《 Kerana apa perasaan ini menyelit di jiwa? 》
⚜⚜⚜
Dua bulan selepas,
MAWAR termenung menghadap balkoni. Bunyi decipan burung yang berterbangan di atas sana menjadi penyedap halwa telinga. Sedikit pun tidak mengganggu fokus dia memikirkan sesuatu.
Akhirnya segala persoalan dan curiganya terhadap Engku Raid terjawab. Belum semua lagi. Engku Raid baru cerita separuh jalan. Tapi sedikit sebanyak melegakan dia.
Suami dia, taklah sejahat yang dia sangkakan. Mungkin selama ini dia terlalu tertumpu terhadap perilaku Engku Raid yang kurang menyenangkan sehinggakan dia tidak nampak langsung kebaikan lelaki itu.
Atau sebenarnya selama ini egonya yang menjadi tembok penghalang hubungan mereka? Dalam masa yang sama, Mawar masih buntu.
Peristiwa lama yang Engku Raid buka kepadanya sebelum ini benar-benar membuatkan Mawar kelu lidah. Tak sangka. Dia tak sangka sebegitu teruk sekali kenangan waktu kecil suaminya.
Sedangkan bagi kanak-kanak seusia lelaki itu dulu, sepatutnya bergembira tanpa memikirkan sebarang kekejaman dunia. Tetapi lain halnya bagi Engku Raid sendiri.
Lelaki itu terpaksa melalui detik-detik 'buruk' dalam usia yang terlalu muda. Ianya berlaku di depan mata. Dan sekelip mata, Engku Raid kehilangan satu-satunya permata hati dia.
"Mungkin saya terlalu berburuk sangka kepada awak..." Detik ini, hati Mawar hanya rasa serba salah. Rasa bersalah menggunung di jiwa batinnya.
"Mawar..." Bila dengar suara meleret itu, tahulah dia siapa yang memanggil.
Air mata yang berkumpul di tubir mata, cepat-cepat dia seka. Sebuah senyuman palsu dipasang ke wajah. Lalu tubuh dibalikkan ke belakang, menghadap suaminya yang kini sudah bersiap.
"Awak dah siap?"
Engku Raid angguk tanpa suara.
"Lama ke awak ke sana?"
Lelaki itu diam seketika. Cuba menyusun ayat yang terbaik agar tidak membuatkan Mawar rasa curiga. Perlahan, dia menghayun langkah arah sang isteri. Tangan ditekan ke rel balkoni, mengepung tubuh isterinya.
"Tak lama. Lepas selesai urusan tu, aku pulanglah..." jawabnya lembut. Ubun-ubun Mawar dikucup. Bau tubuh Mawar dihidu semahunya. Menjadi bekalan melepas rasa rindu sepanjang dia ke Australia untuk beberapa hari ini.
"Kau okey kan?" soalnya menginginkan kepastian. Jika Mawar tak mengizinkan, dia tak akan pergi. Penerbangan dia, sekarang juga dia batalkan.
Mawar senyum. "Okey je. Lagipula saya tak ada hak untuk halang awak." Mawar cuba meyakinkan Engku Raid bahawa dia benar-benar okey. Lengan sang suami, dia paut manja.
"Tapi jangan lama-lama..."
Pecah tawa Engku Raid. Puncak hidung Mawar dicuit menggunakan jari telunjuk. "Iyalah, buat apa berlama-lama dekat sana. Ni belahan jantung aku ada dekat depan mata ni ha."
"Eleh..."
"Apa eleh-eleh? Aku geget nanti. Ha nak? Geget sini, sini, sini..." Jemari Engku Raid jatuh ke bibir. Lalu ke batang leher dan akhir sekali ke dada—
"Ey gatal!" Mawar terus berpeluk tubuh. Sebelum mood ulat bulu Engku Raid tiba-tiba 'on', lebih baik dia hentikan. Bukan boleh percaya sangat lelaki itu.
"Mawar, waktu aku tak ada, aku tak izinkan kau keluar dari rumah ni. Kalau ada apa-apa keperluan yang kau nak, minta saja pada Haikal atau Kane," ujar Engku Raid tiba-tiba. Dia rasa tak sedap hati.
YOU ARE READING
Mawar Milik Raid[C]✅
RomanceKnown as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. Indah, namun sukar untuk dimiliki. Orang kata, mawar seperti jinak-jinak merpati. Hanya mampu dipandang. MAWAR ADELIA nama diberi. Gadis penc...