tawaku hambar.

"kau jangan buat aku panas. Pergi je tidur di sebelah" Ehhh? Pandai bercakap. Ingatkan bisu dah. His 1st word dengan aku semenjak sampai di Bario.

Aku melangkah menghampiri katil. Macam mana nak pergi sebelah ni? Nak tak nak, terpaksa ala-ala meniarap dan melangkahi badan Dr. Jimmy. Sedang aku hampir berjaya melepasi si syaitan handsome tu, tiba-tiba dia melipatkan lututnya dan terkena perutku. Senak beb! Senak! Dr. Jimmy boleh-boleh sambung membaca, seolah-olah takda apa terjadi. Brenset lo!

"Good night Dr. Jimmy. Saya nak bagitau awal, saya ni jenis yang aktif masa tidur. Sorry kalau tertendang ke apa" Dr. Jimmy hanya berdiam. Aku tidur menghadap dinding. Dalam 10 minit berbaring mataku berat mengantuk.

Pagi

Aku terdengar bunyi kokokkan ayam kampung. Keadaan bilik masih gelap, dalam bukul 5am kot. Aku cuba menyesuaikan penglihatanku dengan kegelapan bilik. Kakiku terasa terkena sesuatu. Handphone Dr. Jimmy kot. Setelah beberapa minit, penglihatan ku mula makin jelas. Eh? Sejak bila ada bantal lebih? Setau aku masing-masing ada 1 bantal je tadi. Tiba-tiba mataku terbeliak. Wajah Dr. Jimmy berada tidak jauh dariku. Dia berbaring terlentang. Sambil aku berbaring di bahunya. Mana bantal aku? T_T huhuhu. Kakiku rupa-rupanya di atas peha Dr. Jimmy. Jadi benda yang terkena kaki tdi tuuuu... paham-paham la kan? Morning wood dia!!! Aku perlahan-lahan melepaskan pelukan tangan dan kakiku dan beralih ke tempat tidur asal. Bantalku hilang entah ke mana. So dalam masa 2 jam sehingga pukul 7am tu aku just berpura-pura tidur je la. Huhuhu.

Nota kaki: so guys! Acaner? Hahaha... Mesti ada antara korang yang jenis tidur pun bersilat kan? Termasuk aku juga la tu... hahaha... So korang rasa Dr. Jimmy sedar tak yang dia dipeluk Dr. Ian? Jeng jeng jeng

Doktor PLU (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang