MMR|12

37.8K 1.9K 175
                                    

Selimut tebal itu ditarik menutupi seluruh tubuh terdedahnya. Sisa air mata yang membasahi wajah, dihapuskan menggunakan belakang tangan.

Tajam matanya melawan renungan setajam helang milik lelaki yang sedang bersantai di sofa mini berhadapan dengan katil. Rahang lelaki itu bergemeletuk.

"Mawar...Mawar..." Suara serak-serak basah milik lelaki itu menambahkan rasa sesal dalam dirinya.

Lelaki itu bangkit. Perlahan, kaki melangkah ke arah katil. Berdiri di sisi katil, dia menundukkan tubuh ke arah Mawar. Jemarinya menari-nari halus pada batang leher Mawar yang kini sudah 'kotor'.

Dia berdecit perlahan. Bibir dirapatkan ke cuping telinga Mawar. Menggigit halus, tubuh Mawar terasa menggigil. Dia tertawa kosong.

Jemari yang tadi berada di batang leher, kini bergerak perlahan turun ke bahu. Selimut itu dilucutkan sedikit. Tajam matanya menilik hasil kerjanya pada tubuh Mawar.

"I hate you." Suara Mawar kedengaran sangat perlahan. Seluruh tubunya terasa sakit. Bahkan, nak bergerak sedikit pun payah.

"Benci aku sepenuh hati kau, aku tak kesah selagi mana jasad kau bersama aku."

Mawar memejamkan mata. Dengan segala kudrat yang masih tersisa, tubuh lelaki itu ditolak kasar. Engku Raid mundur beberapa langkah ke belakang, impak daripada tolakan Mawar.

"Saya bukan pelacur Engku Raid."

"And who said you that?" Kening lelaki itu terangkat sebelah.

"Awak...awak sendiri yang layan saya macam pelacur." Jari telunjuk Mawar naik terarah kepada Engku Raid. Matanya merah.

"Mawar...you still don't get it, don't you?"

Kaki panjangnya melangkah kembali ke sisi katil lalu tanpa sebarang amaran, tubuh Mawar ditolak kasar supaya berbaring. Dia naik ke atas tubuh gadis itu.

Kedua-dua belah tangan Mawar ditekan ke tilam manakala kaki Mawar ditahan menggunakan pahanya. Wajah dirapatkan ke ceruk leher Mawar, menghidu bau tubuh gadis itu.

"Lepaslah!" Mata Mawar kembali berair.

"Shuh, kau lupa apa yang kau janjikan kepada aku tadi?"

Rontaan Mawar akhirnya lemah. Dia hanya mampu menangis, menangis dan terus menangis. Jangan tanya kenapa, Mawar tak kuat untuk melawan Engku Raid.

Mata dipejamkan. Sudah lama dia memikirkan hal ini. Dan sekarang adalah masa yang terbaik untuk dia luahkan kepada Engku Raid.

Jujurnya, Mawar sudah terlalu lemah dengan semua ini. Tak ada gunanya jika dia cuba menentang Engku Raid kerana akhirnya lelaki itu tetap akan menang.

"Tolong jadikan saya isteri awak. Saya tak nak tanggung dosa ni lagi. Tolong..." Dia hanya mampu merayu.

"Itu jawapan yang aku tunggu daripada kau Mawar. Jadi isteri aku, kepunyaan aku," ujar Engku Raid dalam nada rendah. Jemarinya mengelus tepi bibir Mawar dengan gerakan perlahan.









Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now