MMR|36

41K 1.7K 152
                                    

Sakitnya sebuah hakikat

⚜⚜⚜











Satu bulan selepas,

SENYUMANNYA melebar apabila melihat bayi kecil itu mengedip-ngedip mata kepadanya. Jemarinya tanpa segan-silu mengelus pipi kemerahan bayi itu.

"Comelnya awak ni, Haidar..." omelnya kepada Haidar yang masih terkedip polos.

Rambut keperangan asli Haidar turut digosok halus. Aduhai, dia benar-benar jatuh hati kepada Haidar. Mungkin hormon keibuannya menderu keluar sejak hamil ini.

"Mawar!"

Dia mengerutkan kening apabila terdengar suaranya dipanggil dari depan pintu. Wajah dihalakan ke sisi. Kening diangkat kepada Engku Raid yang kini melangkah longlai ke arahnya.

Lalu tanpa sebarang amaran, paha dia menjadi tempat lelaki itu melabuhkan kepala. Mata terpejam. Ah nikmat dunia!

Mawar senyum kecil. Bahu sang suami, dia tepuk perlahan.

"Lambat balik." Lembut suara Mawar menyapa gegendang telinga. Tak ada nada perli. Memang itu Mawar maksudkan.

Tapi Mawar tak hairan pun. Memang sejak kebelakangan ini, Engku Raid agak sibuk menguruskan hal di pejabat. Nasiblah ada Haidar yang menemani dia di rumah. Takdalah dia bosan sangat.

Engku Raid bergumam saja. Masih ada sisa kepenatan seharian di pejabat. Tali leher dilonggarkan. Lengan baju disingsing hingga paras siku. Mata masih terpejam.

"Awak nak air?" soal Mawar sambil melurut stoking yang dipakai oleh sang suami.

"Hm..." jawab Engku Raid mengiyakan. Tak larat nak buka mata dah.

Mawar senyum. Kusyen kecil ditarik lalu membiarkan Engku Raid berbaring di atas sofa. Haidar yang berada di atas tilam di bawah, dikerling sekilas.

"Tengokkan Haidar." Dia titipkan pesanan sebelum berlalu ke ruang dapur.

Engku Raid membuka sebelah mata. Mengintai Haidar yang berada di bawah. Cepat-cepat dia berbaring di sebelah Haidar apabila bayi itu merewangkan tangan ke udara.

"What are you doing, little boy?" Pipi kemerahan Haidar dicuit.

Senyap.

"Janganlah senyap..." gumam Engku Raid.

Tak ada sesiapa membalas. Apa kau ingat Haidar tu boleh bercakap lagi ke?

"Awak mengarut apa tu? Haidar mana boleh bercakap lagi." Mawar yang entah datang sejak bila, menepuk bahu Engku Raid. Lelaki itu sengih saja.

Segelas jus oren dihulurkan, Mawar menggosok kepala Engku Raid saat lelaki itu sedang minum. Amboi, macam bela anak kucing. Tapi Mawar suka. Suka dengan sisi Engku Raid yang manja.

"Hm...Mawar bila kau nak bersalin ni?" Usai minum, Engku Raid kembali berbaring di sebelah Haidar. Jemari kecil Haidar yang berada di dalam sarung tangan, dia kuis main-main.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now