MMR|7

40.3K 1.9K 160
                                    


"Le...lepaslah!" Mawar menarik tangannya kembali, namun kekuatan dia tidak setanding dengan lelaki itu.

"Mawar..." Suara lelaki itu memberat.

Dia tersengih sinis saat melihat Mawar yang menunduk ketakutan. Pintu di belakang, ditutup lalu dikunci rapat. Hal itu makin membuatkan Mawar sukar untuk bernafas.

"Jangan buat saya macam ni..." Mawar menggeleng.

Kedua-dua belah tangan disatukan, memohon agar lelaki itu tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sungguh, dia tidak mahu melakukan semua ini.

Tidak mahu lagi.

"Siapa lelaki tu Mawar?"

Mawar mengetap bibir. Dia menggeleng perlahan seraya mundur lagi beberapa langkah ke belakang. Lidahnya jadi kelu untuk membalas.

Risau jika memberi jawapan yang salah, makin berat masalah yang akan menimpanya.

"Ju...just a friend." Jawabnya dalam nada berbisik.

Engku Raid berdecit. Rasa tidak puas dengan jawapan yang diberikan oleh Mawar. Sekelip mata, pinggang Mawar ditarik merapat.

Membuatkan gadis itu membulatkan mata. Gadis itu menolak, namun Engku Raid makin merapat. Mawar jadi mati akal. Kekuatan dia tidak setanding lelaki itu.

"Kau tahu aku tak suka kau berkawan dengan lelaki. Aku tak kesah kau nak berkawan asalkan dengan sejantina kau. Kau nak tahu sebab apa? Sebab aku tak suka cara jantan-jantan tu pandang kau!"

"Ta...tapi saya cuma berbincang tentang projek final. Madam Ili beri kerja tu secara berkumpulan. Bukan saya yang nak! Boleh tak awak faham?!"

Kali ini suara Mawar meninggi, tidak kalah kuatnya juga. Setitis air matanya mengalir, membuatkan Engku Raid terdiam. Lelaki itu meraup wajah.

Tanpa sebarang amaran, tubuh kecil Mawar dia tarik masuk ke dalam pelukan. Hanya pelukan hangat itu yang mampu menyejukkan petir amarah yang menyambar dalam diri.

"Saya letih dengan awak Raid. Saya dah cukup letih dengan awak..." Bisik Mawar.

Namun bisikan itu masih jelas di pendengaran Engku Raid membuatkan lelaki itu mengetap gigi. Pelukan semakin dieratkan. Tiada tanda-tanda untuk dia melepaskan Mawar.

"Nanti aku akan berbincang dengan Madam Ili untuk tukar ahli group kau." Putus Engku Raid.

Makin bertambah rasa kesal dalam diri Mawar. Kesal kerana muncul dalam hidup seorang lelaki bernama Engku Raid Nasaie.

"Awak tak boleh buat saya macam ni. Apa hak awak untuk tentukan hidup saya?" Tubuh kekar lelaki itu ditolak kasar.

Dia mundur beberapa langkah, tangan yang masih terketar-ketar naik meraup wajah. Andai saja dia boleh pergi dari hidup lelaki itu, pasti dia tidak akan sekesal ini.

"Mawar...kenapa makin kurang ajar ni hmm? Kau lupa apa yang aku boleh buat?" Kali ini lelaki itu menjongket kening, memang sengaja ingin membangkitkan kemarahan Mawar.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now