MMR|6

44.7K 2K 251
                                    

Peluh yang merinik di dahi dikesat lembut. Meskipun kedinginan pendingin hawa terasa menyejukkan tubuh, namun hati dia masih tidak mampu disejukkan. Tapak tangannya juga terasa berpeluh.

Liur ditelan kesat. Berkali-kali dia mengingatkan dirinya agar tidak mudah terperangkap dalam jerat 'pemburu'. Namun dia memang rasa tak selamat sekarang ini.

Dengan sepasang mata serigala yang merenungnya seperti ingin mengoyakkan isi dagingnya, renungan itu sahaja membuatkan dia rasa seperti ingin mati.

"What did you do just now?" Suara serak basah itu kedengaran terbayang-bayang di cuping telinga.

Aura kegelapan dan kedinginan yang semakin terasa mencengkam membuatkan lidahnya jadi kelu. Malah nak bergerak sikit pun membuatkan dia rasa macam pesalah.

"Mawar Adelia Qashrani." Sekali nama penuhnya disebut, makin berdegup laju jantungnya mengepam.

"Saya duduk di perpustakaan..." Jeda. Mawar memejamkan mata.

"Dengan Lutfi, kawan saya." Habis saja menuturkan itu, Mawar membuka kembali mata. Apa yang berada di hadapannya kini membuatkan dia mundur ke belakang beberapa tapak.

Engku Raid Nasaie.

Entah sejak bila lelaki itu berdiri di hadapannya. Serasanya baru beberapa saat yang lepas, lelaki itu masih duduk selesa di atas kerusi kulit milik lelaki itu. Dan sekelip mata, lelaki itu berada di hadapannya.

Uish, macam vampire.

Mawar tersentak saat terasa pinggangnya dirangkul. Berbekalkan secebis keberanian, dia tepis tangan Engku Raid. Namun dia tahu kekuatannya tidak setanding dengan lelaki itu.

Itulah kau, suruh pergi gym tak mau. Eh—bukan tak mahu tetapi ada halangan. Engku Raid mana membenarkan dia keluar sesuka hati.

"Lepaskan pinggang saya. Nanti orang nampaklah!" Nada suara Mawar masih terkawal. Sedikit berbisik tetapi bernada keras dan tegas.

"Apa masalahnya kalau orang nampak?"

Bulat mata Mawar memandang Engku Raid. Lelaki itu sudah tidak waras atau apa? Tak sedarkah mereka masih berada di kolej? Mawar menggerutu dalam hati.

Nak luahkan tapi dia takut perkara itu hanya mengundang baran Engku Raid saja. Baik dia diam dulu jika tak mahu rahsianya bocor satu kolej hari ini.

"Kau buat apa dengan budak tu di perpustakaan?" Soal Engku Raid, dalam nada perlahan namun masih mendominasi perbualan mereka.

Pinggang Mawar ditarik semakin rapat lalu dia tolak tubuh Mawar rapat ke meja kerjanya. Perlahan mata dia jatuh pada dua ulas bibir Mawar yang menggigil halus.

Dia menyunggingkan senyuman sinis.

Di sisi Mawar pula, dia rasa bagai nak memaki hamun saja sekarang ini. Dah dia kata pergi perpustakaan, takkanlah dia nak menjual ikan pula di sana. Kang cakap bodoh kang, dia pula yang kena.

Astaghfirullahalazim, sabar Mawar. Gadis itu beristighfar dalam hati. Bila dengan Engku Raid, mulut dia jadi ringan je nak memaki hamun. Lelaki itu memang bawa negative vibe sungguhlah.

"Saya ada nak pinjam buku sikit. Dan saya suruh Luthfi ajar saya—"

Kata-kata Mawar terhenti saat Engku Raid meletakkan jari telunjuk rapat ke bibir dia. Entah kuasa magis yang bagaimana, Mawar jadi pendiam pula. Tak ada rasa nak melawan.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now