《 Slowly but surely 》
⚜⚜⚜
"Kau dah dapat belum maklumat tentang dia orang?" Secawan kopi yang sudah suam-suam suku disisip perlahan.
"Erm, be..belum..."
"Kau ni lempablah! Aku bagi kerja senang pun tak boleh buat ke?!" Oktaf suaranya naik kepada gadis di depannya itu.
Gadis itu menunduk sambil mengetap bibir. Bahunya ternaik sedikit, tersentak akibat jerkahan itu. Jemari mencengkam kain skirt yang dipakai.
"Bagilah aku masa sikit. Kau ingat senang ke nak rapat dengan dia semula?" Dia membalas setenang yang mungkin. Tak mahu menampakkan bahawa dia dalam ketakutan.
"Kalau dari awal kau dengar cakap aku, rancangan aku takkan musnah macam nilah! Sekarang ni apa aku nak jawab pada bapak aku hah?!"
Bam!
Berkecai cawan kopi tadi dek dilempar ke dinding. Gadis itu masih menunduk takut. Gerun apabila melihat perubahan emosi lelaki tersebut. Diam-diam dia memaki dalam hati.
"Kau ni bodoh tahu tak!" Jerkah lelaki itu lagi lalu kepala gadis yang menunduk itu ditunjal kasar berkali-kali.
Tetapi gadis itu tidak boleh berbuat apa-apa. Sekadar menerima maki hamun lelaki itu. Ini baru sikit. Malah dia pernah dapat yang lebih teruk daripada ini lagi.
"Ma...maaf, aku janji aku akan cuba rapat dengan dia semula." Gadis itu menabur janji.
Lelaki itu meraup wajah. Rambut dikusutkan dengan rahang terketap kuat. Rahang bergemeletuk tajam, jelas diri dikuasi oleh amarah kuat.
"Kau blah sekarang. Semaklah aku dengan kau perempuan!" Tubuh gadis itu ditolak kasar ke lantai. Ringisan sakit yang terbit halus di bibir gadis itu tidak dihiraukan.
Malah dia selamba menyalakan sebatang rokok lalu dibawa ke bibir. Kaki disilang gaya santai. Tubuh disandarkan ke belakang dengan mata terpejam. Ah, nikmat. Nikmat dunia.
"Tunggu kejap."
Langkah gadis itu terhenti di muka pintu. Tangan yang ingin menyentuh tombol pintu dijatuhkan semula lalu tubuh dibalikkan ke belakang dengan kening terangkat.
"Kalau kau tak dapat apa yang aku nak, kau sendiri yang akan jadi galang-gantinya. Maksud aku, nyawa kau." Lelaki itu ketawa besar.
"Gila..." gumam gadis itu sebelum cepat-cepat meluru keluar. Lagi lama dia di situ, mungkin lagi pendek jangka hayat dia.
"Uwerkk!"
Laju kakinya berlari anak ke arah bilik air. Habis segala isi perutnya dimuntahkan kembali. Tekak yang terasa perit digosok dengan mata terpejam.
YOU ARE READING
Mawar Milik Raid[C]✅
Lãng mạnKnown as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. Indah, namun sukar untuk dimiliki. Orang kata, mawar seperti jinak-jinak merpati. Hanya mampu dipandang. MAWAR ADELIA nama diberi. Gadis penc...