MMR|18

33.3K 1.8K 141
                                    

"Kau takkan tahu kesakitan aku."



⚜⚜⚜









Terkedek-kedek dia mengejar langkah besar Engku Raid yang sudah masuk ke dalam rumah. Mengeluh berat, dia terpaksa berlari-lari anak juga. Hairan melihat perubahan emosi suaminya.

Dia ada buat salah apa tadi?

Mawar mengerutkan kening. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dia cepat-cepat membuka kasut lalu terus berlari naik ke tingkat atas yakni bilik tidurnya bersama suami.

Dan perkara pertama yang dia lihat membuatkan kaki drastik mundur beberapa tapak ke belakang. Tangan ditekup ke mulut, tidak mahu mengeluarkan sebarang suara.

Engku Raid yang menunduk mula mengangkat wajah. Kaki disilang gaya santai lalu sepucuk pistol kegemarannya di tangan, dipusing-pusingkan.

Anak mata Mawar dicari, namun gadis itu sekadar menekur lantai membuatkan dia mengerang marah dalam diam. Dia tak suka bila Mawar tidak memandang dia, rasa tak dihormati.

"Awak ada masalah ke?" soal Mawar perlahan tanpa mengangkat wajah.

Makin panas hati Engku Raid mendengar soalan Mawar. Rahang bergemeletuk tajam lalu tanpa sebarang amaran dia berdiri dan terus mendekati setapak demi setapak Mawar yang masih belum menyedari langkahnya.

"Jan...jangan diam je. Awak buat saya takut."  Bibir Mawar bergetar. Teragak-agak dia nak bersuara pun.

"Takut?" Langkah Engku Raid terhenti benar-benar di depan Mawar lalu sebelah tangan diselukkan ke dalam poket seluar.

Tajam matanya merenung Mawar yang terkulat-kulat menekur lantai. Pistol yang berada di tangan, dia kerling sekilas sebelum diletakkan muncung pistol tersebut di bawah dagu Mawar.

Menyedari ada benda dingin dan keras yang menyentuh kulit, Mawar memejamkan mata. Tangan diangkat ingin menolak pistol tersebut, namun Engku Raid pula yang menolak tubuhnya bersandar ke dinding.

Lelaki itu mengepung tubuhnya, memang aksi klise dalam novel melayu.

"Kau takut kepada aku, Mawar?"

Mawar masih memejamkan mata. Terasa nafas mint lelaki itu menampar-nampar wajah dek kerana jarak wajah mereka yang hanya seinci. Jemari Engku Raid mengelus pipi Mawar lalu turun ke belahan bibir yang terbuka kecil, seperti ingin berkata sesuatu tetapi terkatup kembali.

"Mawar aku tanya ni..."

Engku Raid mengerang perlahan dengan mata terpejam sesaat apabila Mawar mengangguk laju, tanda memberikan jawapan yang dikehendaki. Tapi dia masih belum puas.

Dia mahu dengar daripada mulut Mawar sendiri.

"Words Mawar!" Kali ini rahang Mawar dicengkam. Tak lembut, tak kasar tapi cukup membuatkan tubuh Mawar makin menggigil.

"Ta...takut!" jawab Mawar dalam keadaan berbisik keras.

Engku Raid ketawa.

"Tak, you such a liar! Kau tak takutkan aku. Malah kau berani curang di belakang aku ya?" Lelaki itu tersenyum sinis. Namun hanya untuk sesaat sebelum wajahnya kosong kembali.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now