MMR|43

38.4K 1.8K 134
                                    

OST: Tanpa kekasihku-Agnes Monica

Sila pasang lagu di atas untuk lebih menghayati, ceh! Haha.





⚜⚜⚜





                     

JEMARI kaku yang terasa sejuk dingin itu disulamkan bersama jemari hangatnya. Bertukar haba badan. Lalu kekura tangan kaku itu dibawa ke pipi kirinya. Merehatkan tangan itu di situ.

Setitik demi setitik, dia tak sedar bahawa habis lencun kekura tangan dingin itu dek dicurahkan dengan air matanya. Bergenang matanya, merenung wajah pucat sang suami.

Perlahan dia bawa jemarinya ke wajah lelaki itu. Mengusap lembut. Daripada dahi yang berbalut dengan kain kasa, turun ke pipi dan berakhir ke batang leher sang suami.

Rindu.

Satu perasaan yang sudah acapkali dia rasakan sejak sebulan yang lalu. Sebulan lalu, detik-detik yang dia akan ingat sampai akhir nafasnya. Detik di mana titik-titik permulaan kisah Engku Raid dan Mawar baru nak bermula.

Ya, kisah mereka tidak seperti pasangan lain yang akan kecapi bahagia pada awalnya, berantakan di tengah cerita dan menemui bahagia di pengakhirannya.

Tidak. Kisah Engku Raid dan Mawar tidak seperti itu. Kisah mereka berbeza. Kisah bagaimana seorang lelaki yang terlalu mengejar cinta Mawar, yang akhirnya entah tidak pasti akan dibalas atau tidak.

Dari permulaan kisah mereka, Mawar bukanlah seperti Mawar yang sekarang. Jika dulu hanya Engku Raid yang mendambakan seorang Mawar. Kini Mawar juga mendambakan lelaki itu.

Bahkan, setiap detik harinya berlalu, tidak pernah walau sesaat pun Mawar tidak memikirkan Engku Raid. Lelaki itu, bukanlah lelaki jelmaan hero novel yang didambakan.

Tetapi Mawar tetap menerima setiap baik dan buruk yang tersemat kukuh dalam diri Engku Raid, sang duri yang dulunya Mawar anggap 'pembunuh' dia dalam diam, kini berada di kedudukan tertinggi dalam hidupnya.

Engku Raid Nasaie, sang duri yang berjaya melemaskan Mawar. Sejak bila atau bagaimana, Mawar tak pernah membayangkan dia juga turut mendambakan sang duri dalam diam.

Jika ditanya, bahagiakah dia selama ini sepanjang bergelar isteri Engku Raid? Sejujurnya, bahagia itu hanyalah sementara. Kisah dia dengan lelaki itu lebih banyak 'sakit' daripada bahagia.

Boleh dikira guna jari, detik manalah sangat dia rasa bahagia dengan Engku Raid. Tapi semuanya dia tolak ke tepi sejak hatinya sendiri yang mendambakan lelaki itu.

Kerana itulah dia kata, kisah mereka sebenarnya baru saja bermula. Selepas ini, dia berjanji untuk melakar memori indah mereka bersama lalu disematkan ke kotak ingatan agar tiada yang dapat memadamkan 'lakaran' indah itu.

"Awak...bila awak nak bangun? Saya rindu...saya rindu renungan awak, senyuman awak, suara awak...saya rindu segala-galanya tentang awak..." ujarnya dengan suara tertahan.

Hujung jemari Engku Raid yang terasa dingin, dia kuis lembut. Lelaki itu masih kaku sejak sebulan yang lepas.

Mawar menggigit bibir. Pandangannya kabur dengan air mata yang tidak dapat ditahan. Dia dah cuba. Dia dah janji tidak mahu menangis lagi. Tapi tak boleh. Sakit! Sakit sangat rasanya.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now