MMR|4

48K 2.2K 130
                                    

"Jangan balik lewat sangat Nasa. Nanti hantar Mawar balik terus ke rumah papa Qash."

"Papa suruh hantar Mawar balik sana ke?" Soal Engku Raid, menginginkan kepastian.

Engku Naima sekadar mengangguk. Perlahan dia menggosok kepala Mawar yang dibaluti selendang berwarna hitam itu. Senyuman kecil diberikan kepada gadis itu.

"Untuk bulan ni, Mawar ada banyak masa dengan mama dengan papa sebab dia orang tak ada kerja di luar negeri." Jelas Engku Naima, mengundang senyuman Mawar.

Engku Raid berdecit. Dalam diam, dia curi-curi pandang wajah Mawar. Air muka Mawar jelas menunjukkan bahawa Mawar amat gembira mendengar berita itu.

Mawar yang sedar akan renungan tajam Engku Raid terus menoleh. Buat sesaat dia ketap bibir. Dia tahu, Engku Raid tidak suka dengan reaksi yang ditunjukkannya.

"Erm, kalau macam tu kami pergi dululah. Raid dah lama tak luangkan masa dengan Mawar..." ujar Engku Raid meleret.

Kepala Mawar diusap lembut. Senyuman penuh makna diukir saat anak mata gadis itu bertembung dengan anak matanya. Dia tahu Mawar tidak suka dengan perlakuannya.

Mawar hanya mampu berdiam diri kerana sedari tadi Engku Naima memandang mereka berdua penuh asyik sambil tersenyum lebar.

Wanita itu suka akan kemesraan yang ditunjukkan oleh Engku Raid. Dia sedar, anak lelakinya itu bukan sejenis yang mudah mesra.

Tetapi apabila melihatkan Engku Raid melayan Mawar dengan baik, dia jadi bertambah yakin bahawa hanya Mawar yang mampu mengubah diri lelaki itu.

"Haa yalah, pastikan nanti hantar Mawar balik dengan keadaan yang sama macam ni. Kalau mummy dapat tahu kamu buli dia, siap kamu." Pesan Engku Naima, garang.

Engku Raid sekadar mengangguk. Dia berdehem perlahan apabila melihat Mawar terlalu larut dalam lamunan sendiri. Bahu gadis itu dicuit.

Pantas Mawar mengangkat pandangan. Terpinga-pinga dia memandang Engku Naima yang masih tersenyum itu. Buat seketika baru dia sedar maksud Engku Raid.

Laju sahaja dia menyalam Engku Naima. Selepas itu, dia terus melangkah masuk ke dalam kereta, meninggalkan Engku Raid yang seakan tidak puas merenungnya.

Rimas. Dia rimas dengan lelaki itu.

"Raid pergi dulu." Ujar Engku Raid kepada Engku Naima. Wanita itu sekadar mengangguk lalu bahu tegap anak lelakinya ditepuk. "Jaga Mawar elok-elok Nasa. Jangan buat perangai tak semenggah kamu tu."

Engku Raid sekadar bergumam lalu dia turut melangkah masuk ke dalam kereta. Dia mengerling sekilas Mawar yang sedang merenung ke luar tingkap itu dengan keluhan.

"Tak payah nak suka sangat. Kau fikir aku tak boleh datang rumah kau?"

Suara serak-serak basah Engku Raid menyentakkan Mawar daripada lamunan. Dia tidak menjawab, hanya mengetap bibir dengan tangan yang memegang tali beg silangnya.

"Kalau kau rasa yang kau boleh jauhkan diri daripada aku, kau silap." Sambung Engku Raid. Enjin kereta dihidupkan.

Mawar masih tidak mengeluarkan sebarang suara. Dia biarkan sahaja Engku Raid yang bersuara. Dia tahu, walau apapun yang dia katakan nanti, dia tetap tidak boleh melawan.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now