"Tiada istilah dibutakan oleh cinta, hanya manusia yang terlalu lalai mengejar cinta dunia."
—————
SUDAH lebih kurang dua bulan berlalu, kehidupan Mawar biasa saja. Tak banyak nampak perubahannya. Aktiviti harian dia juga tidak berubah. Balik kuliah, terus pulang ke rumah.
Dan begitulah, harinya berganti sehingga sekarang. Pasti ramai tertanya, macam mana dengan suami dia, Engku Raid?
Ah, lelaki itu juga tak banyak berubah. Terkadang perangai elok, terkadang tidak. Ada satu hari, lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan emosi yang baginya kurang stabil. Lalu lelaki itu akan melampiaskan marah kepadanya.
Tak naik tangan tetapi cukuplah lelaki itu mengherdiknya kerana terlupa untuk menyediakan makan malam. Itu saja sudah cukup membuatkan Mawar agak terkesan.
"Termenung apa hum?" Bahu terhinjut, terkejut apabila ada tangan maskulin yang merangkul pinggang dia dari belakang.
Lalu dia memejamkan mata sebentar apabila merasakan nafas mint si gerangan di belakang menampar-nampar kulit lehernya. Menggigit perlahan bibirnya, tubuh dipusingkan ke belakang.
Tangannya naik ke dada gerangan itu, sekaligus mencipta jarak mereka. Dia menghembuskan nafas panjang lalu bergerak ke arah sinki. Nak basuh pinggan.
"Where is my morning kiss? Hm..." Engku Raid turut mengikut langkah Mawar dari belakang.
Tak puas dengan itu, dia menarik lembut tubuh Mawar lalu dipusingkan menghadapnya. Tidak lama kemudian, senyuman lebar terukir di bibir.
"I want kissess!" bisiknya di depan wajah Mawar.
Mawar mengeluh lalu pipi Engku Raid dikucup pantas. Baru saja dia nak menjarakkan wajah, Engku Raid terlebih dahulu merengkuh rahang dia lalu matanya terpejam apabila merasakan ada sesuatu yang lembut menindih bibirnya.
"Ermm, dah le...lepas!" Mawar menolak kuat tubuh Engku Raid seraya mengesat bibirnya menggunakan belakang tangan.
Engku Raid sekadar terkekeh perlahan. Puncak kepala isterinya ditepuk beberapa kali, seakan membelai seekor kucing. Tapi ni versi kucing garang.
Mawar memutarkan bebola mata ke atas. Rasa nak pelangkup je kepala Engku Raid dengan kuali berbontot hitam yang masih belum dicuci. Biar lelaki itu rasa sikit.
Tak jadi mencuci pinggan, dia terus melangkah ke arah meja makan. Engku Raid yang masih berdiri di tempat tadi, dikerling sekilas seraya melepaskan keluhan.
"Sinilah makan, nanti sejuk pula."
Engku Raid tersenyum lalu mengangguk. Laju saja kakinya melangkah ke arah meja makan. Tanpa teragak-agak, dia menarik kerusi di sebelah Mawar.
Bebola matanya ikut bergerak melihat setiap pergerakan Mawar. Daripada gadis itu mencedokkan mi goreng, menuang air dan akhirnya menolak makanan dan minuman itu kepadanya.
Sejenak keningnya bertaut. Wajah diangkat memandang Mawar. "Nak ke mana?" soalnya hairan apabila melihat Mawar berura-ura ingin membuka langkah. Tangan Mawar diraih.
YOU ARE READING
Mawar Milik Raid[C]✅
RomanceKnown as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. Indah, namun sukar untuk dimiliki. Orang kata, mawar seperti jinak-jinak merpati. Hanya mampu dipandang. MAWAR ADELIA nama diberi. Gadis penc...