Mawar termenung jauh menghadap balkoni luar biliknya. Sesekali matanya terkebil-kebil apabila asyik sangat melihat sepasang burung yang hinggap pada batang pokok itu.
Keluhan lemah dilepaskan sebaik sahaja pasangan burung tadi telah terbang pergi tinggi ke udara.
Bebas.
Dia mahukan kebebasan seperti itu. Tidak seperti sekarang ini, pergerakannya terbatas. Sentiasa sahaja diperhatikan walau dimana jua dia berada. Bersama siapa, buat apa, semuanya dikawal ketat oleh Engku Raid.
Mata dipejamkan seraya didepakan tangannya menghayati panorama luar. Deruan angin lembut terasa menampar-nampar halus setiap inci kulit wajahnya.
Mata dicelikkan semula apabila nada dering telefonnya kedengaran mengaum nyaring berbunyi, minta diangkat. Dia mencapai telefonnya sebelum dijawab panggilan tersebut.
"Hello..."
"Hello, Mawar guess what? Mummy dan daddy aku dah bagi kebenaran untuk benarkan kita bercuti ke Langkawi!" Kedengaran teruja Anna bersuara di sebalik talian.
"Serious? kalau macam tu nanti aku bagitahu mama dengan papa."
"Alright, ada apa-apa nanti call aku."
Dia hanya bergumam kecil sebelum menamatkan panggilan tersebut. Usai itu, dia terus membawa diri ke bilik kerja Tuan Qash, pasti papanya ada di situ.
Yalah, hari ini kan hari minggu.
Langkah dihentikan apabila dia sudah berdiri di hadapan pintu bilik kerja Tuan Qash. Mengeluh perlahan, dia ketuk dulu pintu itu beberapa kali, meminta keizinan untuk masuk.
Apabila mendengar suara Tuan Qash melaung, tanda membenarkannya masuk, daun pintu tersebut dia tolak perlahan. Senyumam lembut diukirkan kepada papanya.
Eh, ada Puan Dahlia sekali rupanya. Mereka sepertinya sedang membaca sesuatu.
"Sayang, sinilah." Gamit Puan Dahlia kepada anak tunggalnya itu.
Mawar mengambil tempat di sebelah Puan Dahlia. Dia meletakkan kedua-dua belah tangan di atas riba lalu diramas lembut jari-jemari halusnya.
Dia berdehem kecil sebelum mendongak memandang Tuan Qash dan Puan Dahlia yang turut memandangnya itu. Agak-agak mereka bagi tak dia pergi?
Yalah, selama ini jika dia nak ke mana-mana, pasti Tuan Qash akan mengarahkan Engku Raid ikut sekali. Kata papanya, bahaya jika dia keluar tanpa berteman.
Huh.
"Mawar nak apa-apa ke?"
Dia menggeleng sedikit sebelum tersenyum kecil. Bibir dikemam. Teragak-agak ingin meluahkan hasratnya yang satu itu.
"Mawar nak minta izin mama dengan papa. Mawar nak bercuti ke Langkawi dengan Anna. Mummy dengan daddy dia dah izinkan." Jelasnya.
Tuan Qash dan Puan Dahlia saling berpandangan sebelum kedua-duanya tersenyum lebar.
Puan Dahlia mendongakkan wajah Mawar lalu kepala gadis itu diusap. Dia ukirkan senyuman lembut buat anaknya itu.
YOU ARE READING
Mawar Milik Raid[C]✅
RomanceKnown as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. Indah, namun sukar untuk dimiliki. Orang kata, mawar seperti jinak-jinak merpati. Hanya mampu dipandang. MAWAR ADELIA nama diberi. Gadis penc...