MMR|35

36.8K 1.9K 121
                                    


Cahaya kecil kita, Nahar Haidar






⚜⚜⚜











"AWAK!"

Terkedek-kedek kakinya menggagahkan diri menghayun langkah ke arah sang suami. Saat berdiri di depan tubuh tegap suaminya, wajah terus disembamkan tanpa rasa malu.

Menghidu bauan maskulin tubuh suaminya tanpa henti. Bukan dia yang malu, tetapi sang suami pula yang jadi tak berapa selesa.

Eh jangan salah faham. Dia tak selesa kerana ada beberapa pasang mata tersengih nakal kepadanya. Siapa lagi kalau bukan Haikal, Kane, Tengku Fayyadh dan Engku Haris.

Mujur Mak Lah tidak ada. Jika tidak, lagi suka orang tua itu mengusik.

"Mawar sudah. Mari duduk." Pinggang Mawar direngkuh lalu ditarik ke arah ruang tamu. Mawar yang masih belum puas memeluk, sekadar akur.

Dia tak pandang kiri kanan dah. Main terkam terus aje. Biarlah, suami dia. Lainlah kesnya jika dia pergi terkam suami orang.

Engku Raid mengerling Engku Haris. Sebagai tanda supaya membuka perbualan. Kekura tangan Mawar diramas, membuatkan gadis itu mengangkat wajah.

"Mawar."

"Ya?" Tak lama kemudian, Mawar pandang Engku Haris.

Dan barulah dia perasan ada seorang bayi lelaki di dukungan lelaki itu. Eh anak siapa pula tu? Takkan anak Haris? Sejak bila pula lelaki itu kahwin? Teman wanita pun tak ada. Tch.

"Anak awak ke tu?" Mawar cuba mengintai wajah bayi comel yang menempel di dada Engku Haris.

Pecah tawa Tengku Fayyadh. Mawar kalau tak polos memang tak sah. Perlahan tawaannya makin mengendur lalu digantikan dengan deheman pendek apabila perasan Engku Raid menjelingnya.

"Bukan anak akulah. Mana datangnya pula bini aku, girlfriend pun tak lekat." Seloroh Engku Haris, dalam menjawab soalan Mawar.

"Oh kalau macam tu, ni anak awaklah kan Fayyadh?"

Terbatuk-batuk Tengku Fayyadh jadinya. "Merepek apa kau ni?"

Aik. Tak juga. Habis tu anak siapa lagi? Kemudian, mata Mawar bergerak merenung Engku Raid. Wajah suaminya kelihatan tenang.

Engku Raid seperti faham maksud pandangan Mawar. Jemarinya naik mengelus pipi kemerahan sang isteri. Menarik kepala gadis itu bersandar ke dadanya.

"Itu anak kita." Bisikannya menerobos ke cuping telinga Mawar.

"Awak merepek apa ni? Sejak bila pula saya bersalin? Ni anak kita masih ada dalam perut tahu tak!" Mawar hairan. Makin bertambah tanda tanyanya apabila melihat Engku Raid ketawa.

Lelaki itu mengambil Haidar daripada Engku Haris lalu kembali memandang isterinya dengan senyuman nipis. "Perkenalkan ni, Nahar Haidar bin Zeyn Abdullah. Mulai hari ni, Haidar akan jadi anak kita."

Mawar mengerutkan kening. Dia pandang Haidar dan Engku Raid bersilih-ganti. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Haidar anak Aulia."

Dan barulah Mawar mengerti. Mendengar saja nama Aulia, empangan air mata Mawar pecah tanpa dapat ditahan. Terus dia ambil tubuh kecil Haidar dengan penuh hati-hati.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now