MMR|20

39.3K 1.9K 167
                                    

His deepest secrets

⚜⚜⚜

SUDUT bibir ternaik lebar. Jemari yang berada di atas paha, dilurutkan sesama sendiri sambil memandang ke luar tingkap. Kan lagi seronok kalau dapat rasa angin luar.

Dalam diam, dia mencuri pandang lelaki di sebelah yang sedang fokus memandu. Dia tersenyum lagi. Gembira betul hari ini bila lelaki itu mengatakan bahawa mereka akan menjenguk ibu dan ayah mentuanya.

Sekurang-kurangnya dia tidak bosan terperuk di rumah. Yalah, nak kerja tak boleh. Ini tak boleh, itu tak boleh. Ha, apa lagi ternak lemak je mampu.

"Erm, Raid boleh saya buka tingkap?"

Kedengaran teragak-agak dia nak bersuara. Risau angin suaminya masih belum membaik, jadi dia perlu menyusun kata yang sesuai. Takdalah nanti bergaduh lagi.

Dia pun dah letih nak melayan. Bila orang soal, sepatah dijawab. Orang ajak makan, tak nak makan, lepas tu waktu dia dalam bilik tahu pula curi-curi makan.

Kan ego namanya tu!

"Hm..."

Ha, tengoklah tengok respon lelaki itu. Nyaris membuatkan Mawar rasa nak sumbat mulut lelaki itu dengan selipar jamban. Cepat-cepat Mawar beristighfar dalam hati, uish nanti dicop isteri derhaka pula.

Sreett!

Bunyi cermin tingkap diturunkan membuatkan fokus Engku Raid sedikit terganggu. Dia mengerling Mawar yang sedang merehatkan dagu di atas birai tingkap kereta.

Sekadar memandang, ianya sudah cukup membuatkan hati Engku Raid menjadi lega. Dia senyum sedikit. Namun apabila Mawar menoleh ke arahnya, dia cepat-cepat mengekalkan ekspresi kosong.

"Nanti singgah dekat 7E sekejap. Saya nak beli air, boleh?" Mawar ajukan soalan.

Engku Raid berdehem pendek dan mengangguk saja. Mawar mengetap bibir. Ya Allah, kali ini dia benar-benar rasa nak jahit bibir lelaki itu biar betul-betul tak boleh bercakap nanti.

Apesal berat sangat nak buka mulut. Tapi tulah, salah kau sendiri juga Mawar. Bila orang tu elok, kau buat hal. Ha rasain lo sekarang.

"Awak—"

"Sejak bila kau banyak mulut ni? Dulu bukan main lagi senyap kalau dengan aku."

Tersentak Mawar seketika. Haahlah, dia sendiri tak perasan bila dia jadi peramah dengan Engku Raid. Menjeling sekilas, dia terus tundukkan wajah.

Jemari dimainkan sesama sendiri. Engku Raid menghembus nafas malas. Dia tahu sesekali Mawar menjeling ke arahnya tetapi dia buat tak tahu saja.

Mawar menoleh ke luar apabila merasakan kereta berhenti. Oh, dah sampai kedai 7E. "Awak tunggu kejap ya?"

"Kau nak beli apa je? Biar aku belikan," putus Engku Raid senada. Dia menahan Mawar yang berura-ura ingin membuka pintu kereta lalu dia tali pinggang keledar yang membelit tubuh ditanggalkan.

"Saya boleh beli sendiri. Awak—"

"...ha awak, saya nak air kotak bunga warna kuning tu. Lepas tu nak keropok dengan ramen!" Mawar tersengih apabila melihat renungan tajam Engku Raid. Tak jadi dia nak membantah.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now