PROLOG

186 12 9
                                    

RaSIS memegang tangan kanan seorang lelaki yang memegang pisau pada sisi kanan lehernya. Matanya tajam melihat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu pula langsung tidak gementar tatkala berhadapan dengan RaSIS. Mata bertentang mata. Namun, RaSIS tidak mampu mengawal minda lelaki yang berada di hadapannya itu. Hal ini demikian kerana lelaki itu memakai cermin mata berwarna hitam. Sukar untuk RaSIS menggunakan kemampuannya kepada lelaki itu.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga memakai topeng penutup mulut berwarna hitam dan berhud di atas kepalanya. Hud yang dipakainya juga berwarna hitam.

Pisau ditekan sekuat hati oleh lelaki tersebut untuk membunuh RaSIS. RaSIS pula menolak pisau tersebut sepenuh tenaganya bagi mengelakkan dirinya dibunuh oleh seseorang yang dia tidak kenali itu.

"Kau tak akan menang. Aku tak akan mati dengan mudah." Kata RaSIS. Orang itu pula hanya berdiam diri.

Beberapa saat selepas itu, seorang gadis cantik yang bertudung bawal sedang berlari ke arah mereka berdua lalu dia cuba menendang kepala lelaki berpisau itu. Lelaki tersebut sempat mengelak kerana dia dapat merasakan dirinya dihampiri oleh seseorang dari arah belakang.

"Kau buat apa dekat sini? Kan abang dah kata. Jangan datang." Tegas RaSIS kepada adiknya, Ayuni.

"Saya tak akan biarkan abang berhadapan dengan orang ni sendirian." Kata Ayuni sebelum membuka kekuda silat yang diperlajarinya sejak zaman sekolah rendah.

Lelaki itu mula menukar sasarannya. Dia terus meluru ke arah Ayuni bersama-sama pisau pada tangan kanannya. Ayuni pula bertindak dengan yakin untuk mematahkan serangan tersebut. Namun, nyawanya hampir menjadi korban apabila lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol di sebalik jaket berhud yang dipakai olehnya.

RaSIS pantas menolak Ayuni apabila dia melihat pistol tersebut diacukan ke arah adiknya. Tembakan dilepaskan. RaSIS tidak sempat mengelak. Sebutir peluru telah dilepaskan tepat pada dada kiri RaSIS. RaSIS jatuh melutut di hadapan lelaki itu. "Aku tak akan mati selagi tugas aku belum selesai."

Pistol diacukan ke arah kepala RaSIS. "Aku akan tamatkan segala misi kau di sini."

"Jangan!" Ayuni berlari ke arah RaSIS lalu memeluk abangnya.

"Saya tak akan benarkan awak bunuh abang saya. Saya benci awak. Selama ni saya percayakan awak. Kenapa awak buat macam ni kepada abang saya?" Tengking Ayuni sambil menangis.

Pistol masih diacukan ke arah yang sama. "Macam mana awak tahu?"

RaSIS melihat ke arah lelaki tersebut. "Kau... Boyfriend adik aku?"

"Macam mana awak tahu?" Soalnya lagi.

"Saya tahu sebab saya kenal bau minyak wangi awak."

"Tch! Kalau macam tu. Awak akan mati bersama-sama dengan abang awak." Pistol diacukan ke arah dahi Ayuni.

"Awak bukan diri awak yang saya kenal. Awak tipu saya selama ini. Saya benci orang macam awak." Ayuni menjerit.

Tangan lelaki itu kelihatan terketar-ketar ketika memegang pistol. "Saya... Saya..."

"CUT! Lunch time." Kata seorang gadis yang berada di bawah khemah bersama-sama dengan tiga orang rakannya.

"Fuh! Dah habis." Kata RaSIS lalu dia berdiri dan diikuti oleh Ayuni.

Lelaki tadi pula sudah terduduk dan kedengaran suara orang sedang menangis. "Saya... Saya tak nak awak bencikan saya. Saya sayang awak. Saya betul sayang awak."

Ayuni terdiam. RaSIS pula menjentik dahi lelaki tersebut. "Dei, Razali. Ni lakonan je la. Yang kau menangis macam perempuan diceraikan dengan talak tiga ni apa hal?"

Razali memegang dahinya yang keperitan itu. "Saya... Saya..."

Ayuni bercangkun di hadapan Razali. "Awak janganlah menangis. Tak hensem nanti. Saya main-main je. Skrip tulis ayat tu. Saya tak akan benci awak. Percayalah."

"Selagi kau bukan musuh aku." RaSIS mencelah.

Razali membuka cermin mata hitam lalu mengelap air matanya menggunakan lengan kanan jaket tersebut. Topeng mulut juga dibuka. "Mustahillah saya boleh jadi musuh Abang Syam. Nanti Ayuni benci saya betul-betul."

"Seriuslah, Razali? Budak yang selamatkan aku... Hebat. Tapi apa hal jadi lembik macam ni? Dalam otak kau ada saraf putus ke? Ayuni. Call Dr. Syamila. Suruh sambung saraf budak lembik ni."

Ayuni menampar lengan kanan RaSIS. "Ish, abang ni. Kasihan dia."

"Ya la. Kasihan. Jangan lupa belanja KFC. Abang dah tolong jadi pelakon dalam tugasan korang hari ni. Penat tahu tak? Iklan minyak wangi je pun. Idea siapalah yang buat babak-babak macam ni?"

Ayuni tersengih-sengih. RaSIS menunjal dahi Ayuni. "Ish, budak ni. Rasa nak hempuk kepala tu pada pokok kelapa je."

"Ayuni beritahu Abang Raz."

"Kaki mengadu." Kritik RaSIS.

Razali sudah diabaikan oleh mereka berdua.


OPEN CASE : 404 - BURUANWhere stories live. Discover now